BAB 2

16.2K 898 11
                                    

Rayyan mengeliat kecil. Tubuhnya di regangkan ke kiri dan kanan. Terdengar letupan kecil menandakan betapa penatnya dia bertapa satu hari di bilik membuat kerja. Jam di tangan di kerling sudah menunjukkan pukul 7 malam. Tidak sedar langsung masa berlalu pergi.

Dia bangun dari duduk. Mejanya di kemas ala kadar. Fikirannya kini hanya katil saja. Kunci kereta di capai sebelum keluar dari biliknya.

Sesampainya di tempat parking keretanya terus dia menekan butang kereta untuk membuka kereta mewahnya itu. Baru saja tangannya mahu membuka pintu kereta terasa pelukan seseorang di tubuh. Berbahang wajah. Rahangnya bergerak-gerak. Dengan kasar dia menepis tangan yang melingkari di pinggangnya itu. Tubuhnya berpaling ke arah belakang melihat gerangan yang memeluknya.

"kau kenapa ahh?" tengkingnya. Tertunduk wanita itu bila di tengking begitu. Bahunya terhenjut-henjut dengan tangan kecilnya meramas hujung bajunya. Langsung tidak di pandanh wajah Rayyan.

"tepilah.. " di tolak tubuh itu tanpa ada niat langsung mahu menolong. Baru saja dia mahu meloloskan dirinya ke dalam kereta sekali lagi dia peluk tapi kali ini di lengannya pula. Rayyan berdecit marah.

"sekali lagi kau sentuh aku.. Memang mati kau aku kerjakan..." ujarnya memberi amaran.

"To-tolong saya encik" sayu suara itu merayu dengan kedua tangan di cantum memohon simpati. Matanya yang berair itu jelas bahawa dia sedang ketakutan.

Rayyan terpaku seketika. Mata bulat yang mendongak memandangnya itu membuatkan hatinya tenang. Pipi yang merah dengan hidung yang turut merah itu menampakkan lagi kecomelannya. Tudung yang senget itu tidak langsung mencacatkan wajahnya.

Baru saja dia mahu bersuara. Terlihat beberapa lelaki berjalan menuju ke arah mereka. Laju saja gadis itu menyorok di belakang tubuh Rayyan. Tangan kecilnya mengenggam erat baju Rayyan. Kali ini Rayyan tidak menepis. Dapat di rasakan gigilan gadis itu.

"kau siapa?" kasar lelaki yang baru datang itu bertanya. Dengan badanya yang gempal. Kocon-koconnya yang berdiri di belakang itu tidak langsung mengentarkan Rayyan. Sebaliknya dia hanya tersenyum sinis.

"kau yang siapa?" tanyanya semula. Lelaki di hadapannya itu tertawa mengejek. Tangan gadis yang berada di belakangnya itu di tarik kasar.

"ikut akuu.. "

"takk.. Nak.. " tersedu-sedan gadis itu mengeleng. Semakin kuat dia mengenggam baju Rayyan. Teresak dia menangis.

"kau sentuh dia..kau mampus" Rayyan menarik gadis kecil itu ke dalam dakapan. Di usap lembut kepala yang masih teresak itu. Entah hantu mana merasukkan. Dia sendiri tidak tahu.

"sepatutnya aku yang mampus ke kau yang mampus?" ejek lelaki itu. Rayyan tersenyum sinis. Konco-konco bagaikan sudah sedia mahu berlawan.

Tanpa berkata apa-apa Rayyan pantas mengeluarkan pistol kelabunya yang berada belakang baju. Terus di tembak kaki lelaki itu. Kepala gadis itu di tekan ke dadanya bila dia menjerit ketakutan dengan hanya satu tangan manakal satu lagi memegang pistol.

Jatuh terduduk lelaki itu bila peluru itu tepat mengenai kakinya. Kocon-koconnya di belakang sudah menelan liur. Lagi-lagi bila melihat pandangan tajam Rayyan membuatkan mereka gentar.

"tu baru sikit.." omel Rayyan mengejem. Gadis yang masih dalam pelukannya itu di tarik masuk ke dalam kereta sebelum dia juga turut masuk.

"see you later.. " sempat dia melambai tangan melihat semua lelaki yang hanya memandangnya itu. Langsung tidak bergerak. Takut mungkin.

Perjalan mereka di temani dengan esakan yang masih berlagu itu. Rayyan pula hanya diam. Sesekali dia mencuri pandang ke arah Gadis yang masih teresak menangis itu di sebelah penumpangnya.

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now