BAB 27

9K 376 2
                                    

Uqasah terjaga tatkala terasa matahari luar tingkap menganggu lenanya. Tangan di angkat cuba menghalang matahari tersebut. Mulutnya masih lagi menguap mengantuk yang amat.

Uqasah meraba pula tangan ke sebelah saat dengan mata terpejan namun saat orang yang di cari-cari seolah tidak ketemua pantas saja dia membuka mata. Terkebil-kebil dia melihat ruangan kosong di sebelahnya. Kelam-kabut dia bangun dari pembaringan lalu berlari anak ke tandas berharap orang yang di cari ada di sana. Siapa lagi kalau bukan suaminya, Rayyan.

Keluhan terlepas saat ruangan tandas itu kosong. Mata Uqasah mula bergenang. Tiba-tiba saja tubuhnya bergetar hebat. Masih lagi takut akan kejadian di mana dia hampir hilang nyawa. Uqasah duduk mencangkuk. Wajah di sembam ke lutut. Teresak-esak dia menangis.

"h-hubby.. " panggilan ketakutan. Sungguh dia masih lagi trauma. Masih segar bagaimana dia kesakitan pada saat itu. Semakin kuat tubuhnya mengigil.

Dan saat mendengar pintu terbuka, Uqasah kembali bangun. Kuat esakannya bila melihat orang di cari-cari sudah di jumpai. Rayyan yang baru masuk itu terkejut melihat Uqasah menangis itu. Laju saja dia mendekati namun belum sempat dia bertindak mahu memeluk Uqasah terlebih dahulu memeluknya. Terundur tubuh tatkala menerima pelukan kuat itu.

"shh.. Kenapa ni?" mata meliar pula ke sekeliling bilik hospital itu mencari kalau-kalau ada sesuatu yang menakutkan isteri tapi satu benda pun dia tidak nampak.

"sayang... " luluh hatinya mendengar esakan Uqasah. Salah satu kelemahannya. Uqasah mengeratkan pelukan. Wajahnya semakin di tekan ke dada Rayyan kalau boleh dia mahu masuk terus ke badan Rayyan.

"heyy.. Kenapa ni?" kalut Rayyan bertanya tatkala suara esakan Uqasah semakin kuat berlagu. Wajah Uqasah di pegang memaksa supaya memandangnya. Alahai... Merah sangat dah wajah isterinya tika ini tapi tetap comel. Sedikit sebanyak membuatkan dia tergoda pula melihat bibir bergetar kebasahan itu.

"cerita kat hubby kenapa?" pujuknya sambil jari menyeka lembut air mata Uqasah yang jatuh menitis ke pipi itu.

"t-takut.. " rengek Uqasah.

"takut apa?"

Uqasah tidak menjawab malah menyembamkan semula wajahnya ke dada Rayyan. Dia rasa selamat sangat bila berada dalam pelukan lelaki itu. Rasa tenang dan damai bila gegendang telinga dapat menangkap bunyi jantung Rayyan. Bunyi yang merdu baginya.

"hubby pergi mana? Sa-sayang takutlah seorang-seorang.. " rungutnya. Dia mendongak. Dagu di letakkan ke dada Rayyan.

"sorry.. Hubby pergi beli sarapan tadi" Rayyan mengangkat beg plastik yang berada di tangannya.

"janganlah tinggal lagi. Sayang takut" omel Uqasah lagi.

"takut apanya sayang?"

"takut.. Nanti ada orang datang lagi macam hari tu!" adunya seperti kebudak-budakan. Terdiam Rayyan mendengar. Isterinya itu langsung tidak bertanya kenapa orang yang membuatnya hampir-hampir mati itu melakukan begitu terhadapnya?  Malah Uqasah juga tidak pernah bertanya siapakah gerangan lelaki itu?

"yalah.. Sorry" sekali lagi Rayyan meminta maaf. Tepi kepala Uqasah di kucup. Dia tahu lambat atau cepat Uqasah akan bertanya juga. Mungkin buat masa sekarang isterinya itu masih dalam ketakutkan sebab itu dia tidak berani bertanya.

"lapar tak?" soalnya. Uqasah mengangguk dengan wajah di cebikkan lagi. Rayyan tertawa kecil.

"jom sarapan dulu" ajaknya menarik tangan Uqasah duduk ke katil.

"dah berus gigi belum?" Rayyan dengan baik hati mengambil getah rambut Uqasah yang berada di sisi bantal lalu berhati-hati menyanggul rambut isterinya. Uqasah tersengih suka di manja sebegitu.

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now