BAB 50

8.2K 304 1
                                    

Rayyan tersenyum melihat isteri dan adik-adiknya riuh bercerita seakan sudah lama tidak berjumpa. Dia hanya menjadi permerhati saja sedari tadi. Biasalah kalau perempuan bercerita memang takkan ingat dah benda lain.

Tumpuan Rayyan terlari bila mendengar bunyi telefon yang menandakan ada mesej masuk. Pantas dia membuka mesej tersebut. Dahi yang berkerut tadi bertukar ke senyuman sinis.

Dia bangun lalu mendekati Uqasah. Tangan bergerak membelai lembut rambut panjang isterinya sebelum satu kucupan singgah ke dahi itu. Tidak di hiraukan langsung adik-adiknya yang sudah tersengih memandang tingkah lakunya.

"hubby nak keluar kejap" beritahunya lembut. Uqasah mengerutkan dahi. Tangan Rayyan yang bermain di rambutnya di tarik dan di genggam.

"nak pergi mana?" tanyanya.

"keluarlah. Sekejap je. Janju tak lama" rayunya. Tahu isteri masih tidak biasa seorang diri setelah apa yang terjadi. Lama Uqasah terdiam memikirkan.

"jangan risualah. Twins kan ada. Mama pun datang kejap lagi hantar makanan yang sayang idamkan sangat tu" pujuknya sambil mengelus lembut pipi kanan Uqasah. Berharap agar Uqasah cair dengan pujukannya.

"yalah. Janji tau tak lama.. " akhirnya Uqasah mengalah juga. Rayyan mengangguk. Risya dan Rose yang memandang mereka di pandang.

"tutup mata kejap boleh?"pintanya nakal. Si kembar sudah tersengih sebelum menutup mata mereka mengunakan tangan. Uqasah pula menunduk dek terlalu malu.

"jangan intai" pesan Rayyan. Wajah Uqasah kembali di pandang lalu terus di cium lembut bibir isterinya. Uqasah turut tidak mahu kalah. Ciuman Rayyan di balas.

"dah ke?" tanya Rose. Serta merta Uqasah menarik semula wajahnya. Terlupa pula yang ada lagi manusi di situ. Kening di garu.

"dah!" ujar Rayyan. Pantas si kembar menarik semula tangan mereka. Wajah Rayyan di pandangan dengan sengihan. Semakin memerah wajah Uqasah bila melihat senyuman dari kedua adik iparnya. Dia hanya mampu menunduk bermain dengan jari jemarinya sendiri.

"abang ni tak senonoh" perli Rose. Rayyan sekadar beriak biasa. Langsung tidak terasa dengsn kata-kata adiknya.

"biasalah. Orang dah kawin memang macam tu.. " selamba dia berkata. Rose menjeling geram.

"hubby pergi dulu" ujarnya sambil menghulur tangan. Uqasah menyambut. Tangan Rayyan di kucup perlahan. Setelah selesai dia kembali mendongak dengan senyuman yang paling manis.

Rayyan pula tunduk mengucup dahi isterinya sebelum kembali mengangkat wajah. Kini tangannya di hulur pula ke arah kembar. Bagaikan mengerti laju Risya menyalam tangan abangnya di ikuti oleh Rose. Rayyan tersenyum kecil. Dahi Risya dan Rose di kucup sekilas

"korang pun jangan pergi mana-mana tau. Duduk je kat sini" pesannya tegas. Serentak si kembar mengangguk.

"bye.. " tangan di lambai sebelum keluar dari bilik tersebut meninggalkan Uqasah dan si kembar saja.

Uqasah mengeluh lemah. Jujurnya hatinya berat mahu membenarkan Rayyan pergi kerana rasa trauma yang masih terkesan di hatinya. Risya mencuit lengan Rose sambil bibir di muncung ke arah kakak ipar mereka yang menunduk itu. Rose mengangkat bahu tidak tahu.

"akak okey ke?" soal Risya menegur. Tangan Uqasah di genggam lembut. Uqasah mengangkat wajah bila suara Risya kedengaraan bertanya.

"okey je!"

"nampak macam tak okey je? Ke akak dah rindu kat abang!" usik Rose. Pipi Uqasah di cucuk-cucuk mengunkan jari telunjukkan sehingga Uqasah mengekek tertawa.

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now