BAB 37

7.2K 321 1
                                    

"alhamdulilah!" terlafaz tanda kesyukuran dari bibir Raimah bila kini anak ketiga sudah sah menjadi isteri kepada Danny. Risya yang sudah menamatkan zaman bujang baru beberap jam tadi. Hanya sekali lafaz saja dia sudah sah bergelar isteri kepada Danny.

Semua mereka duduk di ruang tamu memandangkan majlis di buat sesimplenya hanya di buatkan akad nikah saja yang selebihnya merai biasa-biasa saja. Tiada acara seperti perkawinan orang lain namun cukuplah hanya akad nikah saja.

Danny memandang ke arah Risya yang duduk di sebelah. Satu tugas sudah selesai kini doa perlu menjaga saja bidadari hatinya itu. Tangan Risya di genggam lalu di letakkan atas pahanya. Keluarga kecil mereka sekadar berbual kosong saja. Tiada topik yang menarik.

"aku harap kau jaga dia macam mana kau cakap dengan aku!" pesan Rayyan memandang ke arah Danny dan Risya silih berganti. Sedikit sebanyak dia turut berasa sedih kerana melepaskan Risya kepada yang lebih berhak.

"aku tau. Kau yakin je dengan aku. Aku akan jaga dia dan takkan sakiti isteri aku ni" kata Danny yakin. Rosya tersengih suka dan malu tatkala mendengar kata-kata Danny. Cair hatinya mendengar luahan itu.

"aku percayakan kau Danny" kata Rayyan menaruh harapan sepenuhnya kepada Danny supaya dapat menjaga adiknya. Danny mengangguk. Tidak di suruh pun dia akan jaga Risya dengan sepenuh hatinya. Jika dengan pembayaran nyawa pun dia sanggup.

"rose bila lagi?" tanya Uqasah sekadar mengusik. Bukan main lagi si rose menangis bila mendengar perkataan sah tadi. Macam dia yang nak kawin.

"hurmmm.. " rose mengumam kecil. Sedih kerana si kembarnya sudah pun menjadi milik orang. Risya tersengih melihat wajah cemberut Rose. Genggam tangan Danny di lepaskan sebelum dia mendekati Rose yang menunduk itu. Bahu Rose di peluk.

"kau ni tak payahlah nak sedih sangat. Bukannya kita tak boleh jumpa lagi pun!" pujuk seraya mencubit geram pipi Rose. Tahu yang si kembarnya itu sedih dengan perkawinannya.

"kaulah kawin dulu. Kita dah janjikan nak kawin sama-sama" rungut Rose dengan mata yang berkaca. Risya tertawa begitu juga yang lain. Lucu mendengar aduan Rose itu.

"alah.. Kau yang tak nak dengan abang anif. Kalau tak bolehlah kita sanding sama-sama tadi" usik Risya. Serta merta Rose mencubit kuat pahanya kembarnya dek terlalu geram.

"betul tu. Kalau nak esok kita pula kawin. Nak tak?" sampuk Anif dengan anggukan. Rose mendonggak memandang Anif yang berada di hadapannya.

"no! Sampai bila pun tak nak kawin abang anif. Pleaselah jangan nak perasaan sangat" perli Rose tanpa perasaan. Anif tersenyum kecil. Sedikit terluka dengan kata-kata Rose tapi di tahan hatinya demi cinta buat gadis itu. Bukahkah dia sudah berjanji akan menunaikan segala kata-katanya selama ini?

"rose! Abang tak pernah ajar adik abang bersikap kurang ajar macam tu" tegas Rayyan berkata. Tidak suka dengan kata-kata Rose yang terasa kurang adab itu. Rose mencebik kecil. Kepala kembali di tundukkan takut memandang pandangan garang milik abangnya.

"tak apalah. Aku yakin suatu hari nanti kami akan kawin juga" Anif menyampuk dengan sengihan nakal.

"tak ingin!" omel Rose.

"dah tak payah nak gaduh sangat. Kan hari ni hari bahagia Risya dan Danny" terus wajah Risya bertukar kemerahan mendengar kata dari mamanya.

Danny tersengih. Mata melirik ke arah si isteri yang masih setia di sisi Rose. Biasalah kembarkan. Kalau boleh semua benda nak sama. Jangankam nanti suami pun nak sama juga.

"Anif kau bersabarlah ye. Aku tau kau jealous sebab tak kawin lagi" usik Danny dengan tawa kecil. Anif yang sedari tadi merenung Rose tersentak bila namanya di sebut dari bibir Danny. Berasap telingannya mendengaran usikan Danny. Mentang-mentang dah kawin, berlagak sangat.

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now