BAB 55

7.6K 328 4
                                    

Rayyan tersenyum kecil melihat 2 orang ibu mengandung itu rancak memilih makanan. Siapa lagi kalau bukan Risya dan Rose. Masing-masing sibuk memilih pelbagai jenis makana ringan sehingga penuh troli tersebut oleh mereka berdua.

Rayyan mengerling pula kesebelah. Rose sedari tadi hanya diam. Dia perasaan sejak pemergian Anif adiknya yang seorang ini selalu berdiam diri. Rose hanya memerhati kembar dan kakak iparnya. Sekali sekala bibir mengukir senyuman kecil bila Risya dan Uqasah berceletoh bercerita tentang topik makanan.

"okey tak ni?" suara Rayyan tiba-tiba kedengaraan. Rose berpaling sebelum kepala di angguk kecil.

"rose nampak tak okey ke?" soal. Melihat anggukan dari Rayyan menimbulkan kerutan di dahinya. Tak okey ke? Dia rasa okey je pun.

"memang pun tak okey?" selamba Rayyan berkata.

"kenapa pula?"

"entahlah. Abang perasaan sejak Anif tak ada ni Rose selalu termenung dan diam je. Selalunya ada je benda nak cerita!" ujar Rayyan. Rose menunduk wajah. Tidak berani menatap anak mata abangnya. Dia berdehem seketika menghilangkan rasa gugup.

"rindu ke?" usik Rayyan berbisik tepat di telinga Rose. Rose mengeleng dengan laju.

"merepeklah abang ni.. " rungutnya dengan jelingan manja. Rayyan tertawa kecil. Bahu Rose di peluk erat sambil mata memerhati tingkah laku isteri dan adiknya.

"kalau rindu, luahkan. Kalau sayang, buktikan.. " bisiknya memberi pesanan. Rose terdiam. Bibir bawah di gigit halus. Kata-kata Rayyan menusuk hingga ke jantungnya.

"abang.. " Rose mendongak manakala Rayyan menunduk. Kening di angkat tanda kenapa.

"abang bahagia tak hidup dengan Akak?" tanyanya tiba-tiba. Tidak semena-mena pipinya di cubit kuat. Hingga tertarik pipinya dek cubitan itu.

"tak nampak ke muka abang berseri-serinya.. " katanya dengan bangga. Rose mencebik kecil.

"mestilah abang bahagia. Kita akan bahagia kalau kita hidup dengan orang yang kita sayang dan cinta.. "

"habis tu selama ni abang tak bahagia ke hidup dengan Rose dengan mama sebabkan abang tak cinta kami?" laju Rose bertanya. Rayyan mengeleng.

"apa pula cakap macam tu? Mestilah abang bahagia. Masing-masing abang sayang dan masing-masing ada di tempat sendiri dalam hati abang." jawab Rayyan.

"tengo Risya tu bahagia kan?" Risya yang masih memilih barang itu di tunjuk dengan gaya memuncung bibir. Rose mengangguk kecil. Sejak kembarnya itu sudah kawin wajah Risya sentiasa terhias dengan senyuman. Berseri saja sepanjangan hari sama seperti Rayyan.

"kalau nak rasa bahagia tu macam mana kawin lah dengan lelaki yang Rose suka!" sempat Rayyan berbisik sebelum mendekati kedua mak buyung tersebut.

Sekali lagi Rose terdiam sendiri. Terkebil-kebil dia memandang susuk tubuh abangnya. Hebat sangat ke perkawinan itu sehingga boleh membuatkan kita bahagia? Mestilah hebat.. Kalau kita kawin tapi tak bahagia itu tak hebat.

"yang ni ke?" soal Rayyan. Uqasah mengangguk. Maklum lah dia pendek saja jadi tak sampai nak ambil makanan tersebut. Terpaksa meminta pertolongan dari encik hubby.

"yeahh.. Terima kasih" Uqasah menjerit suka. Pantas dia meramas keropok tersebut dan di letakkan di troli. Rayyan mengeleng kecil.

"abang...tolong tolak troli ni boleh? Riysa tak larat.. " pintanya dengan wajah sengaja di kesiankan. Troli tersebut di berikan kepada Rayyan.

"mengada je.. " omel Rayyan tapi di tolak juga troli itu seperti yang di arahkan. Kakinya hanya ikut melangkah ke mana saja Risya dan Uqasah pergi. Nampak makanan ambil dan simpan ke troli. Langsung tak fikir 2 kali. Main ambil je.

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now