BAB 14

12.5K 485 6
                                    

Lama Uqasah memerhati segenap ruang bilik mereka. Teruja benar dia melihat sampaikan Rayyan di biarkan sendiri dek terlalu leka. Uqasah tersenyum lagi bila fikiran sudah melangkah ke arah bukan-bukan bila melihat katil di hadapannya. Jadi kucing betina tiba-tiba.

Dia menyelak pula langsir yang sangat besar itu dan matanya membulat bila melihat benar-benar Paris di hadapannya. Tidak jauh sangat dan tidak terlalu dekat. Tangan menekup mulut. Terlompat-lompat dia memandang. Teruja tak boleh di kawal.

Uqasah berlari pula ke katil mengambil beg sandangnya lalu di seluk masuk tangannya mencari-cari telefonnya. Bila tangan sudah menjumpai barang yang diingin dia sekali lagi menuju ke tingkap  kaca yang seolah-olah pintu itu. Kamera di buka dan..

📸

Tersenyum lagi bibirnya melihat asli tangkapan gambarnya. Sekali lagi dia menangkap gambar kali ini dengan wajahnya sekali. Jari tengah dan jari telunjuk di buka dan peace.. Lebar senyuman terukir.

"gembiranya.. " teguran itu membuatkan Uqasah yang leka bergambar terhenti. Saat melihat gerangan yang menegurnya dia tersengih kecil. Tangan mengamit Rayyan supaya mendekatinya.

"jom kita selfie.. " ajaknya. Laju saja dia mengucup pipi Rayyan dengan di belakang mereka mempuyai menara Paris. Macam-macam gaya yang di buat. Sekejap di julingkan mata. Sekejap di jelirkan lidah. Rayyan pula melayankan saja.

"suka tak?" soalnya. Laju Uqasah mengangguk. Bersungguh-sungguh dia mengangguk kepala tanda dia sangat menyukainya. Uqasah menjengket kakinya sedikit lalu dengan berani dia mengucup lembut bibir milik Rayyan.

Rayyan pula dengan senang hati menerimanya. Tangan Uqasah di tarik supaya melingkari di lehernya dan tangannya pula melilit di pinggang Uqasah. Daripada kucupan biasa ke kucupan luar biasa. Pada asalnya lemah lembut, perlahan ke rakus dan ganas. Bagaikan sukar mahu menghalang nafsunya, Rayyan mencempung tubuh Uqasah menuju ke katil. Tautan bibir masih tidak di lepaskan.

Perlahan-lahan dia meletakan tubuh isterinya dan dia naik menindih. Uqasah yang sudah kehabisan nafas itu mengalah. Di tolak lembut dada Rayyan supaya agenda mereka terhenti. Berombak ganas dadanya mencari oksigen. Rayyan menarik keluar tudung Uqasah. Rambut isterinya yang sedikit serabai itu di usap mengunakan jari.

"rasanya dah boleh sambung semula" bisik Rayyan, gatal setelah melihat Uqasah sudah sedikit bertenang. Belum sempat Uqasah menjawab sekali lagi bibirnya di kucup rakus.

Tangan Rayyan mula bergerak membuka satu-persatu butang baju Uqasah. Dari butang pertama ke butang ke dua dan terus-terusan sehingga ke butang yang terakhir. Bibir Rayyan mula menjalar ke leher Uqasah yang terdedah. Mengeliat kegelian isterinya dek terkena jambang kasar itu. Uqasah mengigit bibir bawah. Tiba-tiba terasa segan.

Baru saja Rayyan mahu bertindak lebih lanjut. Bunyi loceng hotel mereka membuatkan dia terhenti. Pada mulanya dia tidak menghiraukan namun bila bunyi loceng itu tidak berhenti-henti membuatkan dia merengus geram. Dahi Uqasah di kucup sebelum keluar dari bilik. Uqasah mengeluh lega. Hampir-hampir saja mereka terbabas. Butang bajunya kembali di butang. Menyesal pula dia mengucup bibir lelaki itu tadi.

Rayyan berjalan laju bila sekali lagi bunyi loceng kedengaraan. Pintu hotel itu di buka dan kelihatan empat lelaki yang tadi berkot hitam berdiri tegak di hadapan. Mereka menunduk sedikit tanda hormat.

"sorry master, We just want to send a bag.." ujar lelaki itu. Kecut perut melihat pandangan tajam Rayyan. Nampaknya mereka salah waktu mahu menghantar.

"it's sokay. You guys can go.." ujarnya dengan anggukan kepala. Mujur saja moodnya dalam keadaan yang baik kalau tak dah lama keempat jejaka ini memakan penumbuknya. Melihat mereka sudah mula bergerak meninggalkannya. Rayyan mula mengangkat ketiga bagasi masuk ke dalam ruang tamu. Biasalah kalau perempuan, mesti banyak barang nak di angkut. Setelah bagasi di letakkan pintu hotel kembali di tutup. Dia mengeluh lega.

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now