BAB 22

9.1K 407 1
                                    

Kelihatan 3 gadis itu kuat benar gelak seolah-olah shopping mall itu adalah milik mereka. Dan di belakang pula terdapat 5 orang lelaki. Siapa lagi kalau bukan pengawal pribadi mereka.

Risya dan Rose elok saja memaut lengan Uqasah dengan manja. Bukannya selalu abang kesayangan mereka itu memberi keizinan untuk keluar macam ni. Risya menoleh pula ke belakang. Segan juga dia bila banyak mata-mata memandang mereka pelik. Ada juga yang mula berbisik-bisik.

Pengawal mereka itu betul-betul serupa polis. Dengan ada benda entah apa kat telinga masing-masing. Semua pula memakai baju seragam dengan kaca mata hitam. Bayangkan betapa seramnya.

"tak serenoklah keluar dengan pengawal bagai.. " omel Risya tanpa sedar. Serentak Rose dan Uqasah turut ikut menoleh ke belakang. Keduanya mengangguk mengiyakan kata-kata Risya.

"betul tu. Tak boleh ke kita keluar sendiri?" rungut Rose pula. Uqasah mengeluh lemah. Sememang dia juga turut tidak selesa namun memikirkan itu adalah syarat daripada suaminya membuntuhkan niatnya.

"dah macam kita ni di perhatikan oleh musuh pulakan. Pasang pengawal banyak-banyak." gurau Uqasah. Risya dan Rose tersenyum kelat. Keduanya berpandangan mata. Terasa payah benar mahu menelan liur. Tahu yang kakak iparnya itu belum tahu lagi siapa abangnya yang sebenar-benarnya.

"ha, ah..musuh dalam selimut" jawab Risya selamba. Berkerut dahi Uqasah tapi tidak lama bila melihat kedua kembar itu sudah mula menjeling-jeling sesama sendiri. Dia tertawa kecil.

"nak pergi mana ni?" soal Uqasah. Mereka bertiga berhenti sekejap di tengah-tengah orang ramai itu. Si kembar mengangkat bahu seperti biasa. Kalau tak tahu nak jawab apa itu sajalah jawapan paling sesuai. Angkat bahu!

"makan sudah. Jalan-jalan pun sudah. Nak shopping tak tahu nak shopping apa!? So... " satu-satu Uqasah menyenaraikan aktiviti mereka hari ini.

"awal lagi kalau nak balik. Rugilah kalau balik awal. Bukan selalu tau abang baik macam ni" bebel Risya sambil mengerling sekilas ke arah jam tangannya.

"habis tu nak buat apa?" sekali lagi Uqasah bertanya. Tulah keluar tapi tak tahu nak buat apa. Ikutkan sangat nafsu sampai nak pergi mana pun tak tahu.

"kita jalan-jalan je dulu. Mana taukan ada benda best-best.. " cadang Rose. Lama mereka terdiam sebelum ketiga gadis itu mengangguk serentak. Jalanan mereka di sambung di ikuti oleh pengawal mereka.

"akak nak gie tandas jap.." Uqasah meleraikan tautan tangan si kembar.

"korang tak nak ikut ke?" soalnya sudah bersiap sedia mahu menuju ke tandas yang tidak jauh dari tempat mereka berjalan. Risya dan Rose mengeleng.

"kami tunggu kat situlah" tepat jari telunjuk Risya menuding ke arah sebuah kerusi yang berdekatan. Uqasah mengangguk. Beg sandangnya di beri kepada Rose menyuruh memengan buat sementara waktu.

Dia mula berjalan mahu menuju je tandan namun khairul selaku ketua pengawal itu pantas menghalang. Terkebil-kebil Uqasah memandangnya.

"puan nak pergi mana?" lembut khairul bertanya. Uqasah mengaru kening. Malu pula nak bagitahu hajatnya yang satu itu.

"erkk.. Tandas" hampir tidak keluar suaranya. Khairul mengangguk faham. Bila Uqasah mula berjalan dia juga turut ikut berjalan. Uqasah menoleh.

"tak apa.. Awak boleh je tunggu sini. Saya boleh jalan sendiri"

"maaf..tapi saya sudah di arahkan untuk sentiasa ikut ke mana saya puan nak pergi" ujar Khairul. Berkali-kali Rayyan sudah berpesan kepadannya supaya sentiasa menjaga ketiga tuan puterinya itu.

"tak apa. Bukannya jauh pun. Dekat je" Uqasah menolak lembut. Sememangnya jarak ke tandas dengan tempatnya berdiri bukan jauh sangat. Berapa langkah saja dah sampai.

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now