BAB 41

7.4K 306 8
                                    

Rayyan tersengih kecil melihat wajah cemberut Uqasah walaupun tangan bergerak mengikat tali lehernya. Dia menarik pinggang Uqasah mendekati sebelum satu ciuman tersinggah ke dahi putih isterinya.

Riak wajah Uqasah masih sama. Muncung bibirnya semakin panjang dengan dahi berkerut. Tergeleng kepala Rayyan. Muncung-muncung pun tapi tangan masih lincah melakukan kerja.

"hubby.. Pujuklah" rengek Uqasah mendongak memandang wajah Rayyan. Kaki di hentak geram bila Rayyan hanya diam memerhatinya. Bukan nak pujuk.

"nak pujuk macam mana kalau orang dah pujuk still nak merajuk juga" ujar Rayyan dengan selamba. Tidak semena-mena Uqasah mencubit dada Rayyan dengan geram. Makin galak Rayyan ketawa.

"hubbbyyyy.. " bentak Uqasah. Kali ini di gigit kuat pula dada Rayyan dek terlalu geram. Berkerut sedikit dahi Rayyan tapi tidak lama kemudian tawanya kembali kedengaraan. Bertambahlah cemberut wajah Uqasah.

"isshhh.. Dia nikan" baru saja dia mahu berjalan menjauhi Rayyan tapi belum sempat melangkah Rayyan terlebih dahulu menariknya hingga dia kembali melekat di tubuh suaminya. Wajah Rayyan langsung tidak di pandangan malah matanya setia memandang jari jemarinya sendiri yang berada di dada Rayyan.

"merajuk?" soal Rayyan. Uqasah diam. Air matanya mula bergenang. Bibir sudah pun tercebik-cebik. Sejak dia di sahkan mengandung manjanya semakin bertambah. Salah sikit nak menangis.

"sorrylah.. " pujuk Rayyan lagi. Wajah Uqasah di dongakkan memaksa supaya memandang ke arahnya. Terus jatuh menitis air mata Uqasah yang sedari tadi di tahan.

"hubbyyy.. " rengeknya. Badan di goyangkan ke kiri kanan tanda protes. Tangannya yang berada di dada Rayyan berpindah memeluk tubuh suaminya. Dengan kepala yang masih
Mendongak.

"janganlah menangis. Hubby pergi kerja ke sayang.. " Rayyan mengusap lembut pipi kemerahan isterinya. Baru menangis sekejap dah memerah wajah putih bersih itu.

"nak ikut.. " dengan bibir memuncung dia berkata. Rayyan mengeleng kecil. Bibir Uqasah yang memuncung itu di kucup sekilas.

"tak payah nak ikut sangat. Nanti hubby baliklah. Sayang tu mengandung ingat sikit" ujarnya masih tetap dengan keputusanya. Sejak tadi lagi Uqasah merengek mahu mengikutnya tapi di bantah sekeras-kerasnya.

"kenapa pula orang mengandung tak boleh ikut?" omel Uqasah. Hingus di tarik tanpa segan silu.

"just stay home ye sayang...kejap je. Hurmm.. " rayu Rayyan. Kedua pipi Uqasah di cium geram sehingga menghasilkan bunyi. Geram sangat dengan pipi isterinya yang semakin tembam sejak mengandung.

"nanti rindu macam mana?"

"nanti kalau rindu hubby baliklah" seperti kanak-kanak saja Rayyan memujuk Uqasah. Biasalah orang mengandung ni macam-macam feel.

"janji tau!"

"janji" laju Rayyan mengangguk. Dahi Uqasah di cium. Lama bibirnya singgah ke dah itu.

"dah jom turun. Hubby dah lambat.. " selepas saja melepaskan kucupan Rayyan menarik tangan Uqasah untuk turun ke bawah. Layan isteri punya pasal sampaikan dah lambat nak masuk kerja tapi tak apa diakan boss.

Sampai saja di pintu utama Rayyan terus memasukkan kasut ke kakinya. Bibir tersengih kecil melihat wajah masam si isteri. Tak habis lagi nak merajuk sajalah tu nak minta pujuk. Selesai saja memakai kasut pinggang Uqasah kembali di tarik.

"take care. Jangan keluar rumah tanpa kebenaraan hubby tau.. " pesannya bernada tegas. Uqasah sekadar mengangguk kecip sebagai balasan. Hatinya gusar mahu melepaskan Rayyan biarpun hanya ke kerja. Kalau boleh dia mahu ikut saja ke mana suaminya pergi. Tak sanggup nak berpisah. Rindu!

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now