BAB 25

9.7K 382 1
                                    

Rayyan menundukkan wajahnya. Sebak dia melihat wajah pucat Uqasah. Seakan tiada darah wajahnya. Putih sangat. Tangan bergerak pula mengusap lembut rambut isterinya. Rindu mahu mendengaran suara gadis kesayangannya itu.

Biarpun jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi tapi matanya masih lagi segar. Entah kenapa dia tidak dapat lena bagaikan ada sesuatu yang hilang. Walaupun penat tapi dia tetap tidak dapat tidur.

"hubby rindu.. " bisiknya tepat di cuping telinga Uqasah. Dengan hati-hati dia merebahkan dirinya di sebelah Uqasah. Tangan kanan menlingkari di pinggang isterinya.

"sayang bangun cepat-cepat tau.. " pesannya. Melihat tiada jawapan dari Uqasah, Rayyan mengeluh lagi. Selimut di tubuh isterinya di betulkan.

"good night" bibir yang terbuka sedikit itu di kucup lama. Tidak mengerakkan hanya bersentuhan saja.

Rayyan kembali merebahkan kepalanya ke bantal semula setelah puas dapat mengucup bibir yang di rinduinya itu biarpun baru beberapa jam tidak mendengar suara manja Uqasah namun entah kenapa bagaikan terlalu lama baginya.

Mata di pejam berharap dia dapat tidur dengan lena. 5 minit berlalu Rayyan kembali membuka matanya. Dia betul-betul tidak dapat lena entah kenapa. Mungkin terlalu rindu dengan pelukan Uqasah. Rindu mahu di cium oleh uqasag sebelum tidur.

Tangannya kembali bermain dengan jari-jemari Uqasah. Di usap lembut tangan itu. Cincin kawin mereka yang tersarung elok di jari manis Uqasah di mainkan. Cantik benar tangan isterinya itu. Putih.

"hurm.. " tiba-tiba terdengar suara Uqasah. Pantas Rayyan memandang dengan riak wajah terkejut bercampur teruja.

Mata Uqasah bergerak-gerak. Terasa susah benar dia mahu membuka mata namun di gagahkan juga bila terdengaran bisikan suara yang di rinduinya itu.

"sayang.. Hubby ni" bisik Rayyan. Pipi Uqasah di usap. Dan saat itu juga mata mereka saling bertatapan. Lama mereka berdua merenung sesama sendiri. Rayyan sebak melihat Uqasah. Dia tunduk sebelum mencium kedua kelopak mata isterinya.

"nak air tak?" soalnya memecahkan kesunyian antara mereka. Uqasah mengangguk. Sejujurnya tekaknya terasa sakit dan sangat kering. Dengan bantuan Rayyan perlahan-lahan dia bangun lalu meminum air suam yang di beri suaminya.

"dah?" Uqasah mengangguk. Barulah terasa lega sedikit tekaknya. Rayyan kembali meletakkan cawan tadi di meja sisi katil itu sebelum naik semula duduk di sebelah Uqasah.

"rindu" rengek Uqasah manja. Kepala sengaja di gesel-geselkan ke dada Rayyan dengan senyuman gatal. Rayyan tertawa kecil. Suara itu lah yang sedari tadi yang dia idamkan dan kini dia sudah dapat mendengar kembali.

Rayyan mengusap lembut bahu Uqasah. Bibir seperti biasa sentiasa tidak jemu dari mencium ubun-ubun isterinya. Memang sudah menjadi hobi berbuat demikian.

"hubby pun rindu." balasnya. Uqasah yang mendengar tersenyum kecil. Tangan kecilnya mula bergerak mengeratkan lagi pelukan suaminya. Biarpun terasa sedikit gilu di tangan akibat di sambung satu hos untuk di masukkan air.

"ada sakit mana-mana tak?" soal Rayyan. Kepala Uqasah di pegang supaya memandangnya. Mencebik bibir Uqasah.

"sakit.. " rungutnya. Berubah terus riak wajah Rayyan.

"sakit mana?" kalut-kalut dia bertanya. Uqasag tertawa kecil. Bibir dengan berani mencium pipi kanan Rayyan.

"sakit sebab rindu sangat nak jumpa hubby" ujarnya. Rayyan mengetap bibir. Tahu dirinya sudah terkena.

"sukakan buat hubby risau" marahnya. Sekadar marah manja saja.  Uqasah memuncung.

"yalah.. Janji tak buat lagi" janjinya dengan kepala di angguk-angguk berkali-kali. Rayyan tersenyum sebelum mendekatkan hidungnya ke hidung Uqasah lalu di gesel-gesel lembut.

MR. MAFIAOn viuen les histories. Descobreix ara