BAB 18

9.9K 435 7
                                    

Dalam tak sedar sudah hampir 2 minggu mereka menyemai cinta  di ibu kota paris. Dan siapa sangkah hari ini adalah hari terakhir mereka akan berada di sini.

Uqasah termenung sendiri menunggu suaminya yang masih bersiap. Matanya merenung menara paris yang jelas kelihatan. Walaupun dia sedih mahu meninggalkan tempat ini namun dia tetap bahagia. Seumur hidup tidak pernah lagi dia merasa bahagia seperti ini.

Terukir senyuman lebar di bibirnya. Nafas di tarik panjang sebelum di hembus perlahan. Begitu banyak kenangan indahnya di negara ini. Semuanya indah belaka. Tidak mungkin dia akan melupaka serajah cinta mereka.

Uqasah tersentak bila tiba-tiba ada sepasang tangan melingkari di pinggangnya. Tidak perlu menoleh dia sudah tahu siapa gerangannya. Dari bau harumannya pun dia sudah tahu. Sudah tentulah suaminya.

"jauh termenung!" ujarnya. Bukannya dia tidak tahu yang isterinya itu sejak tadi lagi termenung sehinggakan dia memanggil pun tidak di dengarinya.

"sedihnya nak tinggalkan. Esok dah balik.. " rungut Uqasah. Kedengaraan sungguh lemah suaranya. Rayyan tersenyum kecil sebelum mendaratkan kucupan sayang di pipi Uqasah.

"nanti bila hubby free kita datanglah lagi.. " pujuknya. Uqasah menoleh memandang wajah Rayyan. Bibir dah kembali tersenyum bila mendengar kata-kata Rayyan tadi.

"promise?"

"promise!" balas Rayyan dengan anggukan. Terus saja Uqasah memeluk tubuh tegap itu. Kucupan bertalu-talu singgah di dada Rayyan.

"dah jom. Kita keluar. " ajaknya. Laju Uqasah menganguk. Beg sandangnya sempat di ambik sebelum keluar dari hotel itu bersama-sama suaminya.

Seperti biasa Uqasah akan melompat-lompat apabila mereka berjalan-jalan di ibu kota paris. Terujanya tidak boleh di kawal. Memandangkan hari ini adalah hari terakhir mereka, rancangan mereka hanya keluar bersiar-siar saja buat kali terakhir.

Hampir 1 jam mereka menaiki kereta yang di pandu oleh orang suruhan Rayyan barulah mereka sampai ke destinasi terakhir. Uqasahlah orang yang paling gembira kerana tempat ini adalah tempat yang wajib di kunjungi.

"woww.. Cantiknya" puji Uqasah tatkala mata melihat jambatan di hadapannya. Yang lebih menarik ialah terdapat banyak kunci iaitu di panggil mangga cinta.  Di mana Setiap pasangan akan membeli sebuah kunci dan mengukir nama mereka dan di manggakan ke jambatan. Hampir sejuta kunci sudah bergantung di jambatan itu.

"cantikakan hubby

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"cantikakan hubby.. " Uqasah mengerling  sekilas ke arah Rayyan. Rayyan mengangguk. Dia akui permandangan itu sangat cantik dengan matahari yang mula terbenam.

"jom beli kunci" ajak Uqasah teruja. Sudah semestinya dia juga turut mahu melakukan hal yang sama seperti pasangan yang lain. Rayyan hanya mengikut dari belakang bila tangannya sudah di tarik Uqasah menuju ke tempat penjual mangga cinta itu.

"hubby.. I want this.. " Uqasah menunjuk ke arah sebuah kunci yang berwarna pink dan di hiasi bunga-bunga berwarna biru muda. Rayyan mengangguk, mengiyakan saja kehendakan isterinya.

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now