BAB 44

6.4K 300 8
                                    

Terpisat-pisat Uqasah bangun tatkala terasa pipinya di belai lembut. Mata yang memberat bagaikan menyukarkannya untuk bangun namun di gagahi juga dirinya membuka mata. Dia mencelik mata namun penglihatannya masih terasa kabur. Wajah orang yang berada di hadapannya tidak dapat di pandangan dengan jelas.

"wake up baby.. " bisik suara garau itu. Berdegup kuat jantung Uqasah bila mendengar suara tersebut. Dia yakin itu bukan suaminya. Pantas saja dia membuka mata dengan luas dan saat itu juga hampir jatuh jantungnya melihat wajah lelaki asing di hadapannya. Bergetar bibir apabila memikirkan kejadian di mana dia culik.

"a-awak siapa?" tergetar dia bertanya. Lelaki itu ketawa kuat dengan tangan masih setia membelai pipi Uqasah. Bertambah takut Uqasah dengan belaian itu. Kepala di geleng tidak sudi di belai seperti itu.

"kau tak kenal aku ke?" soal lelaki itu. Uqasah mengeleng. Dia mengesot ke belakang bila wajah lelaki itu semakin mendekat dengannya. Terpejam matanya dek terlalu takut.

"aku musuh ketat suami kau. Dragon!" beritahunya. Iya, dialah lelaki dragon yang di sebut-sebut dan lelaki yang di cari oleh Rayyan merangkap musuh lamanya. Lelaki yang berkacukan melayu cina itu tersengih memandang wajah Uqasah. Baru kini dia bertindak kerana dia rasa sudah tiba masanya untuk merebut kembali gelaran ketua mafia tersebut. Biarpun usianya sudah meningkat ke 60-an tapi badan dan wajahnya masih kelihatan seperti lelaki yang muda.

"s-saya tak kenal.. " ujar Uqasah. Jujurnya dia tidak pernah mengambik tahu pun tentang kisah gelap suaminya. Cukuplah dia sudah tahu Rayyan itu ialah mafia. Selebihnya dia rasa tidak penting melainkan Rayyan sendiri yang sudi menceritakan dengannya.

"it's sokay.. Tapi sekarang kau hak kami!" bisiknya.

"no!" bentak Uqasah dengan gelengan kepala. Tidak semena-mena pipi di tampar sekali gus mengalirkan air matanya yang sedari tadi di tahan. Teresak dia menangis kerana terlalu takut dan sakit. Seumur hidup tidak pernah lagi dia di tampar sekasar itu.

"dad.. " teguran seseorang menyentak lelaki yang bernama dragon itu. Pantas dia menoleh sebelum mendekati seorang lagi lelaki iaitu anaknya sendiri. Satu-satunya pewari dirinya. Anak yang di jaga dari kecil. Dara dagingnya sendiri.

"ni ke isteri dia tu?" soalnya serius. Dragon mengangguk. Anaknya yang bernama Clark itu tertawa sinis. Dia juga tidak kurang hebatnya dengan si ayah. Cuba dia lebih kuat di sebabkan faktor usia yang jauh lebih mudah berbanding dragon. Kehadirannya juga masih tidak di ketahui Rayyan.

"she's beautiful!" puji tidak lepas dari merenung segenap wajah Uqasah yang tertunduk. Dragom turut memandang.

"you want her?" tanya dragon memandang anaknya. Clark tersengih kecil. Soalan si ayah tidak di balas malah dia datang mendekati Uqasah lalu mencangkung dengan gaya-gaya menjengkelkan.

"hi baby.. " sapanya gatal. Dengan sekali tarikan tudung Uqasah terlepas dari kepala. Sekali anak tudung juga terkeluar. Semakin lebar air mata Uqasah. Tidak pernah lagi lelaki lain pernah melihat rambutnya selain arwah ayah dan suaminya, Rayyan.

"hurrmm.. Yummy!" di hidu-hidu rambut Uqasah. Uqasah merengek tidak mahu. Clark tertawa sebelum mencengkam kuat rahang Uqasah. Tajam matanya menikam anak mata Uqasah dengan sengihan gatal. Dragon pula hanya menjadi pemerhati sambil memeluk tubuh. Saat-saat inilah yang dia tunggu. Selama ini dia sentiasa memerhari setiap gerak geri Uqasah kerana dia tahu Uqasah adalah salah satu kelemahan Rayyan.

"don't cry baby" selamba dia mencium pipi kanan Uqasah. Sempat dia mengilat sisa air mata Uqasah sehingga Uqasah terasa ingin pengsan semula.

"jangan nangis sebelum aku tampar kau!" ujarnya memberi amaran namun Uqasah tetap menangis. Perasaan takutnya tidak boleh di kawal lagi. Air matanya bagaikan sukar mahu di hentikan.

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now