BAB 56

9.7K 328 7
                                    

Dalam tak sedar kandungan Uqasah sudah genap masuk ke 8 bulan. Tidak terasa masa berlalu. Begitu cepat seakan baru saja dia di sahkan mengandung. Namun kali ini hanya tunggu masa saja lagi mereka akan menyambut seorang baby.

Tidur Uqasah terasa terganggu dek pinggangnya yang terlalu sakit. Dia mengiring pula menghadap wajah Rayyan. Mata di pejam namun tidak sampai seminit dia kembali membuka mata. Berkerut dahinya menahan sakit di pinggang. Uqasah pusing pula membelakangi suaminya tapi tetap sama. Matanya sudah mengantuk tapi entah bagaikan sukar mahu di pejam.

Pinggangnya yang terasa berdenyut-denyut di urut perlahan. Wajah lena Rayyan membuatkan dia sedikit tenang. Perlahan-lahan Uqasah berusaha bangun. Nak bangun duduk pun susah di sebabkan perutnya yang besar menghalang. Keluhan terlepas. Bangun saja dia sudah terasa penat. Badan di sandarkan ke kepala katil. Perutnya di usap lembut.

Tidak sabar mahu melahirkan anak pertamanya. Tapi sedikit sebanyak ada juga rasa takut. Melahirkan anak bukan mudah bagi para wanita. Detik-detik di antara hidup dan mati. Kesakitan melahirkan akan di gantik dengan kegembiraan bila si ibu-ibu mendengar suara tangis baby yang di kandungnya selama beberapa bulan. Sakit itu bagaikan hilang hanya sekelip mata.

Senyuman yang terbit di bibir Uqasah berganti dengan cebikan sedikit. Tangan bergerak ke arah ari-arinya. Terasa berair. Nak kata kening banyak sangat air yang keluar. Berlapis-lapis dahinya hairan. Terasa basah seluarnya dek terkena air tersebut.

"h-hubby.. " panggilnya tersekat-sekat bila terasa arinya seperti di siat hidup-hidup. Sakit.

"h-hubby.. Sa-sakit.. " rengeknya. Berpeluh-peluh dahinya. Bahu Rayyan di goyangkan dengan kuat. Terpisat-pisat Rayyan bangun sebelum matanya terbuka besar bila mendengar rengekan kesakitan isterinya.

"sakit.. " adu Uqasah. Peluh mula membasahi dahinya biarpun suhu di bilik itu sangat sejuk.

"sayang dah nak beranak ke ni?" soal Rayyan kalut. Uqasah mengangguk. Dia yakin sudah tiba masanya. Detik itu telah tiba. Kencang degupan jantungnya tika ini. Perasaanya bercampur baur antara sakit dan teruja.

"jap.. Hubby panggil mama kejap." ujar Rayyan sebelum turun dari katil dan sepantas kilat berlari menuju ke bilik mamanya.

Uqasah cuba menarik dalam nafasnya. Melawan kesakitan yang kian terasa. Terpejam-pejam matanya menahan sakit. Bibir pula di ketap sekuat hati. Tangan mengenggam kuat cadar katil mereka. Sungguh rasanya sangat sakit tanpa sedar air matanya jatuh menitis dek terlalu sakit.

"H-HUBBYY.. " jerit Uqasah sekuat hati. Kesaktian yang dia rasa semakin mencucuk bawah ari-arinya. Tidak kira lagi dengan pinggangnya yang terasa seperti di patahkan. Sakit hanya tuhan yang tahu.

"ya allah.. Sayang.. " kalut Rayyan menuju ke arah isterinya yang jelas dalam kesakitan. Tangannya bergetar menyentuh wajah Uqasah. Takut.

"Rayyan. Cepatlah bawa dia pergi hospital. Tunggu apa lagi?" Raimah yang turut datang terus memarahi Rayyan yang masih tercegat di sebelah Uqasah. Bagaikan baru tersedar dengan pantas Rayyan mengambil tudung di dalam almari lalu di sarungkan ke kepala isterinya.

Dengan sekali lafaz bismilah tubuh Uqasah di dukung. Tidak di hiraukan langsung air yang terkena dirinya. Yang penting nyawa isteri dan anaknya.

"pergi cepat. Nanti mama dengan yang lain kejar dari belakang.. " Ujar Raimah. Rayyyan mengangguk.

Uqasah di masukkan ke dalam kereta sebelum dia juga turut masuk ke bahagian memandu. Wajah berkerut Uqasah di pandang. Sayu hati melihat si isteri yang dalam kesakitan. Kalau sakit itu boleh berpindah kepadanya memang dia akan tanggung. Dia lebih rela menderita kesakitan daripada melihat Uqasah kesakitan. Baginya itu lebih sakit.

MR. MAFIAΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα