BAB 54

7.6K 303 3
                                    

"betul ke ni?" entah buat kali ke berapa Rayyan bertanya. Anif mengangguk yakin sebelum tunduk menyalam raimah. Senyuman di lemparkan.

"hati-hati kalau dah sampai sanan nanti call tau.. " pesan Raimah. Anif mengangguk lagi. Kali ini dia berpelukan pula dengan Danny. Danny menepuk-nepuk belakang tubuh Anif. Biasalah lelaki kan.

"take care bro.. " bisik Danny.

"kau pun.. " balas Anif dengan sengihan. Dia mendekati pula Rayyan yang masih setia memandangnya.

"aku boleh jalan sendirilah. Tak payah lah nak hantar.. " ujarnya cuba memberi keyakinan pada Rayyan. Sememangnya dia tidak mahu menyusah sesiapa. Rayyan dan Danny yang mahu menghantarnya ke lapangan terbang pun dia tak bagi.

"yalah. Apa-apa bagitau pula jangan asyik pendam je!" pesan Rayyan. Siapa sangkah hari ini adalah hari terakhir Anif berada di negara malaysia. Sekejap saja lagi dia akan berangkut ke france.

"aku taulah.. " jawabnya bersama anggukan kecil. Mata mengerling ke arah satu susuk tubuh wanita yang berdiri di belakang Raimah. Siapa lagi kalau bukan Rose. Dia sendiri tidak tahu berapa lama dia ke france. Mungkin setahun. Mungkin juga dua tahun. Entahlah dia tidak pasti.

"Anif nak cakap apa-apa ke dengan Rose?" tanya Raimah bila menyedari mata Anif tidak lepas dari merenung wajah Rose. Pantas Rose mendongak dan serentak itu juga mata mereka saling berpandangan. Anif tersenyum kecil.

"tak adalah ma.. Anif dah lambat ni" ujarnya. Jam di tangan di kerling. Ada 1 jam saja lagi penerbangannya akan bermula. Risya dan Uqasah silih berganti.

"abang gerak dulu.. " ujarnya. Uqasah dan Risya tersenyum kecil.

"byee!!!" serentak Uqasah dan Risya melambai di ikuti yang lain kecuali Rose. Kepalanya sedari tadi hanya menunduk. Entah kenapa pemergian Anif membuatkan hatinya sedikit sakit.

Kelihatan kereta yang di naik oleh Anif sudah hilang dari kawasan rumah mereka. Rayyan memeluk kejap bahu Uqasah.

"dah jom masuk.. " ajaknya. Uqasah mengangguk sebelum ikut menjejaki kaki suaminya begitu juga dengan Danny dan Risya.

"jom.. " ajak Raimah tatkala Rose masih lagi merenung pagar rumah mereka. Rose tersentak sebelum tersengih kecil.

"dah rindu ke?" usik Raimah. Pantas Rose mengeleng. Lengan Raimah di paut manja dengan kepala di lentok ke bahu mamanya.

"Rose tak teringin ke nak jadi macam Risya dan Uqasah?" soal Raimah sambil mereka melangkah ke ruang tamu. Berkerut dahi Rose.

"maksud mama?"

"yalah tengo dorang tu ada tempat nak bermanja. Ada orang jaga. Ada baby dalam perut.. " ujar Raimah memuncung ke arah 2 pasangan suami isteri tersebut yang bergelak tawa di ruang tamu.

Rose terdiam. Tipulah kalau dia tidak berimpikan mempunyai kehidupan seperti abang dan kembarnya tapi entah mengapa akalnya menolak tawaran Anif tapi hati sebaliknya namun dia tetap tidak mahu. Egokan biasalah.

"Rosekan ada mama. Boleh je nak manja dengan mama. Mama pun boleh jaga Rose.. " balasnya dengan sengihan.

"tak sama!"

"samalah jelah. Ke mama dah tak sayang Rose lagi?" soalnya mula merajuk. Raimah tertawa kecil. Pipi Rose di tarik geram.

"awww..mama.. " adunya kesakitan.

"pandai je cakap macam tu kat mama. Mama sayanglah tapi sampai bila nak manja dengan mama. Rose kena ada lelaki yang boleh jaga Rose. Boleh bimbing Rose." lembut Raimah berkata. Rose mengeluh.

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now