BAB 57 (SPECIAL PART)

8.9K 335 6
                                    

4 tahun kemudian...

"makanlah.. " pujuk Uqasah. Si anak kecil itu mengeleng. Satu lagi cahaya matanya yang baru di lahirkan tahun lepas. Qasa Umairah berumur baru masuk 1 tahun itu mengeleng tidak mahu membuatkan Uqasah mengeluh. Susah dapat anak dara perempuan macam ni.

"adik.. Makanlah. Kesian mama" ujar Rafeeq yang kini berusia 4 tahun. Umairah mengeleng tidak mahu. Dengan wajah yang ala garang. Tak sesuai sangat dengan badannya yang kecil montel tu.

"aihh.. Anak mama nikan.. " di cubit geram pipi anaknya. Geram sangat.

"Rafeeq jaga adik kejap. Mama nak ke dapur.. " ujarnya kepada anak pertamanya. Rafeeq mengangguk.

Uqasah terus menuju ke dapur. Pinggan di cuci. Masih banyak lagi nasi di pinggan tersebut. Tapi nak buat macam mana kalau anaknya tidak mahu makan. Kalau dengan papa dia laju je makan. Semua nak papa dia yang buat. Manja!

Terkumat-kamit Uqasah membebel sebelum dia tersentak bila dirinya di sapa dari belakang. Dia menoleh. Senyuman kecil terukir.

"akak cakap dengan siapa?" tanya Risya bersama perutnya yang memboyot. Sekali lagi dia kini di sahkan mengandung buat kali kedua.

"tak apalah. Akak geram je dengan maira tu tak nak makan.. " omelnya. Risya tertawa.

"mesti nak abang suapkan.. " kata Risya. Bukan tidak tahu kemanjaan Umairah dengan Rayyan. Ada saja Rayyan di situlah adah Umairah. Tak nak berpisah langsung dari papanya.

"hurmm.. Memang pun" Uqasah mengeluh. Tubuh Risya di dekati. Perut Risya yang sudah membesar itu di usap.

"tak sangkahkan Risya mengandung lagi.. " bisiknya. Risya mengangguk.

"rezeki allah bagi.. " ujarnya dengan sengihan. Uqasah turut tertawa. Kalau dah rezeki terima sajalah.

"ha.. Buat apa tu?" serkah Raimah yang baru tiba di dapur. Serentak Risya dan Uqasah berpaling.

"tak ada apa.. " jawab mereka serentak. Raimah mengeleng. Sejak Uqasah dan Risya menjadi ibu-ibu kuat sangat begosip.

"jom masuk dalam. Kamu tu Risya kan mama dah kata jangan pandai-pandai ke dapur. Nanti jatuh macam mana. Perut tu dah besar. Bahaya" bebel Raimah. Risya mencebik.

"orang sembang je pun.. "

"nak sembang kat dalam bukan kat dapur.. " pintas Raimah laju membuatkan wajah Risya cemberut. Raimah mengeleng. Lengan Risya di tarik.

"Uqasah pun.. Meh masuk" pesannya. Ketiga mereka tiba di ruang tamu. Masing-masing mengambil tempat duduk.

"Danish dengan Rafeeq nak main game kat atas kejap.. " ujar Danish anak kepada Risya dan Danny. Sama umur dengan Rafeeq kerana mereka berdua lahir di tahun yang sama cuba berbeza bulan saja.

"okey.. " Risya mengangguk. Laju saja Danish dan Rafeeq berlari naik ke atas. Kalau tak main game sehari memang tak sah. Tapi kalau dah ada ayah mereka di rumah memang tak boleh di sebabkan Rayyan sangat bertegas dengan Rafeeq bahkan Danish juga dia bertegas.

"pa.. " tiba-tiba saja Umairah bangun lalu berlari terkedek-kedek mendekati figura yang di carinya sejak tadi. Mereka menoleh. Kelihatan Rayyan dan Danny yang baru pulang dari kerja.

"pa... " Umairah berlari sebelum memeluk erat kaki Rayyan dengan wajah di dongak meminta di dukung. Rayyan tersenyum kecil sebelum mendukung anaknya. Pipi Umairah di cium dengan kuat. Mengekek Umairah tertawa.

"mengada. Tadi menangis" sampuk Uqasah yang mendekati tubuh Rayyan. Tangan Rayyan di salam hormat.

"hi sayang..." Rayyab tunduk pula sedikit mencium dahi isterinya. Uqasah tersenyum. Kali ini dia pula membalas ciuman di pipi Rayyan.

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now