BAB 39

7.7K 329 2
                                    

Rayyan terus melangkah masuk ke dalam markas bila kereta mereka kini sudah sampai. Di tinggalkan saja kedua sahabatnya itu. Laju langkahnya berjalan masuk. Memerah wajahnya menahan amarah
yang terlalu membuak.

Danny mengeluh. Tak sempat nak rasa bahagia dah ada musuh serang. Orang baru je nak sweet-sweet dengan isteri. Nampaknya kena tanggung lagi bulan madu mereka.

Baru saja Rayyan mahu melepaskan amarah tapi tatkala melihat 10 mayat di hadapannya membatalkan niatnya. Dia mengeluh. Sudah 10 anak buahnya terkorban. Danny dan Anif iuga turut terkaku melihat mayat-mayat tersebut.

"master!" zack yang baru datang bersama beberapa anak buah Rayyan yang lain datang lalu menunduk hormat. Masing-masing menunduk tidak berani mahu melawan panahan mata Rayyan. Tajam seperti pisau.

"what happen?" soal Rayyan.

"markas kita tiba-tiba kena serang semalam waktu semua dah tidur. Tak ada siapa pun yang perasaan kelibatan musuh!" beritahu Zack dengan pantas. Rayyan mengeluh. Dia kembali memandang ke mayat-mayat yang sudah di tutupi oleh kain putih itu. Terkilan sebenarnya.

"habis kenapa korang boleh selamat pula?" sampuk Anif. Zack dab beberapa lelaki yang lain berpandangan sesama sendiri.

"sebab masa tu kami dah sedar markas kena serang. Mula-mula memang kami tak tahu tapi bila dengar bunyi bising terus kami terbangun" ujar zack lagi.

"tak ada siapa pun ke dapst tangkap musuh tu?" kali ini Danny pula bertanya. Zack mengeleng begitu juga yang lain

"masa kami dah sedar terus dorang lari.. " kata Zack perlahan.

"haihh.. Tak ada masa lain ke dorang nak serang. Masa aku tengah baru kawin juga dorang buat hal" omel Danny. Tangan naik melurut rambutnya. Anif sudah tersenyum mengejek ke arah Danny. Dalam hati sudah ketawa kuat melihat wajah kecewa Danny.

"uruskan semua mayat ni. Urus dengan cara yang betul." arah Rayyan tidak mahu mayat-mayat tersebut hanya di tanam sebegitu saja. Semua anak buahnya adalah kekuatan grop ini. Kalau Rayyan saja seorang memang tak majulah namanya.

"baik master!" serentak mereka semua berkata akur dengan arahan Rayyan.

"sebelum tu aku nak cakap dengan zack kejap" isyarat mata di hantar ke arah Zack tanda menyuruh supaya zack datang mendekati. Lambat-lambat Zack berjalan ke arah Rayyan.

Sampai saja di hadapan Rayyan dia menunduk. Kecut liur melihat pandangan tajam milik Rayyan. Rasa putus nyawanya. Sehebat-hebatnya pun tetap tidak dapat menandingi kehebatan Rayyan.

Rayyan tersengih kecil. Bahu Zack di tepuk kuat sehingga berkerut dahi Zack menerima tepukan itu. Sakit bukan biasa-biasa. Sampai ke tulang terasa.

"aku tak nak lagi benda ni terjadi. Kalau sekali lagi berlaku memang kau aku cari dulu sebab kau yang mengetuai dorang jadi kau kena bertanggujawab" pesan Rayyan dengan suara tegas. Zack mengangguk laju.

"apa jadi nanti terus call aku. Faham ke tak?" sekali lagi dia menepuk kuat bahu Zack sehingga suara mengadu Zack terkeluar. Bertambah berkerut dahi Zack. Danny dan Anif pula sudah tersenyum-senyum menahan tawa.

"faham master!" jawab zack. Rayyan tersenyum tipis sebelum melangkah ke lif mahu menuju ke bilik khas dia dan kedua sahabatnya.

Sampai saja dalam bilik mereka,Rayyan terus melabuhkan punggung di sofa dengan kasar. Penghawa diingin yang terpasang sedikit sebanyak meredakan kemarahannya.

Danny dan Anif juga turut duduk berhadapannya dengan Rayyan. Masing-masing senyap melayan perasaaan sendiri.

"kau rasa siapa yang buat semua ni?" tanya Anif tiba-tiba setelah lama berdiam diri. Rayyan yang bersandar sambil memejam mata itu bangun dari terus bersandar. Mata yang terpejam erat tadi sudah kembali terbuka.

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now