BAB 58 ( SPECIAL PART)

7.8K 327 4
                                    

Rayyan memerhati lenggok tubuh isterinya yang baru saja keluar dari kamar mandi. Dari atas hingga ke bawah di melihat. Siksa nafasnya melihat tubuh mengoda isterinya dengan hanya memakai baju tidur satin separas paha itu. Gelero nafsunya naik tiba-tiba.

Uqasah menuju pula ke meja solek tanpa menyedari ada mata yang sedang menikam tubuhnya. Rayyan mengeleng kecil. Umairah di sebalahnya di pandang. Serenok saja anak kecil itu menonton didi and friends. Siap tunjuk gigi duanya lagi. Serenok sangat gayanya.

"pa.. " Umairah mendongak.

"ye sayang.. " Rayyan menunduk sebelum mencium manja dahi anaknya. Riang jeritan Umairah. Gedik dapat kiss. Rayyan mengeleng kecil.

"pa.. " Umairah mendongak lagi. Bibir tersenyum hingga menampakkan kedua gigi arnabnya. Sekali lagi Rayyan tunduk mencium anaknya tapi kali ini di pipi pula. Semakin galak Umairah tertawa.

"pa.. " panggilnya lagi. Rayyan mengecilkan mata. Budak ni asyik minta kiss je!

"hurmm.. Sayang anak papa.. " Rayyan mengomol geram pipi anaknya. Tertawa Umairah di buatnya. Geli bercampur serenok.

"kiss papa pula!" ujar Rayyan memuncungkan bibir. Terus saja Umairah mencium sekilas bibir papanya yang sudah sedia memuncung. Rayyan tersenyum.

"hubbyyy.. " tegur Uqasah. Rayyan berpaling. Melihat wajah cemberut Uqasah membuatkan dia tertawa. Tak lain tak bukan ni mesti kes cemburu dengan anak sendiri. Tangan Uqasah di tarik hingga jatuh ke ribanya.

"mama nak kiss juga yee?" usik Rayyan. Uqasah memuncung. Wajah anak daranya di jeling tajam. Asyik dia saja dapat kiss! Tak aci!!

"muaahhhh.. " Rayyan mengucup lama pipi kanan Uqasah hingga berbunyi. Lebar terus senyuman menghiasi bibir Uqasah. Suka dapat kiss!

Kali ini wajah Umairah pula cemberut. Tercebik-cebik bibirnya melihat agenda tersebut. Telefon di tangannya di lempar jauh. Tubuh montelnya terus di rebah di sebelah kanan paha Rayyan. Uqasah pula di kiri.

Rayyan mengeleng. Isteri dan anaknya memang tidak boleh berjumpa. Ada saja benda yang di gaduhkan. Tapi Umairah kalau nak susu pandai pula dia cari mama dia. Nasib baiklah dua-dua sayang. Kalau tak dah lama dia buang ke laut. Manja yang amat.

"mairah ni asyik dia je nak dekat-dekat dengan papa. Bagilah mama pula manja-manja.. " rungut Uqasah. Pantas Umairah mengeleng.

"na...Na... " mulut kecilnya berkata. Rayyan tertawa.

"werkk... Papa sayang mama.. " Uqasah menjelir lidahnya. Leher Rayyan di peluk erat. Umairah juga tidak mahu kalah. Keduanya memeluk erat leher Rayyan. Nasib baik tak patah.

"na..na... Na.. Paa.. " entah apa yang di katanya. Uqasah mengeleng bagaikan faham apa yang di tuturkan oleh anaknya.

"papa.. Mama punya.. " ujarnya tidak mahu mengalah.

"na.. Pa.. Na.. " marah Uqasah. Terkacip-kacip bibir itu berkata. Semakin galak Uqasah mengusik. Suka melihat wajah cemberut anak perempuanya.

"ee.. Dahlah. Dua-dua papa tak sayang.. " sampuk Rayyan. Pening kepala melayan karenah kedua wanita tersebut. Tubuh Uqasah dan Umairah di tolak lembut. Terkebil-kebil keduanya memandang susuk tubuh Rayyan yang kini sudah berdiri.

"hubby... "

"pa.... "

Serentak Uqasah dan Umairah berkata. Terletus tawa Rayyan. Dia bercekak pinggang. Wajah sengaja du garangkan. Menunduk terus kepala Uqasah dan Umairah. Takut sangat kalau Rayyan dah marah.

"papa tak suka tau tak asyik bergaduh je hari-hari. Pening kepala ni!" omel Rayyan dengan suara di seruis kan bagaikan memarahi 2 anak. Padahal dia ada satu saja anak perempuan. Dalam hati sudah tertawa jahat tatkala melihat wajah ketakutan isteri dan anaknya.

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now