BAB 4

16K 815 65
                                    

Rose dan Risya memandang sesama sendiri. Sekejap bermain mata. Sekejap muncung-muncung. Uqasah pula diam terkebil-kebil memandang kembat itu silih berganti. Kepalanya yang tidak gatal di garu.

"akak.. "

"korang.. "

Serentak mereka bertiga bersuara. Uqasah terdiam begitu juga si kembar sebelum tawa mereka terletus.

"okeyy.. Kita perkenalkan diri dulu.. " ujar Uqasah. Rose dan Risya mengangguk.

"okey.. Nama penuh Risya Dania.. Umur 18 tahun" ujar Risya bersemangat. Uqasah mengangguk.

"rose pula..Rose Dania and rose kakak risya adik. Lambat 5 minit je" kata Rose. Sekali lagi Uqasah mengangguk.

"akak pula.. " serentak Rose dan Risya bertanya.

"nama akak.. Uqasah Qasandra, umur 20 tahun..hurmm.. Apa lagi erkk.. " dia terdiam seketika sambil tangan mengaru dagu. Lama berdiam akhirnya dia mengangkat bahu.

"apa yang korang nak tau?" tanyanya.

"semua dah tau. Abang rayyan dah cerita kat bawah tadi.. " beritahu Risya.

"abang Rayyan tu abang korang ke?" tanya Uqasah perlahan. Segan pula melihat senyuman penuh makna dari si kembar itu.

"haah.. " mereka mengangguk mengiyakan kata-kata Uqasah dengan sengihan. Uqasah mengerut dahi.

"habis kenapa nak pakai tudung tadi?" soalnya hairan. Dia perasan juga bila mereka keluar dari bilik mesti pakai tudung.

"sebab Abang Danny dengan Abang anif tu just abang angkat kitaorang je. Dari kecil lago diorang memang tinggal kat sini. Dan merangkap sahabat baik abang rayyan" cerita Risya bersungguh-sungguh. Siap tangan ikut bergerak sekali. Uqasah mengangguk dengan mulutnya berbentuk 'O'.

Baru Saja mereka mahu meneruskan cerita bunyi pintu terbuka menyentakkan mereka bertiga. Seretak mereka berpaling. Senyuman terukir di bibir masing-masing bila melihat gerangan yang masuk itu.

"tak tidur lagi ke anak mama ni??" Raimah mendekati mereka bertiga. Punggung turut di labuhkan ke katil. Tersenyum dia melihat ketiga-tiga gadis itu duduk berkumpul di atas katil.

"nak tidur dah ni" balas Rose dangan sengihan.

"Uqasah okey tak? Selesa ke?" lembut Raimah bertanya. Tangan di lekapkan di dahi Uqasah.

"selesa sangat dah makc.. "

"mama suruh panggil apa tadi?" potongnya sebelum sempat Uqasah bersuara.

"panggil mama je. Mulai sekarang uqasah anak mama juga.. " katanya lembut. Uqasah mengangguk lembut biarpun dia terasa segan.

"tapi lagi best kalau akak jadi kakak ipar kami" ujar Risya selamba. Dia menyiku Rose dengan kening di angkat.

"betul tu..kan mama" sokong Rose pula. Raimah tergelak kecil manakal Uqasah dah malu-malu kucing.

"Uqasah nak tak jadi menantu mama?" lembut Raimah bertanya. Niat asal hanya mahu bergurau tapi tiba-tiba pula hatinya mahu menjadikan Uqasah menantunya. Terkebil-kebil Uqasah bila di tanya soalan seperti itu. Tanganya mula meramas-ramas hujung bajunya dengan bibir bawah di gigit halus.

"ke Uqasah dah berpunya ni?" pantas dia mengeleng. Riamah tersenyum kecil.

"mama gurau je tapi.. Kalau Uqasah setuju apa salahnya kan" sekali lagi dia tertawa kecil. Begitu juga dengan si kembar yang suka benar mengusik Uqasah.

"dah..tidur tak bagus anak dara tidur lewat macam ni" arah Raimah. Sempat dia mengucup ketiga-tiga dahi gadis itu sebelum keluar.

"jom tidur.. Mengantuk" jelas mata Risya yang sudah kemerahan itu. Mulutnya di tutup bila tiba-tiba termenguap.

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now