BAB 3

15.9K 803 7
                                    

Rayyan memandang wajah yang sudah nyenyak tidur itu. Tidak sampai hati pula dia mahu mengejutkan. Perlahan-lahan dia keluar dari kereta sebelum membuka pintu di tempat Uqasah.

Kot di tubuh kecil itu di ambil. Lama dia merenung wajah uqasah. Tanpa sedar tangannya bergerak membelai pipi itu. Dapat dia rasakan sejuknya haba dari pipi Uqasah. Tangannya bergerak pula hinggap ke bibir merah Uqasah. Di belai lembut. Dari atas bibir hingga ke bawah bibir Uqasah. Bergerak-gerak halkumnya.

Tangannya bergerak pula ke hidung sedikit mancung Uqasah. Dia tertawa kecil bila Uqasah menepis tangannya dengan rengek sebelum kembali menyambung tidurnya. Elok pula Uqasah memeluk lengannya.

Terdiam Rayyan melihat. Kini lengannya betul-betul berada dalam pelukan Uqasah. Fikiran buntu buat seketika. Dengan berhati-hati dia menarik semula tangannya. Dia bercekak pinggang sekejap. Wajah nyenyak Uqasah kembali di renung.

Nafas di hembus kasar sebelum dengan berani dan berhati-hati dia mencempung tubuh Uqasah. Dia mengetap bibir bila Uqasah merengek dalam dukungannya. Dia berhenti seketika. Melihat dahi yang berkerut tadi kembali ke asal barulah dia melangkah dengan perlahan ke rumah.

Dalam setiap langkah yang di ambil matanya tidak lepas dari memandang wajah Uqasah. Entah kenapa hatinya terasa tenang melihat wajah putih kemerahan itu. Sungguh sempurna.

"ab-anngg.. " termati kata Risya bila melihat Abangnya itu mendukung seorang wanita.

"siapa ni?" tanyanya mengejar langkah Rayyan. Baru saja Rayyan mahu menjawab dia terserempak pula dengan mama, rose dan dua sahabat baiknya di ruang tamu. Semua mata terkebil-kebil memandangnya.

Raimah selaku mama kepada Rayyan terus berdiri mendekati Rayyan. Wajahnya jelas berkerut.

"apa yang kamu buat kat perempuan ni Rayyan?" tanyanya terkejut. Rayyan mengeleng.

"nanti rayyan bagitau okey.. " ujarnya lembut.

"dah hantar dia kat bilik Risya dengan Rose.. " arah Raimah. Lantas Rayyan mengangguk sebelum mendaki tangan menuju ke bilik kedua adiknya.

Sesampainya di dalam bilik Di merebahkan tubuh Uqasah di katil. Terlihat mama dan kedua adiknya di belakang.

"kenapa dengan dia ni?" tanya Raimah. Dia duduk bersipu di sebelah   uqasah. Dahi Uqasah di usap lembut. Jatuh simpati dia melihat baju Uqasah yang basah itu. Tahulah dia gadis kecil itu terkena hujan.

"dia tidur je tu ma.. " beritahu Rayyan. Bajunya di kibas-kibaskan.

"mana jumpa dia.. " Rayyan mengaru belakang telinga.

"tak apalah pergi rehat dulu. Biarkan dia tidur. Mama nak buatkan bubur nasi. Kesian ni badan dia sejuk sangat" kata Raimah. Rayyan tersenyum kecil. Senang dengan perangai mamanya.

"dah pergi keluar mama nak buka tudung dia. Rose, risya meh tolong mama" lekas saja si kembar mendekati Mamanya.

"okeylah.. Rayyan nak mandi jap.. " terus Rayyan keluar bila mamanya mula membuka tudung Uqasah.

"ma..rasanya ni bakal kakak ipar kita kut.. " ujar Rose. Matanya setia merenung wajah Uqasah yang masih lena itu.

"bagus jugakan." tergelak kecil Raimah. Rambut Uqasah yang sudah terburai lembut itu di usap. Nyenyak sungguh tidurnya.

"yeahh.. Ada geng baru" jerit Risya. Pantas mulut Risya di tekup oleh Rose. Satu jarinyanya melekap di bibir.

"bisinglah.. " bisiknya perlahan. Raimah mengeleng kecil. Rengeknya dari bibir Uqasah membuatkan ketiga-tiga mereka berpaling serentak.

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now