BAB 42

6.7K 315 2
                                    

Uqasah tersenyum puas hati melihat dirinya dengan memakai dress mengandung biarpun perutnya masih belum kelihatan tapi sengaja dia mengenakan drees tersebut. Beg sandangnya di ambil. Sekali lagi dia menilik penampilannya di cermin.

"okey.. Dah cantik dah!" ujarnya sendiri. Mata di kenyit dengan petulan cermin yang menampakkan dirinya.

Lebar senyumanan ketika menuruni tanggan. Tak sabar-sabar mahu membuat kejutan buat suami tercinta. Uqasah tersengih kecil apabila membayangkan reaksi Rayyan nanti.

"akak lawa-lawa nak pergi mana?" tegur Rose hairan melihat penampilan Uqasah. Uqasah datang mendekati adik iparnya yang berada di ruang tamu.

"cantik ke?" tanya melihat baju yang di pakai. Kembang kucup juga dia bila di puji macam tu. Rose tertawa kecil. Mood kakak iparnya lain macam. Mungkin pembawa budak kut.

"cantik sangat dah ni. Nak pergi mana?" sekali lagi Rose bertanya.

"nak pergi jumpa suamilah.. " jawabnya gatal.

"abang tau tak ni? Akak naik apa?" kalut Rose bertanya. Susah hati akan keselamatan Uqasah.

"alah.. Rose janganlah bagitau abang.. Akak nak buat kejutan.. " rungutnya dengan bibir memuncung. Cepat sangat sentap.

"yalah.. Habis akak nak naik apa?" soalnya lagi. Setahunya Uqasah tak pandai bawa kereta.

"tu.. " Uqasah menunding jari ke arah pengawal khas untuk dirinya yang berdiri tegak di muka pintu seolah menanti kehadirannya. Lantas Rose menoleh.

"tak apa ke?" tanyanya jelas kerisauan. Uqasah mengeleng kepala.

"jangan risau akak okey lah.. " pujuk Uqasah.

"tapi.. "

"tak apa akak janji jaga keselamatan walau di mana pun" tanpa sempat Rose menghabiskan kata-katanya Uqasah terlebih dahulu menyampuk. Tangan di angkat seakan bersumpah.

"yalah.. Tapi hati-hati tau" pesan Rose. Lengan Uqasah di tarik menuju ke pintu. Uqasah pula mengangguk.

"mama dengan Risya kat mana?" tanyanya.

"ada kat atas. Nanti Rose bagitau akak keluar jumpa abang.. " balas Rose. Uqasah memakai kasutnya. Sempat senyuman nipis di hadiahkan buat lelaki yang masih lagi berdiri itu. Senyum tukam sedekah.

"akak pergi dulu. Jangan bagitau abang tau.. " bisiknya. Rose mengangguk kecil. Tangan Uqasah di salam hormat.

"hati-hati" jeritnya apabila Uqasah sudah mahu masuk ke dalam kereta. Uqasah mengangguk. Tangan di lambai sebelum kereta yang di naikinya sudah jauh dari rumah.

Uqasah tersengih kecil. Duduknya di betulkan. Telefon yang berada dalam beg di ambil. Laju nombor Rayyan di dail. Cubaan pertama tidak di sambut tapi Uqasah tetap membuat panggilan. Sambil-sambil matanya memandang pemandangan luar dia setia menunggu panggilannya terjawab.

"hubby..." teruja dia menyapa tatkala mendengar suara yang di rinduinya itu.

"assalamualaikum sayang.. " sapa Rayyan.

"hihi.. Walaikumsalam hubby ku sayang.. " Uqasah tersengih malu.

"kenapa call ni? Sayang okey kan?" jelas kedengaraan suara Rayyan bertanya di sebelah talian. Uqasah mengangguk biarpun dia tahu Rayyan tidak dapat melihatnya.

"okey je. Saja ke call. Rindu!"

"mengada. Baru tinggal kejap dah rindu" usik Rayyan.

"dah rindu juga nak buat macam mana?" omelnya perlahan sambil mengusap perutnya. Rayyan tertawa kecil. Tersenyum Uqasah mendengar tawa suaminya terasa mereka sangat dekat.

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now