BAB 26

8.9K 384 5
                                    

Uqasah memuncung memandang Rayyan yang duduk di sebelahnya. Tangan berpeluk tubuh ala-ala garang. Mata memandang tajam.

Rayyan tertawa kecil melihat Uqasah yang merajuk itu. Tak padan dengan kecil nak garang-garang bagai. Tangan mula mengusap lembut pipi isterinya namun laju pula Uqasah menepis. Dia berpaling tidak mahu melihat wajah Rayyan.

"merajuk?" soal Rayyan dengan tawa kecil. Tidak dapat di tahan lagi melihay wajah cemberut isterinya.

"sayang.. " meleret saja suara Rayyan memanggil. Nak pujukkan mestilah kena lembut-lembut.

"hubby please.." akibat kalah dengan panggilan manja itu Uqasah kembali merengek. Tangan Rayyan di ambil lalu di kucup. Sampai ke tapak tangan dia mengucup berharap agar suaminya menunaikan pemerintahaannya.

"no! Dengar cakap hubby please.. Duduk dulu kat hospital ni dua tiga hari baru boleh balik" ujar Rayyan berkeras tidak membenarkan Uqasah pulang ke rumah. Sedari tadi isterinya itu merengek mahu balik tatkala keluarga sudah pulang tadi. Merengek nak ikut tapi di halang pula oleh Rayyan.

"alah.. Bosanlah" omel Uqasah. Kaki di hentak-hentak ke katil tempatnya baring hingga bergegar katil itu di buatnya.

"bosan ke apa tetap juga tak boleh? Bagi sihat dulu badan tu!"

"dah sihat dah pun. Tengo" Uqasah turun dari katil lalu melompat-lompat tanpa sempat Rayyan menghalang.

"ya allah janganlah lompat-lompat macam tu" Rayyan dengan pantas menarik tangan Uqasah supaya duduk semula tapi isterinya itu tetap berdegil.

"hubby tengo lah. Ha, sayang boleh lari-lari lagi" Uqasah berlari-lari pula menunjukkan bahawa dia memang sudah sihat.

"dah sihatkan?" dia tersengih memandang Rayyan di hadapannya.

"bolehlah ye hubby" sengaja di lembutkan lagi suaranya. Tangan mula nakal menjalar ke leher Rayyan. Dada Rayyan pula di kucup bertalu-talu.

"no!" jawapan Rayyan tetap sama. Mengendur bahu Uqasah. Dia kembali menjatuhkan tangannya. Kaki di hentak lagi tapi bezanya tadi di katil sekarang di lantai pula.

"nak balik juga"

"hubby tak benarkan"

"nak balikkk... " Uqasah mengoyang-goyangkan tubuhnya tanda protes. Matanya mula bergenang.

"TAK BOLEH FAHAM TAK?" tengking Rayyan hilang sabar dengan kedengilan isterinya. Terhenjut bahu Uqasah dek terlalu terkejut dengan suara Rayyan yang meninggi tiba-tiba. Tahulah dia bahawa suaminya itu marah benar dengannya.

Uqasah menunduk. Tidak berani mahu memandang wajah tegang Rayyan. Air mata yang menitis di seka laju. Tangannya bermain-main dengan baju hospital di tubuhnya. Bibir di ketap menahan daripada menangis lagi.

Dan saat terasa tubuhnya di tarik dan kini selamat dalam pelukan Rayyan esakannya keluar juga. Tersedu-sedan dia menangis sambil menyembamkan wajah ke dada Rayyan.

"shh.. Hubby minta maaf" Rayyan berbisik lembut. Kepala Uqasah di kucup sekilas.

"hubby bukan tak nak bagi sayang balik tapi sayang kena sihat dulu. Kalau dah sihat barulah balik okey! Dah janjikan tak nak buat hubby risau lagi.. Kalau sayang nak balik juga umpama buat hubby risau juga" bebel Rayyan memujuk isterinya. Serupa ayah memujuk anak.

Wajah Uqasah di pegang. Memaksa supaya mendongak memandangnya. Tercebik-cebik bibir itu menangis. Dengan wajah yang merah. Hidung merah. Dahi berkerut. Isshh.. Time macam nilah Rayyan tergoda tanpa sedar.

"yalah kita balik" Rayyan mengalah. Tidak kuat melihat air mata Uqasah. Lemah terus segala urat sendinya.

"t-tak apalah. Uqasah duduk kat sini" Uqasah pantas mengeleng kepala. Air matanya yang menitis jatuh ke pipi di seka lembut. Hingus di tarik tanpa segan silu.

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now