BAB 8

15.6K 750 24
                                    

"Rayyan Robert bin Muhammad Rasid.."

"Ya saya!!"

"aku nikahkan di kau dengan Uqasah Qasandra dengan mas kawin 200 ringgit tunai.. "

"Aku terima nikahnya Uqasah Qasandra dengan mas kawin 200 ringgit tunai.. "

"sah.. "

"SAH!"

Dengan sekali lafaz akhirnya kini Uqasah sah menjadi milik kepada Rayyan. Terpejam mata Uqasah bila mendengar perkataan sah itu. Berbagai perasaan yang rasa tika ini. Happy. Terharu. Sedih. Malu. Semuanya bercampur baur sehingga terasa susah untuk dia bernafas.

Perkawinan yang hanya di lansungkan di rumah Rayyan itu pun hanya mereka saja. Cukuplah setakat akad nikah. Itu pun sudah memandai buatnya. Biarpun tiada pelamin dah mewah. Tiada tetamu. Baju pengantin pun hanya baju kurung biasa berwarna putih. Semua ini sudah cukup buat dirinya.

Tatkala melihat Rayyan yang kini merangkap sebagai suaminya menghulur tangan. Pantas saja Uqasah menghulur tangannya untuk di sarungkan cincin. Apabila sebuah cincin elok tersarung di jari manisnya terus saja dia terharu yang amat. Matanya mula berkaca. Tidak di sanggah dia kini sudah bergelar isteri kepada lelaki di hadapannya ini.

Uqasah tunduk mengucup lembut tangan Rayyan. Lama dia mencium tangan syurganya sebelum kembali mengangkat mukanya dan saat itu juga terasa dahinya di cium pula oleh Rayyan. Kali ini dia tidak lagi dapat menahan air matanya. Jatuh menitis tatkala bibir itu menyentuh dahinya buat pertama kalinya.

Rayyan menjauhkkan bibirnya. Wajah yang kemerahan itu di pandang sebelum lembut mengelap air mata itu.

"jom.. Makan" ajaknya. Di tarik lembut tangan Uqasah menuju ke meja makan. Dia ada sebab tersendiri mengapa dia sekadar melakukan majlis secara biasa. Dia tidak mahu musuhnya tahu biarpun dia yakin mereka akan tahu juga suatu hari nanti. Tapi biarlah masa saja yang menentukkannya.

Tok kadi dan beberapa saksi yang lain sudah pun menikmati makanan. Uqasah perlahan mendekati tubuh Raimah dan di peluk sayang tubuh tua itu. Sekali lagi air matanya jatuh. Sebak mengasak jiwanya. Bersungguh kerana ada masih manusia yang menyayanginya.

"dah jangan nangis" pujuk Raimah lembut. Uqasah mengangguk sambil tersenyum kecil. Kini tubuhnya pula di peluk oleh si kembar.

"terima kasih jadi kakak ipar kami" bisik Risya. Dan serentak itu pipinya di kucup. Uqasah tertawa kecil. Geli hati melihat perlakuan kanak-kanak Risya dam Rose.

"sekarang kita isi perut dulu.. " terus di tarik tangan Uqasah. Raimah menoleh pula ke arah Rayyan yang masih berdiri dengan mata setia memandang tubuh Uqasah yang susah jauh dari pandangan.

"jaga dia baik-baik.. " ujar Raimah sambil mengusap lembut bahu Rayyan. Rayyan tersenyum sebelum mengangguk kecil. Tangan memeluk kejap bahu mamanya.

"jangan risau.. Rayyan akan jaga dia baik-baik" bisiknya lembut. Tersenyum Raimah mendengar janji anaknya.

"jadi suami yang terbaik buat dia" katanya sebelum mengucup lembut dahi Rayyan.

"i will" balasnya. Raimah mengangguk seraya berjalan ke arah anak dan menantunya tatkala mata melihat ketiga gadis itu memanggilnya. Rayyan tersenyum kecil melihat gelagat mereka.

Kedatangan dua sahabatnya yang datang mendekati itu di pandang. Anif dan Danny tersenyum mengejek melihat senyuman lebar di bibir Rayyan. Bahagia lah katakan.

"so apa macam?" usik Anif. Bahu Rayyan sengaja di tepuk kuat. Rayyan menjeling tajam sebelum menepis kasar tangan itu.

"woo.. Pengantin baru kita ni garang sangat" perli Danny pula bersama tawa kecil. Rayyan merengus.

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now