BAB 20

10.3K 403 0
                                    

"yang ni untuk Risya, yang ni pula untuk Rose.. " Uqasah menyerahkan kedua bakul yang berisi ole-ole yang di beli dari paris.

"yang ni pula untuk mama!" bakul berwarna pink di serahkan ke arah Riamah yang duduk di sebelahnya. Ceria wajah Raimah menerima.

"terima kasih.. " lembut dia berkata. Uqasah mengangguk.

"Uqasah tolong pilih je tapi anak mama yang tolong bayarkan.. " tersengih Uqasah berkata. Sememangnya semua keperluannya di sana semuanya Rayyan yang membayar. Dia tinggal tunding jari je mana satu yang dia nak.

"woww... " Risya tersenyum suka melihat ole-ole pemberiannya. Bulat matanya memandang. Macam-macam ada. Rose juga tidak kurang terujanya. Masing-masing ralit melihat. Seakan-akan budak kecil yang di beri hadiah.

"untuk kitaorang tak ada ke?" tanya Danny.

"nah.. " terus saja Rayyan memberi 2 bakul kepada Danny dan Anif. Tersengih mereka. Ingatkan tak ada.

"terima kasih abang ku sayang.. " ujar Risya dan Rose serentak.

"ha..kalau macam tu korang baliklah france. Lama dah kan tak balik sana" usik Rayyan. Dia tahu adiknya itu tidak akan sesekali tinggal di sana lagi. Mungkin trauma selepas kejadian di mana Papa mereka terbunuh.

"kalau kita semua bercuti kat sana bolehlah.. Tapi kalau abang nak hantar kami belajar dan tinggal kat sana memang Risya tak nak.. " ujar Risya bertegas tidak mahu.

"rose pun tak nak.. " Rose mengangguk mengiyakan kata-kata adiknya yang beza 5 minit itu.

"why?" sepatah saja Rayyan bertanya. Si kembar terdiam. Kedua mereka menunduk. Risya bermain dengan jarinya manakala Rose pula mengetap bibir. Raimah yang faham ketidak senangan anak kembar terus mendekati. Dia duduk sebelah Risya sebelum Risya dan Rose menangis tiba-tiba. Terhenjut-henjut bahu mereka menangis.

"dah.. " lembut Raimah memujuk. Tahu sangat apa yang di tangisi oleh anaknya itu. Uqasah menahan sebak. Rayyan pula sudah tidak keruan. Rasa bersalah tiba-tiba. Terus dia berjalan ke arah si kembar lalududuk di antara Risya dan Rose membuatkan dia kini berada di tengah-tengah. Kedua bahu adiknya di peluk. Semakin-makin menjadi-jadi tangisan Mereka. Kedua mereka melingkar tangan ke pinggang Rayyan.

"ri-risya rindu pa-pa.. " bagaikan budak kecil dia mengadu. Raimah mengetap bibir. Tidak kuat mendengar rintihan anaknya.

"r-rose pun rin-rindu.. " tersekat-sekat keduanya berkata. Semakin tinggi rasa bersalah Rayyan. Di kucup ubun-ubun adiknya.

"yalah...sorry, sorry.. " berkali-kali dia memohon maaf.

"sshhh.. Dahlah tak malu ke menangis macam budak-budak ni. " usik Rayyan lagi sengaja supaya tangisan adiknya berhenti. Risya dan Rose mengangkat wajah. Air mata di lap.

"stop cry kalau tak abang tak benarkan langsung keluar rumah ni" ugutnya. Terus saja si kembar lantas berhenti menangis. Sedaya upaya mereka mengawal air mata mereka biarpun bahu masih terhenjut-henjut kecil.

"good girl" sekali lagi dahi Risya dan Rose di kucup oleh Rayyan.

"abanglah suka buat kita menangis" rungut Rose. Di tampar manja lengan Rayyan.

"yalah sorry.. " buat sekian kalinya Rayyan meminta maaf lagi. Rayyan mendekati wajah ke telinga Risya yang tertutup tudung itu.

"tak malu erk.. Danny tengo je Risya sejak tadi tau" bisiknya. Serta merta pandangan Danny dan Risya bertentangan sebelum Risya menyembamkan wajah ke dada Rayyan. Malu. Buat pertama kalinya dia meraung menangis seperti itu di hadapan Danny. Sebelum ini pun menangis biasa saja. Jatuh maruah.

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now