BAB 59 ( SPEACIAL PART)

7.5K 307 2
                                    

Rayyan mengeluh. Tubuh kecil yang berada dalam dukungannya di lihat. Sedari tadi Umairah langsung tidak berganjak dari terus memeluk Rayyan malah semakin erat. Sedap je dia melentok manja kepalanya ke dada Rayyan.

Rayyan yang sudah siap berpakaian kerja itu mengeluh lagi. Macam mana nak ke kerja kalau anaknya yang seorang ini tidak mahu melepaskan. Sejak tadi merengek mahu ikut. Manja sangat!

"papa nak kerja ni.. " punggung Umairah di tepuk-tepuk. Umairah yang bergayut di tubuh papanya mengeleng bagaikan faham.

"janganlah macam ni. Anak papakan baik.. " pujuk Rayyan lagi. Rambut Umairah di usap lembut berharap agar si anak kecil termakan dengan pujukannya. Namun sangkahannya meleset sama sekali bila Umairah sudah meraung kuat.

"sshh.. Yalah,yalah. Sayang ikut papa k!" ujarnya mengalah. Laju Umairah mengangguk. Rayyan mengeleng. Mahu tidak mahu terpaksa juga dia bawa budak kecil ni. Kalau tak memang tak jalanlah dia.

"turun dulu! Papa nak ikat tie kejap!" ujarnya. Tubuh kecil Umairah di turunkan. Umairah mengeleng. Tubuhnya yang sudah hampir sampai ke lantai di tahan. Leher Rayyan di peluk kemas.

"papa nak pasang tielah sayang. Turub kejap!" di tolak lembut badan Umairah. Umairah merengek. Kaki Rayyan di peluk dengan mata berkaca-kaca. Tergeleng lagi kepala Rayyan melihat. Manja!

Uqasah yang baru masuk itu mendekati Rayyan. Senyuman kecil di lemparkan melihat Rayyan yang turut memandang ke arahnya sebelum mata jatuh ke tubuh Umairah yang masih erat memeluk kaki papanya.

"tak siap lagi?" soalnya bila Rayyan terkial-kial mengikat tie. Rayyan mengeleng.

"Umairah punya pasallah ni nak ikut juga. Tak pelah kalau tolong papa buat kerja ni membebel entah apa.. " bebel Rayyan. Sejujurnya ini bukanlah pertama kali dia membawa Umairah ke tempat kerjanya. Dah banyak kali. Anaknya pula asyik berceletoh saja. Bising!

"anak siapa lah yang manja sangat ni?" perli Uqasah. Pipi Umairah di kucup sekilas. Umairah pula terus menyembamkan wajah ke kaki papanya. Tangan kecilnya mengenggam kuat seluar milik Rayyan.

"meh, sayang pakaikan.. " Uqasah mengambil tali leher di tangan Rayyan sebelum mula mengikat kemas. Rayyan menarik rapat pinggang isterinya.

"habis tu hubby bawa juga ke mairah tu?" soal Uqasah memandang Rayyan sebelum kembali fokus ke ikatannya. Tak tahan dengan panahan mata suaminya.

"bawalah. Nanti menangis pula" omel Rayyan. Umairah di kakinya di kerling sedikit. Nak melekat saja dengan dia. Tak lepas langsung.

"ikut sayanglah ni manja.. "

"sayang pula. Hubbylah layankan ke perangai dia. Kan dah manja!" naif Uqasah dengan jelingan yang tajam.

"sayangalah. Dulu masa sayang mengandungkan dia sayang pun selalu melekat dengan hubby. Makan nak sekali. Mandi nak sekali. Hubby pergi kerja pun nak ikut sekali" ujar Rayyan. Uqasah memuncung. Apa yang di katakan suaminya memang benar.

"sebab sayang bawa dia dalam perutkan. Dia lah yang suruh tu bukan sayang.. " kata Uqasah masih tidak mahu mengaku salah.

"yalah. Sayang menang" keluh Rayyan. Berlawan mulut dengan isteri memang dalam mimpi pun takkan menang. Ada saja jawapan yang akan di balas.

"siap!" Uqasah menepuk dada Rayyan tatkala selesai mengikat kemas tali leher tersebut. Rayyab tersenyum sebelum menghadiahkan satu ciuman ke dahi isterinya.

"terima kasih.. "

"kasihmu sentiasa di terima.. " balas Uqasah. Gedik! Rayyan tertawa. Tubuh Umairah yang masih memeluk kakinya di dukung semula. Pantas saja Umairah menyembamkan wajah ke bahu papanya.

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now