BAB 12

14.4K 590 2
                                    

jauh Uqasah termenung memandang pagar rumah di hadapannya. Bangun saja dari tidur terus dia mencari bayang suaminya namun hampa jangakan hidung Rayyan bayangnya pin tiada kelihtan.

Bila di tanya si kembar mereka pun tidak tahu ke mana abang mereka menghilang. Uqasah mengeluh.

"akak tunggu abang ke?" soal Rose yang entah muncul dari mana dengan tangan memegang cawan. Uqasah berpaling sekilas sebelum kembali memandang pagar rumah.

"haah.. Tapi dia tak balik-balik pun lagi. Akak risaulah" rungutnya.

"abang pergi mark.. "

"ha tu dah sampai" belum sempat Rose mahu memberitahu Risya sudah menjerit. Di jeling tajam kakaknya itu. Tahu sangat yang Rose mahu memberitahu bahawa Rayyan di markas.

Rose yang seakan baru sedar akan kesilapannya tersengih. Kepalanya yang tidak gatal di garu.

Uqasah terus berlari ke arah suaminya bila melihat susuk tubuh yang baru keluar dari kereta itu. Kalut-kalut dia memakai selipar sebelum berlari mendekati Rayyan.

Belum sempat Rayyan mahu bersuara tubuhnya sudah di peluk erat oleh Uqasah. Terundur sedikit badannya bila di peluk secara mengejut. Namun bibir tetap mengukir senyuman.

"rindu" bisik Uqasah perlahan. Tidak di hiraukan langsung pandangan Danny dan Anif. Yang dia tahu sekarang mahu memeluk suaminya saja.

"orang pergi sekejap ja pun" omel Rayyan. Tangan mengusap lembut belakang tubuh Uqasah. Manjanya yang terlebih biarpun baru 1 hari usia perkawinan mereka tapi Uqasah sudah berani bermanja dengannya.

"tolong hormat sikit orang single sini" sampuk Anif selamba.

"kau jelah erkk.. Aku dah ada" ujar Danny pula sebelum berlalu meninggalkan mereka. Anif mengetap bibir. Dia juga turut berjalan masuk membiarkan pasangan suami isteri itu berdua.

"hubby pergi mana?" tanya Uqasah. Kepala di dongak dengan bibir memuncung. Akibat tidak tahan melihat bibir itu terus di cium sekilas bibir Uqasah.

"ada kerja sikit" jawabnya. Kepala Uqasah di usap lembut. 'kerja bunuh orang' sambung hatinya.

"hurmm.. Tak kejutkan orang pun" rajuk Uqasah. Rayyan tertawa kecil. Bahu isterinya di peluk kejap sebelum mereka berdua sama-sama berjalan masuk ke dalam rumah.

"aku pergi kejap ja pun" pujuknya bila melihat Uqasah yang masih setia dengan rajuknya. Tepi kepala Uqasah di cium sekilas cuba memujuk dengan cara tersendiri.

"janji tak tinggal lagi" pinta Uqasah manja. Siap menyua jari kelingkingnya lagi. Rayyan dengan senang hati mencantumkan jari mereka tanda berjanji.

Sampai saja ke ruang tamu terlihat semua mereka sudah berada di situ. Rayyan menarik lembut tangan Uqasah menuju ke arah keluarganya. Si kembar pula sudah tersenyum-senyum memandang Uqasah. Tak lain tak bukan mesti nak mengusik.

"tak sampai berapa jam dah mencari"usik Risya dengan sengihan membuatkan wajah Uqasah berbahang. Tangan mengenggam erat baju Rayyan tatkala semua mata tertumpu ke arahnya.

"biasalah pengantin barukan. Yang Rayyan ni pun pergi mana tinggalkan isteri seorang-seorang kat rumah?" bebel Raimah. Tajam matanya menikam anak mata Rayyan. Geram dengan tingkah laku anaknya itu.

"ada hal sikit ma" jawab Rayyan. Tergeleng kepala Raimah mendengar jawapan Rayyan.

"kerja, kerja juga tapi jangan sampai abaikan isteri kamu tu. Pandai-pandai bahagikan masa.. " pesan Raimah lagi.  Rayyan mengangguk faham. Semakin di balas semakin panjang pula sisi ceramah mamanya.

MR. MAFIAМесто, где живут истории. Откройте их для себя