BAB 11

15.2K 602 13
                                    

Rayyan bercekak pinggang melihat tubuh isterinya berdiri tegak di hadapannya. Air mata masih menitis dengan bahu terhenjut kecil biarpun tiada suara keluar.

"pergi mana tadi?" tanyanya serius. Uqasah bermain dengan jarinya. Takut memandanh wajah garang Rayyan.

"AKU TANYA NI?" tengkingnya membuatkan air mata Uqasah semakin laju menitis.

"t-tadi uqasah n-nampak belon.. Lepas tu.. Hurmm..." tergagap-gagap dia mahu berkata.

"lepas tu kau beli. Kau bodoh ke apa ahh?" marah Rayyan lagi. Isterinya itu kembali diam dengan kepala yang masih menunduk takut.

"dekat sini" arahnya. Perlahan-lahan Uqasah mendekati Rayyan. Kepala di tunduk bila dia kini benar-benar berhadapan dengan Rayyan hingga ibu jari kakinya hampir bersentuhan dengan ibu jari suaminya.

Dan saat itu juga tubuhnya di peluk kemas oleh Rayyan. Semakin kuat tangisannya. Tangan mengenggam erat baju di pinggang Rayyan.

"kau tau tak kau buat aku risau sangat" bisik Rayyan bergetar. Uqasah mengetap bibir. Dapat di rasakan degupan jantung suaminya yang pantas berdegup. Dia mendongak dengan mata berkaca.

"sorry.. " ujarnya perlahan. Hampir tidak terkeluar suaranya dek hidung yang tersumbat hingus. Rayyan menyapu perlahan air mata Uqasah yang masih lagi menitis lebat. Kucupan sayang singgah di dahi putih isterinya.

"janji tak buat lagi?!"

Laju Uqasah mengangguk berkali-kali.  Rayyan tersenyum kecil sebelum bibir isterinya di lumat rakus. Geram melihat bibir yang sedikit bergetar itu.

Uqasah menepuk-nepuk bahu Rayyan bila terasa nafasnya sudah kehabisan. Sudahlah sakit bibirnya di kerjakan serakus itu. Rayyan melepaskan kucupan. Tercunggap-cunggap Uqasah mencari nafas.

"sakit.. " rengeknya lalu mengigit manja dada Rayyan melepaskan geram.

"padan muka" usik Rayyan bersama tawa kecil. Tangannya mula  bergerak mengusap lembut bibir merah isterinya. Uqasah pula sekadar diam.

"hubby janganlah marah lagi. Uqasah takut" rungut Uqasah seperti kanak-kanak. Tangan Rayyan yang berada di bibirnya di genggam dengan mata terkebil-kebil memandang wajah Rayyan. Ternaik bibir Rayyan mendengar rungutan Uqasah.

"baru macam tu dah takut" usiknya. Uqasah mencebik. Gila tak takut? Wajah suaminya bila marah serupa singa kelaparan. Tubuh Rayyan di peluk erat.

"mengantuk" adunya dengan suaara serak. Tanpa berlengah terus Rayyan mencempung tubuh kecil Uqasah naik ke katil. Sebelum di letakkan tubuh Isterinya ke katil sempat dia menanggalkan tudung yang masih tersarung di kepala isterinya itu.

"tidurlah.. " Uqasah memeluk erat Rayyan dengan kepala berbantalkan lengan suaminya. Kaki pula turut menindih separuh kaki Rayyan. Wajah di sembamkan di leher suaminya.

"hubby marah lagi?" tanyanya berbiarpun mata sudah terpejam erat. Rayyan yang leka mengucup-gucup ubun-ubun Uqasah terhenti.

"hurmm.. " gumamnya. Terus saja Uqasah mendonggak dengan mimik muka mahu menangis.

"janganlah marah. Janji dah tak buat lagi" sumpahnya.

"hubbyy... " dada Rayyan di tampar lembut. Bibir pula sudah memuncunh 5 inci membuatkan tawa Rayyan terletus. Rayyan menarik geram muncung isterinya.

"tidur.. " arahnya. Suara sengaja di tegaskan. Uqasah mencebik sebelum kembali meyembamkan wajahnya di ceruk leher Rayyan. Suka dia menghidu bau haruman dari tubuh suaminya. Haruman yang membuatkan dia ketagihan.

"jangan buat macam tu lagi!" kata Rayyan setelah lama berdiam diri. Sangkahnya Uqasah sudah tidur namun bersahut pula isteri comelnya itu.

"janji" jawab Uqasah. Kepala di angguk berkali-kali tanda berjanji.  Rayyan tersenyum kecil. Rambut Uqasah di usap lembut sebelum menarik lebih dekat kepala isterinua ke dada tegapnya. Di kucup lagi ubun-ubun Uqasah. Tidak pernah jemu dia melakukan hal sebegitu.

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now