BAB 30

8.8K 365 8
                                    

Uqasah menguap buat kali kedua. Mata di kelip-kelipkan menghilang kantunnya. Tambah-tambah lagi terkena penghawa diingin memang bertambah mengantuklah jawabnya.

Jam di dinding di kerling. Sudah menunjukkan pukul 1 tengah hari. Bayangkan betapa lamanya dia duduk saja dari jam 9 hingga sekarang. Rayyan pula dari tadi sibuk saja langsunh tidak menghiruaknnya. Uqasah mengeluh. Salahnya yang beria nak ikut walhal kalau ikut pun bukan boleh buat apa tapi boleh juga lepas rindu. Tersengih dia sendiri.

Dengan bahu terjatuh dia mendekati Rayyan. Tanpa petunjuk terus dia melabuhkan punggung di atas riba suaminya dengan selamba. Ternaik tangan Rayyan yang sedang mencatat entah apa di kertaa itu. Isterinya di lihat dengan kerutan di kening.

"kenapa?" tanyanya kembali menyambung kerja. Di biarkan saja Uqasah bergesel di tubuhnya. Nasiblah sayang. Selalunya Rayyan ni jenis yang tak suka di kacau bila buat kerja tapi kalau Uqasah orang..semua boleh.

"rindu.. " bisik Uqasah manja. Ternaik hujung bibir Rayyan. Dah depan mata pun rindu juga. Nasiblah...

"mengada.. " hidung Uqasah di geram. Berkerut dahi dan kening Uqasah. Rayyan memeluk erat pinggang isterinya supaya tidak terjatuh. Di betulkan kedudukan Uqasah atas ribanya.

"hubbyyy.. " bila suara dah meleret macam tu memang adalah tu benda yang dia nak minta. Dia menunduk memandang wajah Uqasah menanti kata-kata seterusnya.

"jomlah makan.. " hampir tidak kedengaran suara Uqasah berkata. Rayyan menilik pula jam di tanganya. Lupa pula dah masuk waktu lunch.

"yalah...bangun kejap. Hubby nak kemas ni" tubuh Uqasah di tolak lembut. Lebar senyuman Uqasah mendengar. Terus saja dia bangun dari riba Rayyan. Terlompat kecil dia dek terlalu teruja walhal keluar makan je pun.

Siap mengemas meja ala kadar. Rayyan menarik tangan Uqasah untuk keluar. Baru saja pintu mahu di buka mereka kebetulan Danny dan Anif juga ikut sama membuka pintu bilik Rayyan.

"korang nak pergi mana?" tanya Anif.

"lunch.. " sepatah saja Rayyan menjawab.

"iya ke? Baru ingat nak ajak lunch. Kalau macam tu jomlah.. " ajak Danny.

"sayang okey ke kita keluar lunch dengan dorang?" Rayyan menunduk memandang wajah Uqasah yang turut memandangnya. Melihat Uqasah mengangguk itu dia pun ikutkan saja.

"jomlah. Naik kereta kau je. Aku malas nak bawa kereta aku.. " ujar Rayyan selamba bila mereka sudah sampai ke tempat parking kereta. Pintu belakang di buka mempelawakan Uqasah masuk.

"dasar pemalas.." kutuk Danny. Anif yang baru mahu membuka pintu kereta hadapan di halang lalu cepat-cepat dia masuk.

"kau bawa.. " selamba dia membaling kunci kereta ke arah Anif dan terus menutup pintu membiarkan Anif terpinga-pinga di luar.

Anif merengus marah tapi di setuju juga. Dah tu kalau dia tak nak bawa juga siapa lagi yang nak di harapkan. Tak kan nak surug reades pula? Orang dah best tengah baca. :)

Perjalanan mereka hanya di temani oleh suara radio. Sesekali terdengar juga mereka bertiga bercerita tentang hal syarikat. Uqasah pula senyap saja. Janggal mungkin dengan kehadrian Danny dan Anif. Dia bukannya biasa sangat dengan mereka berdua.

Hampir 15 minit kereta mewah itu bergerak di jalan besar dengan aman namun tidak lama bila beberapa buah kereta tiba-tiba memotong lalu mengepung kereta mereka.

"hubby.. " bergetar suara Uqasah ketakutan bila kiri kanan dan belakang kereta mereka di kepung. Rayyan terus memeluk Uqasah. Wajah Uqasah di sembam ke dadanya.

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now