Bab 1

228 54 1
                                    

Jam ditangan dikerling oleh gadis itu. Dia mula mengelap peluhnya yang berada di dahi.

    "Aduh panas gila hari ni, rasa macam matahari terpacak atas kepala pulak, haih," gumam Eiyra.

Dia menoleh ke kanan ke kiri untuk mencari kereta yang dia kenali untuk menjemputnya pulang.

   "Orang pun dah banyak balik. Tinggal aku seorang je ke sekarang ni? Hish macam mana ni?" sambung Eiyra lagi.

PON!

Bunyi hon kereta mengejutkan Eiyra. Eiyra lantas menoleh ke arah bunyi tersebut.
Dia tersenyum dan cuba menutup rasa marahnya kepada ayahnya.

   "Sorry tau. Tadi ayah ada kerja." kata Encik Erfan kepada anak sulungnya itu.

Salah seorang anak kebanggaannya kerana dia pandai tapi kalau boleh memang semua anak nya itu menjadi anak kebanggaannya. Mana tak? Eiyra Natasya, selalu menerima hadiah dalam apa-apapun pertandingan. Eydan Narwish? Juga pandai segala sukan dan sebagainya.

   "It's okay, ayah. Ira tau. Dah jom balik. Ira dah lapar, nak makan masakan ibu." balas Eiyra.

Dia kena bersyukur dapat ayah yang baik menjaganya. Segala barang keperluan, ayahnya yang beli.

Usai saja masuk, kereta milik Encik Erfan meluncur laju meninggalkan kawasan depan pagar sekolah.

シ︎

   "HAHAHAH...serius lah beb? Gempak doe kalau kau pulang kampung. Mesti jumpa banyak lelaki yang hensem." Ketawa Hara semakin kuat.

Suara Hara yang nyaring itu juga membingitkan telinga Eiyra.

   "Eyyh kau boleh diam tak? Sakit gila telinga aku! Nasib dalam phone. Kalau depan-depan, mahu sakit bahu aku asyik kau pukul aje." rungut Eiyra.

Di hujung talian, Hara sambung lagi ketawa besarnya itu apabila mendengar bebelan Eiyra.
Suka!

   "Eh kau ni pun satu, jangan lah asyik marah je. Bosan lah marah-marah ni." gumam Hara.

Eiyra menjulingkan matanya ke atas. Malas dengar bebelan dari Hara pulak.

   "Ni aku nak off phone dulu. Tadi ayah aku ada cakap yang aku ni join kem sekali kat kampung ayah aku." ujar Eiyra.

Dia mematikan topik tadi. Hara yang berada di hujung talian itu sudah menahan ketawa.

Apa taknya? Hara tahu Eiyra tu susah sangat masuk ke kampung. Dia kata dia tak selesa. Selesa ke tidak, kampung ayah dia juga kan?

   "Eh kau ni. Jangan gembira, aku tak suka lah." gumam Eiyra.

Hara lantas mematikan ketawanya. Serius.

   "Beb, kau tak payah nak tak suka bagai. Masuk je kem tu. Lagipun kita ni dah 17 tahun, makin lama makin dewasa." balas Hara.

Eiyra mengangguk setuju. Kadangkala dia juga tidak perlu benci kerana di situ juga tempat ayahnya lahir. Tanpa ayah, tiada lah dia.

   "Iyalah. Betul jugak. Okeylah, aku nak turun bawah ni. Nanti bebel pulak ibu aku nanti." Eiyra terus berdiri dan menuju ke pintu bilik.

Selepas menjawab salam Hara, Eiyra terus mematikan panggilan dan menuju ke bawah.

シ︎

ADRIAN : MAINAN MIMPIWo Geschichten leben. Entdecke jetzt