Bab 24

43 19 1
                                    

   "Kalau tu perkara yang abang buat dekat kakak pungut, Eydan rasa ada satu je penyelesaiannya," kata Eydan.

Adrian mengerutkan dahinya. Serius hanya satu je? Hanya Eydan saja yang tahu? Fuh kena guna peluang ni betul-betul.

   "Ala jalan penyelesaiannya?" tanya Adrian.

Berkobar-kobar.

Eydan tersenyum sinis. Dia memandang pintu bilik Eiyra yang tertutup rapat. Satu idea keluar di mindanya.

   "Penyelesaiannya cuma ini." Eydan memandang tepat ke wajah Adrian yang menunggu jawapan keluar dari mulutnya.

   "Apa?"

Eydan terus menyandar pada sofa yang dia sedang duduki. Perlahan dia mengeluh kecil. Adrian hanya menunggu jawapan dari Eydan.

  "Abang tunggu jelah. Kalau pujuk apa pun, dia takkan maafkan. Dia ikut mood, kalau perkara itu lama-lama, nanti dia lupakan dan maafkan."

"So tunggu."

Adrian tergamam. Macam tu saja jawapannya? Ringkas? Hanya tunggu? Ikut mood.

Pergh buat penat lelah otak dia je siang malam fikir pasal cara untuk pujuk Eiyra. Eiyra cuma maafkan dan lupakan hanya jawapan tunggu dan ikut mood sahaja.

   "Sekarang ni abang dah tahu so bila nak dengar Eydan nyanyi?" tanya Eydan.

Tadi, permintaannya bantut seketika.

   "Mana abang tahu. Eydan nak menyanyi sekarang ke? Abang okey je," jawab Adrian.

Perkara tadi dilupakan.

   "Tapi mata Eydan mengantuk ni. Rasa malas pulak nak nyanyi lepas sandar kat sofa empuk ni." Sofa ditepuknya berkali-kali.

Dengan kasar pula tu.

Kalau Puan Naura nampak, mesti mengamuk orang tua itu. Nanti kena tarik balik kemudahan yang Eydan gunakan.

    "Kalau mengantuk, baik tak payah. Pergi lah tidur sebelum Asar," ujar Adrian.

Pelik betul dengan perangai Eydan ni. Kata nak suruh orang komen tentang suaranya tapi bila dah bersedia, boleh pula kata nak tidur lah, nak tu lah, nak ni lah.

Macam-macam alasan.

"Baik Tuan!"

シ︎

Eiyra merenung siling kosong biliknya. Fikirannya melayang memikirkan tentang Adrian. Betul-betul ke lelaki tu ingin memilikinya?

Dia cuma takut, dirinya sendiri saja beria.

  "Okey Ira. Kau kena buka hati kau untuk terima Adrian sebab dia nanti akan jadi tunang kau serta bakal suami kau. Faham?" Eiyra menarik nafas dengan panjang.

Dia kena cuba. Kalau tak cuba, nanti susah untuk nanti. Lagipun dia akan menjadi dewasa dan masuk ke dalam alam perkahwinan.

Tok! Tok!

"Ira, saya nak jumpa boleh?" tanya Adrian yang berada di luar pintu.

Eiyra mengerling pintu biliknya yang diketuk perlahan. Otaknya ligat menghadam situasi sekarang ini. Perlu buka dan turunkan ego atau manjakan ego dan endahkan ketukan itu?

"Okey." Eiyra bergegas turun dari katil.

Kakinya menapak ke arah pintu. Sampai saja di depan pintu, tombol pintu dipegang lalu dipulas dengan perlahan. Wajah tampan Adrian menghiasi pemandangannya.

ADRIAN : MAINAN MIMPIUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum