Bab 45

56 17 1
                                    

"Eiyra Natasya!"

"Eh apa masalah kau hah?!" Eiyra menepis tangan Adrian yang menyentuh lengannya. Dia tak suka macam ni.

    "Ibu suruh kita beli barang dapur dan barang keperluan. Teman lah saya, saya mana reti beli benda tu," jawab Adrian.

"Kau ni sehari tak sah kan buat masalah? Kau ingat aku kisah ke kau reti ke tak?" Eiyra menjelingnya tajam.

Adrian mencebik bibirnya. Alahai, Eiyra yang sebenar ni. Comel betul marah-marah macam ni. Makin galak lah dia usik.

    "Nyenyenye tak kisah lah, awak kena ikut juga sebab awak dengan saya tak lama lagi akan bertunang," balas Adrian.

Dia tersenyum menang apabila melihat Eiyra menjengilkan matanya kepada lelaki itu. Gadis itu berpeluk tubuh.

"Ha aku tak kira. Kau pergi jelah sorang-sorang. Kan ibu dah bagi list tu!" Eiyra menunjukkan satu kertas yang berada di tangan Adrian.

    "Memanglah ada list tapi saya tak tahu yang mana tepung gandum, yang mana tepung jagung, yang mana kotex, yang mana lebresse, apa benda ni?" omel Adrian sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Eiyra tersentak. Aduh, panas pula mukanya. Kenapa perlu ada nama jenis pad pula. Beli sajalah apa-apa. Takkan lah ibu suruh Adrian yang beli benda macam tu?

   "Ish diamlah!" Eiyra merampas kertas itu dari tangan Adrian.

"Eh bak sini lah. Ibu suruh saya pergi. Nak harapkan awak, lambat cerita lagi nak ikut." Adrian meminta kertas itu semula.

   "Tak payahlah. Aku ikut kau tapi kali ni je memandangkan kau tak tahu semua benda," balas Eiyra.

Adrian mengukir senyuman senget. Dia mengangkat keningnya berkali-kali di hadapan gadis itu. Sengaja mengusik.

   "Cey nak pergi bersama-sama ke? Tadi tak mahu," perli Adrian.

"Baik kau diam sebelum kereta cabuk kau ni, aku rosakkan!" ugut Eiyra sambil mengetuk cermin kereta itu dengan kuat.

Adrian tergamam. Tidak! Itu cermin kereta yang mahal harganya. Dia terus mendekati Eiyra yang tidak berhenti mengetuk cermin itu.

"Okey fine little girl," ujar Adrian.

Dia akhirnya mengalah apabila Eiyra tersenyum puas kepadanya. Gadis itu terus masuk ke dalam kereta tanpa peduli dengan wajah cemberut Adrian.

"Dah lah masuk kereta orang, ketuk-ketuk cermin orang pula," gumam lelaki itu.

    "Aku tak pekak lah!" Eiyra menjerit kecil.

"Saya tak cakap awak pekak," balas Adrian.

"Ish, sakit jiwa aku kalau bercakap dengan kau ni!" Eiyra mendengus kecil.

"Kalau macam tu, kita menyanyi lah," kata Adrian sambil mengatur tali pinggangnya.

    "Kau harus sedar sikit eh, umur kita sama so kau bukan budak-budak lagi nak kena ajar cara untuk mendiamkan diri di dalam kereta," ujar Eiyra.

Adrian tidak membalas. Dia merapatkan diri ke arah gadis itu. Mulut Eiyra juga terkunci. Dia berdebar apabila lelaki itu merapatinya.

Klik!

Tali pinggang sudah diatur. Adrian terus menjauhi Eiyra. Dia memberikan ruang antara mereka. Lelaki itu menghidupkan enjin kereta sebelum mengatur kedudukannya sebagai pemandu.

   "Dah atur seat belt awak, sambung lah lagi bebelan tu," kata Adrian.

"Urgh!" Eiyra berpeluk tubuh. Sakit betul hatinya bercakap dengan lelaki ni.

Dia merasakan Adrian di mimpi dan realiti terlalu lah lain. Adrian di dalam mimpi, orang yang soft spoken manakala Adrian realiti terlalu menyebalkan!

Dia tak suka.

Hanya suara radio saja yang bergema di dalam kereta itu sehingga mereka sampai di sebuah mall yang mempunyai barang-barang keperluan.

Usai saja mencari parkir, Adrian dan Eiyra terus keluar dari kereta. Mata mereka melilau sekeliling dan melihat ramai pembeli yang datang.

   "Awak lah pergi dulu," arah Adrian.

"Apasal aku pula?" tanya Eiyra.

"Dah awak tahu mana tempatnya. Saya tukang bayar je," jawab Adrian selamba.

Eiyra menjeling. Dia akhirnya akur dan berjalan mendahului lelaki itu. Adrian terus mengejar langkahnya. Cepat betul!

Sampai saja di dalam kedai yang berkenaan, Eiyra mencari barang-barang yang perlu dibeli. Beli punya beli, Adrian yang mengeluarkan duit.

Lama mereka membeli sehingga satu barang lagi yang perlu dibelikan. Eiyra mengeluh kecil. Perlu ke kalau lelaki itu pergi masuk ke dalam kedai itu?

   "Kau tunggu luar," kata Eiyra.

"Kenapa pula?"

"Ni barang perempuan, kau tak payah lah jadi pervert sangat," jawab Eiyra.

   "Ha takde takde. Nanti saya juga ada isteri dan anak perempuan. Mana tahu kalau awak perlukan benda tu, saya boleh belikan," balas Adrian.

Dia sempat memberikan senyuman menggoda kepada Eiyra sebelum melangkah masuk ke dalam kedai itu. Eiyra mendengus geram.

"Woi sabar lah!" Eiyra mengekori Adrian.

Sampai saja di tempat tersebut, Eiyra mencari jenama yang ibu dan dia pakai. Tak selesa lah kalau salah pilih.

Adrian hanya memerhati. Lagipun sebenarnya dia dah biasa lihat benda ni sejak remaja dulu. Mama nya selalu menyuruhnya membeli bila diperlukan.

Mata Eiyra tertancap pada satu pakej yang berada nun jauh tinggi di atas sana. Dah lah dia pendek, macam mana nak ambil?

Eiyra terjingkit-jingkit mengambil benda itu. Malu lah dia kalau lama-lama lompat-lompat macam orang gila yang hanya mahukan benda.

Tangannya tidak sampai di rak teratas. Tiba-tiba ada satu tangan menolongnya ambil. Eiyra terhenti. Terasa bahang pipinya panas.

Gila!

Adrian ambil lalu diserahkan kepada gadis itu. Dia melihat sekeliling apabila ada suara-suara kecil yang mengatakan sesuatu.

Eiyra juga mendengarnya. Tanpa memalukan diri, Eiyra terus berlalu pergi meninggalkan Adrian jauh di belakang. Sumpah, masa ni pula ramai yang lalu-lalang.

   "Ira, benda ni ke yang awak nak?" tanya Adrian.

Dia terus mengejar langkah gadis itu sehingga ke kaunter. Seorang cashier hanya beriak kekok apabila Adrian membayar benda itu.

"Kenapa? Pelik ke kalau saya beli?" tanya Adrian.

Cashier perempuan itu menggeleng.

   "Kalau nak tahu, saya lah pakai benda ni," bisik Adrian.

Perempuan itu tersentak. Lelaki yang hensem ni pakai benda tu? Betul ke jantina dia lelaki dan bukan perempuan.

"Tapi bo'ong."

Adrian terus tergelak kecil sebelum melangkah keluar bersama-sama dengan barang yang dia beli. Cashier perempuan itu hanya terpinga-pinga kerana ditipu bulat-bulat oleh Adrian. Kelihatan Eiyra yang berpeluk tubuh berdiri di hadapan kedai itu.

"Nah." Plastik diserahkan kepada Eiyra.

Lantas gadis itu merampas dengan kasar. Beri malu muka dia je. Fikir sweet ke tolong ambilkan benda tu di depan orang ramai?

   "Buat apa nak malu lah?" tanya Adrian.

Eiyra mengendahkannya. Dia terus pergi menuju ke luar bangunan pusat membeli-belah itu. Lama-lama, boleh jadi gila dia gara-gara bersua muka dengan Adrian.

"Girl girl..." keluh Adrian sebelum mengekori langkah laju Eiyra. Boleh kalah pelari terlaju di dunia ni kalau berlawan dengan gadis pendek macam Eiyra.

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now