Bab 43

51 17 1
                                    

Pinggan dibawa ke atas meja makan. Semuanya sudah disediakan. Hanya perlu diri sendiri saja duduk menikmatinya.

"Eh Adrian, jom makan."

Dengar saja nama itu, Eiyra meluat. Hatinya masih panas apabila teringat dengan peristiwa pagi tadi. Tch, lelaki sombong.

Semua sudah duduk di situ termasuk Eiyra. Dia terpaksa duduk di sebelah Adrian apabila yang lain sudah memenuhi kerusi di meja itu.

Usai saja Eydan membaca doa, mereka semua mula menikmati makanan yang terhidang. Tiada selera makan pula apabila melihat Adrian di tepi.

"Ira, kenapa tak makan?" tanya Puan Naura.

   "Nak makan lah ni," jawab Eiyra.

Adrian dikerling sekilas. Lelaki itu benar-benar menikmati makanan. Boleh pula dia makan sedap-sedap macam tu.

"Siapa yang masak ni, ibu? Sedap!" Adrian bersuara.

   "Ira lah," jawab Puan Naura sambil tersenyum.

Eiyra menjulingkan matanya. Nak puji ke perli? Dia merasakan apa yang Adrian lakukan hanya kepura-puraan.

"Oh ingatkan ibu," balas Adrian.

   "Ibu takdelah masak sedap sangat sampai tekak Adrian pun berkenan," kata ibunya.

"Ibu, Ira rasa dah kenyang lah. Nanti tinggalkan sikit untuk Ira tau. Pening pula kepala." Eiyra mencelah.

Dia rasa tak suka kalau ada Adrian disini. Sama seperti dia bencikan Adrian di dalam mimpi. Nak sangat jumpa diri sebenar Eiyra kan? Kau tunggu.

"Eh kenapa?"

   "Tak tahu. Panas pula badan ni, sampai ke hati panasnya. Mata pun sakit bila nampak orang gila tak cukup makan. Sebab tu lah pening kot," sindir Eiyra.

"Ira pergi dulu. Lama-lama kat sini, makin menyampah. Yelah, kita tak suka dia di sini, kalau dia takde rasa malu, kita jelah kena lari," sambungnya lagi.

Kunyahan Adrian terhenti. Dia terasa dengan kata-kata gadis itu. Kenapa Eiyra yang ceria jadi macam ni? Takkan lah Eiyra anggap arahan dia tadi betul-betul?

So this is real herself huh?

Fine!

Adrian tersenyum sinis. Takpe, hari ni hari kau. Esok dan kemudian, hari aku yang punya. Adrian terus menyambung semula kerjanya tadi.

"Eh anak ni, pergi macam tu je? Dia kata apa tu, abang?" tanya Puan Naura. Tak faham.

Encik Erfan menjongketkan bahunya.

    "Mana lah saya tahu," jawab lelaki berusia itu.

Manakala Eydan dan Fatini hanya melayan kerja masing-masing. Mereka sempat bermesra apabila yang lain hairan dengan perangai Eiyra.

Di sudut Eiyra, gadis itu menghentak kakinya ke lantai. Dia bencikan Adrian realife ! Urgh, dia mengharapkan cinta seperti mana Hara menjumpai Ridz di sekolah dahulu.

Dia cemburu!

   "That bastard ! Ye, ini lah Eiyra yang sebenar. Eiyra yang sombong, yang ego, yang bencikan kau. Tak kira lah kau mimpi ke kau realiti ke, aku takkan hargai kau!" Eiyra menjerit kecil.

Hatinya sakit. Lelaki itu mencabar kesabarannya.

"Fine, aku akan batalkan pertunangan itu sama seperti aku di dalam mimpi yang ingin batalkan apa-apa majlis kaitan dengan kau!" katanya lagi.

Eiyra membaringkan badannya. Matanya memandang siling kosong. Tapi yang peliknya, kenapa mimpi itu masih segar dan jelas di ingatannya.

Dia ingat lagi Adrian di dalam mimpi yang selalu mengejarnya.

    "Huh, Adrian fiction bagus lagi dari realiti. Betul lah kata orang, fictional better than realife," gumam Eiyra.

Lama-lama mata gadis itu kuyu. Dia mengantuk. Walaupun baru pukul 9 malam, dia rasa tak cukup tidur.

Akhirnya, Eiyra terlelap. Hanya bunyi cengkerik yang membisingkan suasana malam. Tiada bunyi kenderaan lalu-lalang.

Beberapa jam kemudian...

Di sudut lelaki itu pula, Adrian sedang duduk menghadap tingkap. Bulan yang terang menyinari biliknya.

Dia teringat tentang perkara di dalam buku Eiyra.

'Saya kecewa dengan awak, Ira. Saya ingin benci awak tapi tak boleh. Selama dalam hidup saya, saya akan anggap, saya tak pernah kenal dengan awak.'

Adrian mengusutkan rambutnya. Dia buntu. Takkan lah Eiyra yang berumur 25 tu masih berangan-angan? Tak mungkin lah.

Tapi mimpi? Itu mustahil.

"Ish, aku tak pernah cakap ayat cringe macam tu," ujarnya sendirian.

Adrian mengingat kembali tentang perangai Eiyra pada waktu makan malam tadi. Jadi, betul lah itu perangai gadis itu yang sebenar?

Sama macam dalam mimpi? Adrian akui itu. Dia baca saja perangai Eiyra di dalam buku tapi dia tidak mempercayainya.

Dan sekarang baru terjadi, dia akhirnya menyesal.

Menyesal dengan kata-kata cabar yang dilemparkan kepada gadis itu. Dah bagus-bagus tak bual hal, pergi buat masalah.

"Wait..."

"What if that girl cuba untuk batalkan pertunangan?" teka Adrian. Dia masih ingat diri Eiyra di dalam buku itu.

Adrian menggeleng perlahan.

   "Tak kot. Itu cuma mimpi, mana mungkin dia berani buat macam tu," kata Adrian.

Dia seolah-olah berbicara dengan hantu. Membuat andaian sendiri tanpa kenal diri Eiyra. Kalau dia tahu, dia yang menyesal.

"Ha tak. Aku rasa tak. Dia takkan berani cakap macam tu kat ibu ayah dia," ujar Adrian lagi.

Kepalanya di angguk seperti orang gila. Angin yang sejuk melanggar kulit badannya. Dia terus berdiri sebelum menutup tingkap bilik.

Dia berdiri. Penat pula badannya dari petang tadi tak tidur. Selalunya waktu petang, dia akan tidur. Mengantuk pula dah.

Birai katil ditujui. Dia melabuhkan punggungnya di situ. Matanya masih belum mengantuk lagi. Otaknya masih berfikir tentang Eiyra.

Dia hairan.

Eiyra berubah sekelip mata. Jadi, betul lah gadis itu tidak sukakannya? Gadis itu cuma mencuba menerima Adrian dan menghargainya.

"Huh baguslah dia tak suka aku. Aku pun tak suka dia tapi yang penting, perkahwinan perlu diteruskan. Mana aku nak letak muka aku kalau dibatalkan?" Monolog Adrian sendiri.

Adrian merenung lantai. Lain dilihat, lain difikirnya. Otaknya memikirkan sesuatu yang positif. Manakala hatinya kata tidak.

Eiyra dingin.

Eiyra ego.

Eiyra keras kepala.

    "Tapi dia elok je tak degil pagi tadi?" Adrian masih dengan andaian sendiri.

"Itu pagi tadi!"

Dia dah macam orang gila protes sendirian di dalam bilik. Tiba-tiba rasa mahu ajak Eiyra bergaduh pula. Dia suka lihat muka Eiyra yang tegang.

"Stop Adrian!" Adrian menggelengkan kepalanya.

Dia perlu tidur. Fikirkan Eiyra seperti orang gila. Dia perlu menghentikan otaknya agar berhenti memikirkan gadis menyampah itu.

   "Ira akan jadi diri sendiri yang aku nampak beberapa hari ni. Bukan jadi Ira dalam mimpi mengarut dia tu," kata Adrian dengan tegas.

"Tengok lah dia esok," gumamnya.

Adrian membaringkan tubuhnya. Dia menutup lampu sebelum mengambil comforter. Bantal ditepuk berkali-kali.

"Goodnight, Adrian," ucap Adrian kepada dirinya sendiri.

"Sleep tight, girl." Adrian berkata sebelum memejamkan matanya untuk sekian lamanya sehingga esok hari.

'Aku bencikan kau, Adrian!'

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now