Bab 47

49 17 1
                                    

"Kau kalau sehari tak buat masalah, tak sah kan?"

Adrian menjeling. Dia menjilat aiskrim perisa strawberi kepunyaan Eiyra tadi. Aiskrim mereka bertukar kerana dia melihat warna pink lebih sedap dari coklat.

   "Ish geram aku." Eiyra mendengus. Dia terpaksa makan aiskrim berwarna coklat itu. Sejak bila dia order, tiba-tiba ada di tangannya.

"Makan habis, lepas ni kita jalan-jalan street ni. Kalau ada berkenan, awak beli lah. Saya belanja semuanya," kata Adrian.

Eiyra mencebik bibirnya. Tapi bagus juga. Dalam hatinya, dia mengucap bersyukur kerana duit poketnya disimpan.

Tak lama lagi dia pergi bekerja di office ayahnya. Masa ni lah dia kena enjoy bercuti dengan bahagia. Tapi kebahagiaan hanya seketika.

Kerana Adrian membuat masalah sekali lagi.

"Adrian!"

Lengan bajunya kotor akibat tertumpah aiskrim strawberi milik Adrian. Lelaki itu cepat-cepat mengambil tisu.

"Nah lap. Takkan saya nak lap tangan awak, lagipun awak tak suruh saya sentuh awak," ujar Adrian sambil menghulurkan tisu kepada Euyra.

Eiyra merampas tisu itu. Dia mengomel sendirian sambil mengelap lengannya yang di kotor oleh Adrian. Tak guna betul.

Dalam diam, Adrian mengambil gambar wajah Eiyra itu. Dia mengambil banyak kali sehingga storan penuh pun dia tak kisah.

Eiyra membuang tisu itu je dalam tong sampah di tepinya. Adrian cepat-cepat meletakkan telefonnya ke dalam poket seluar.

    "Dah habis makan?" tanya Adrian.

Eiyra mengangguk malas. Tiada mood pula apabila lengan bajunya sedikit kotor. Nasib lah tak banyak sangat tumpah tadi.

"Jom mula dari sana dulu. Kita jalan-jalan cari makan," ajak Adrian.

Mereka berdua berdiri. Adrian melangkah menuju ke satu gerai ke satu gerai yang lain. Perutnya lapar. Dia memerlukan makanan.

Eiyra hanya mengekorinya saja. Tiada rasa lapar. Dia hanya memberati Adrian yang sedang membeli beberapa batang satey.

Adrian menoleh ke arahnya sekilas. Sempat lelaki itu memberikan senyuman manis kepada Eiyra. Tiba-tiba terbit rasa pelik di dalam hati Eiyra.

Senyuman itu.

Membuatkan wajah Adrian yang hensem bertambah hensem. Dia tidak boleh menafikannya. Senyuman tadi nampak ikhlas.

"Terima kasih." Adrian terus menarik lengan Eiyra apabila gadis itu tidak berganjak dari tadi.

Malas pula dia nak terjerit-jerit panggil nama Eiyra. Eiyra hanya membiarkan lengannya ditarik kerana dirinya juga tidak sedar.

Adrian membawanya seperti budak kecil yang perlu dipimpin. Dari gerai ke gerai yang lain. Tangan Adrian penuh membawa makanan.

Eiyra masih di dalam dunianya sendiri.

"Girl, takde nak beli apa-apa ke?" tanya Adrian.

    "Hmm takde." Eiyra menggeleng.

"Good, balik jom. Hari pun dah nak Asar," ajak Adrian.

Seperti tadi, Adrian menarik lengannya menuju ke parkir kereta. Eiyra hanya mengikuti jejak Adrian. Entah kenapa, dia lupakan kisah di mana dia bencikan Adrian.

Masuk saja ke dalam kereta, Adrian turut mengatur tali pinggang Eiyra. Dia meletakkan beberapa plastik yang dipenuhi dengan makanan ke tempat duduk belakang.

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now