Bab 34

56 19 1
                                    

"Apa motif kau sebenarnya?"

Mya terdiam. Tangannya ligat menggaul kuah yang berada di dalam kuali itu. Tidak mahu menjawab soalan daripada Tasya.

    "Kau jangan ingat aku tak tahu. Aku report mak aku dan takkan biar kau flirt Adrian tu. Kau ingat," ugut Tasya.

"Apa masalah kau ni? Tak reti habis ke dari hari tu bercakap pasal Adrian? Aku muak lah dengan soalan kau," balas Mya.

Dia memandang Tasya dengan tatapan geram. Apa masalah Tasya pun, dia sendiri tak tahu. Sikit-sikit Adrian. Macam lah takde lelaki lain di dalam dunia ni.

    "Kau jujur dengan aku, kau datang sini sebab Adrian kan?" soal Tasya sekali lagi.

Mya tersenyum sinis. Masih lagi dengan topik itu.

"Kalau iya, kenapa?"

Tasya mendengus. Ini tak boleh jadi. Sudah Eiyra yang merampas kebahagiaannya, jangan harap memberikan peluang kepada Mya pula.

   "Kau takkan dapat Adrian sebab dia, aku yang punya," kata Tasya.

"So? Nak kena gelabah ke?" Mya masih lagi dengan senyumannya.

"Jangan risau, aku tak ingin pun. Saja je tengok reaksi murahan tamak dasar sasimo kau tu. Iyakan, budak pickme siapa yang nak?" Sindiran pedas disembur kepada Tasya.

Biar gadis itu terasa. Kalau tak masuk otak pun, terasa hati pun jadilah. Bukannya makan saman pun perempuan tu. Buat malu satu kampung je.

Tasya terkejut mendengar cemuhan itu. Berani Mya memperlekehkan dia dan menuduh segalanya? Tapi bukankah itu hal yang benar?

     "Hei kau jangan cakap aku pick me ye, kau dulu pun sama dan takde beza !" jerit Tasya.

Mya menjulingkan matanya. Meluat dengan suara Tasya. Buat pekak telinga saja.

Tanpa memperdulikan Tasya, Mya terus melangkah pergi. Dia tidak membalas jeritan malaun itu. Yang dia tahu, kalau dilayan makin menjadi.

"Haih ini semua drama pick me," keluh Mya.

"Woi setan ! Masakan ni, siapa yang sambung nanti?" Soal Tasya.

   "Cuba cermin. Orang tu lah yang kena sambung. Ini kan rumah dia, aku cuma tetamu saja," balas Mya dengan suara yang ayu tetapi isinya tetap penuh dengan cili.

Tasya menggempal penumbuknya. Mya semakin kurang ajar dengan dia. Tapi jangan risau, semua aib Mya ada di dalam genggamannya.

Perlahan bibir Tasya mengukir senyuman.
  
"Kau tunggu Mya, dasar anak yatim."

Tasya bergerak menuju ke arah kuali panas itu. Dia terus menyambung kerja Mya. Mentang-mentang mak dia tak tahu apa yang terjadi, Mya terus mengangkat tanduk ya? Berani betul.

シ︎

"Tak lama lagi Adrian nak pulang jumpa keluarga dia."

Tiada balasan dari Eiyra. Dia hanya mendengar saja dan memerhati cawan yang berada di dalam genggamannya.

   "Bila Ira nak ada jawapan? Jangan buang masa budak tu, Ira. Dia sendiri ada kerjayanya," kata Puan Naura lagi.

"Jadi, teruskan lah dengan kerjaya dia. Ira dengar dia akan sambung belajar kalau Ira menolak jawapan tu. Lagi bagus kan kalau dia belajar lagi sampai pandai." Barulah Eiyra reti hendak berbunyi.

   "Hei apa cakap macam tu? Keluarga dia dah bagi harapan dekat Ira, takkan nak kecewakan dorang? Adrian tu dah pandai, dah boleh jadi ceo lagi tu cuma dia tu saja nak tunggu jawapan Ira," balas Puan Naura.

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now