Bab 49

65 17 1
                                    

Perkahwinan sahabatnya akhirnya berlangsung jua. Hanya berada di dalam dewan hotel mewah saja. Lagipun keluarga mereka cuma menjemput orang rapat terdekat saja.

"Mana tempat kita?" tanya Adrian.

Dia bersama-sama dengan Eiyra. Warna kuning putih itu menjadi tema majlis tersebut. Hakikatnya, Eiyra memakai gaun warna kuning manakala Adrian berwarna putih.

Mereka seakan serasi apabila berdua.

Mata Eiyra meliar mencari kelibat keluarga Hara. Tak nampak pula. Lagipun ramai tetamu yang hadir. Rata-rata dari keluarga kaya.

Lihat saja jenis pakaian mereka, semua tahu itu pakaian yang berjenama mahal. Mestilah orang mampu saja yang membelinya.

Uish, bukan biasa-biasa keluarga Ridz ni.

"Girl, kita duduk sana. Ada orang lambai kita tapi saya tak kenal," ajak Adrian.

Mata Eiyra beralih pada seseorang itu. Kelihatan ada adik Hara yang cantik melambai ke arahnya. Memang patut Adrian tak kenal.

Mereka berdua beriringan menuju ke meja tersebut. Meja yang berhadapan dengan sebuah pentas yang megah. Ruangnya juga besar.

   "Err hai," tegur Eiyra.

"Eh Eiyra, duduk lah," ajak ibu Hara.

Matanya beralih pada seorang lelaki yang bersebelahan dengan gadis cantik itu. Dia sempat mengukir senyuman.

   "Siapa ni? Hensem lah boyfriend Ira," tegur ibu Hara.

Eiyra tersenyum hambar. Hensem lah sangat. Perangai tu minta kaki. Tengok lah nanti, ada saja dia membuat masalah memalukan mukanya.

"Saya tunang Ira, Adrian." Lelaki itu memperkenalkan dirinya.

   "Oh dia lah ye? Maaflah tak datang masa dua bulan lepas. Makcik sibuk sangat dengan kerja makcik," kata ibu Hara.

"Takpe makcik, saya faham."

"Nanti saya akan pastikan makcik datang 3 bulan akan datang," ujar Adrian.

   "Kenapa?" tanya ibu Hara.

"Majlis kitorang pula," jawab Adrian sambil tersengih.

Eiyra menampar lengan lelaki itu. Orang dah kata, jangan bocorkan dulu. Pandai-pandai je dia bagitahu rahsia ni kepada orang ramai.

"Lah tahniah. Insya Allah makcik datang," balas ibu Hara.

Eiyra mengangguk faham. Dia dan Adrian terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Ada juga keluarga Ridz tetapi mereka terlalu sibuk untuk uruskan putera mereka.

Lama majlis itu berlangsung sehingga malam. Mata Eiyra dah kuyu. Petang tadi dia tak cukup tidur. Tambah lagi dia terpaksa pergi majlis dengan awal untuk teman Hara.

Adrian di sisinya dipandang lama. Masih tampak segak dan bergaya. Kenapalah Adrian ini terlalu hensem ya? Dia sangat sukakannya.

"Adrian.."

Lelaki itu menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Kelihatan comot wajah Adrian apabila mulutnya dipenuhi dengan makanan.

Sumpah, dia tak mengaku ini tunangnya.

"Ye?" tanya Adrian. Dia memasukkan lagi kuih di dalam mulutnya.

Petang tadi dia sanggup berlapar kerana mahu makan di majlis kawan Eiyra. Tengoklah, ada makanan sedap-sedap semuanya.

Tak menyesal dia ikat perut.

   "Balik jom? Aku penat," ajak Eiyra.

"Tak makan ke?" tanya Adrian.

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now