Bab 18

70 27 1
                                    

Ridz melangkah masuk ke dalam restoran tersebut. Dia memerhati seluruh ruang restoran tersebut untuk mencari tempat duduk kosong tapi mungkin kebetulan, dia terjumpa dengan Hara.

Hatinya mula gembira apabila wajah kesayangan berada di depan matanya. Dia mula melangkah menuju ke arah Hara tapi kakinya terhenti apabila dua orang lelaki mendekatinya dan mereka kelihatan sangat rapat.

Satu perasaan mula timbul di hati Ridz. Hara tersenyum? Dengan dua orang lelaki tersebut? Apa hubungan mereka?

Ridz tidak senang hati, dia mula melangkah dan tanpa malu, dia menegur mereka.

シ︎

"Apa yang awak buat kat sini?" tanya Hara yang terkebil-kebil memandang Ridz yang duduk di sebelahnya.

Zamri dan Tengku Adam juga terperanjat apabila melihat lelaki hensem yang tidak dikenali tiba-tiba duduk disebelah Hara.

Tapi satu perasaan terbit di hati Zamri. Cemburu? Mungkin. Hara yang perasan dengan wajah Zamri itu terus berdehem. Dia tak nak sakitkan hati siapa-siapa.

Walaupun Hara seorang perempuan yang gold digger, tapi dia ada hadnya juga, dia ada peraturannya juga.

  "Apa? Salah ke? Lagipun saya nak kenal dengan pujaan-pujaan hati awak ni," Ridz membalas dengan nada yang biasa.


Tapi ayat Ridz macam cemburu aje. Pujaan-pujaan hati? Hara cepat sangat menghadam ayat lelaki itu tapi dia tidak pedulikan perasaan orang lain kalau mengenai cinta.

Hara...

Sudah tawar dengan cinta. (Ceh nak muntah)

Sebab tu dia hanya fokus dengan duit.

   "No err okey je, ha yang ni Zamri pastu yang sebelah tu Tengku Adam." Hara memperkenalkan bekas kekasih dan sahabat bekas kekasih itu kepada Ridz.

Cukup hanya Ridz tahu nama sahaja.

   "Oh lupa. Ridz Hakimi, insan istimewa Hara," Ridz menghulurkan tangannya untuk berjabat.

Hati Zamri seakan terasa dengan ayat Ridz. Insan istimewa? Apa hubungan mereka?

Dalam keperitan, Zamri dan Tengku Adam menyambut salam Hara. Aduh, kalaulah takde Ridz yang menyampuk, sudah pasti Zamri dengan Hara berbual dengan selesa. Desis hati Tengku Adam.

   "So korang berbual lah dengan Hara. Aku takkan menyampuk korang punya topik so silakan," Ridz lantas mengukir senyuman.

Tapi semua di situ tidak tahu senyuman apa yang Ridz ukirkan. Memang susah ditafsirkan. Sama ada dari hati ataupun hanya pura-pura. Hanya author dan Ridz saja yang tahu. HUHUHUHU~

   "Okey, so Hara. 2 tahun lepas emm harap awak boleh lupakan benda yang pahit." Zamri terpaksa membuka mulut.

Kenangan 2 tahun lalu membuatkan dia menyesal kehilangan Hara. Tapi bagi Hara? Dia sendiri tidak pasti untuk membuat kepastian yang ada pastinya tanpa pasti kepada kepastiannya.

  "Oh takpe. Saya faham lagipun kita masa tu belum mature, kan? Takpe, saya dah mula lupa dengan benda yang pahit," Ya, sememangnya Hara seorang yang mudah move on kerana hatinya mula tawar.

Mungkin ada muncul seseorang yang mengamalkan cinta untuk Hara. Mungkin?

Ridz sudah agak. Zamri mungkin bekas kekasih lama Hara. Dia sendiri mula rasa sakit dan cemburu.

Apa tak nya? Kalau tetiba Zamri ajak getback, kau rasa, Hara nak? Mestilah Hara nak kan? Entah. Dia anggap perkara tersebut tidak terjadi.

   "Oh kalau begitu alhamdulillah. Saya minta maaf sangat sebab fitnah awak bukan-bukan tanpa siasat dulu. I'm so sorry again, tapi saya masih ingat kenangan manis kita dulu," Tengku Adam tumpang bahagia kalau sahabatnya itu bahagia.

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now