Bab 39

51 17 1
                                    

"I miss you, Natte!"

"Meow." Suara kucing yang memanggil tuannya menjentik hati Adrian. Dia terlalu rindukan kucing kesayangannya.

   "Mama kata Natte dah lupakan Adrian? Tapi nampaknya mama yang tipu kan? Natte masih kenal dengan tuan sendiri," ujar Adrian.

Puan Naura yang baru masuk ke dalam rumah itu hanya mencebik bibir. Buat apa dia nak tipu? Natte tu yang tiba-tiba saja buat perangai. Sebelum ni, kucing tu lah langsung tak rindukan Adrian.

"Layan lah si Natte tu. Lepas mandi, pergi makan tau," ujar Puan Naura.

"Okey mama." Adrian mengangguk.

Bulu Natte dibelai lembut. Dia sangat rindukan kucing parsi itu. Comel saja, seperti seseorang yang dia pernah kenali.

   "Natte comel macam orang tu," katanya.

"Meow." Kucing yang berbulu lebat itu sepatah pun, dia tidak mengerti apa yang dikatakan oleh lelaki itu.

"Kalau ada masa, nanti Adrian kenalkan Natte dengan dia ya? Dia comel macam Natte," sambungnya lagi.

Kucing itu tidak angguk. Namun dia terus menggeselkan kepalanya di kaki Adrian. Tanda meminta dibelai lagi.

   "Alololo Natasya sayang." Tanpa sedar, lelaki itu tersebut nama Eiyra. Dia sendiri tidak perasan tentang hal itu.

"Jom makan," ajak Adrian lalu membawa kucing tersebut menuju ke arah dapur.

Dia berpura-pura bahagia apabila bertemu dengan Natte untuk menutupi kesedihannya. Tipulah kalau dia merelakan perpisahannya. Ini cuma terpaksa.

シ︎

"Patut ke kita cakap kat dia?"

Encik Erfan menggeleng. Dia yakin dengan jawapannya. Lagipun, anak sulungnya itu tidak peduli dengan orang lain.

    "Dia bukannya kisah kalau Adrian flight pun. Tengok tadi, Adrian pulang, dia jenguk sekejap je. Lepas salam dengan Hanis, dia terus masuk rumah. Macam-macam saja alasan dia," jawab Encik Erfan.

"Tapi, nanti budak tu tanya, nak jawab apa?" soal Puan Naura.

    "Jangan lah bagitahu. Dia takkan tanya pun. Kalau dia tanya juga, cakap jelah tak tahu. Adrian sendiri juga yang suruh, jangan bagitahu hal ni dekat dia," jawab Encik Erfan.

Puan Naura mengangguk faham. Adrian juga yang memberi arahan agar Eiyra tidak tahu tentang hal ini sebelum dia pergi. Dia tidak mahu membebankan fikiran gadis itu.

"Lagipun dia sendiri tak nak tahu," kata Puan Naura.

"Ibu."

Lantas Puan Naura dan Encik Erfan menoleh. Kelihatan Eiyra berjalan mendekati mereka berdua. Bingung saja riak gadis itu sekarang.

    "Buku nota lama Ira kat mana?" soal Eiyra.

"Mana ibu tahu. Ibu rasa mesti ada dekat dalam almari lama kot. Cubalah, Ira cari," jawab Puan Naura.

Eiyra mengangguk. Dia terus melangkah menuju ke arah bilik stor yang terletak tidak jauh dari biliknya. Banyak barang sekolah lama yang tersimpan di situ.

Gadis itu berjalan sehingga terhenti di hadapan bilik stor. Dia mengeluh panjang. Dia mengingat balik apa yang dikatakan oleh ibunya.

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now