Bab 8

89 43 3
                                    

"Ira...nak ikut boleh?"

Okey. Serius. Soalan yang tepat bagi Adrian.

"Eh boleh je Ira. Kalau boleh, nanti saya belanja Ira," jawab Adrian depan pantas.

Eydan yang terpinga-pinga itu dibiarkan saja. Adrian belanja Ira? Eydan macam mana?

"Abang Adrian, Eydan macam mana? Eydan nak abang belanja jugak boleh?" tanya Eydan.

Adrian tersengih-sengih sendirian. Lupa pulak ada Eydan yang berada disebelahnya itu. Mulut terlepas cakap nak belanja Eiyra.

Kang kalau belanja Eiyra sorang, merajuk budak berumur 15 tahun itu. Sumpah, perangai Eydan macam budak kecil.

"Boleh je. Abang Adrian belanja dua orang. Lagipun abang kan abang angkat korang?" Adrian menjawab.

Kenapa bagi Eiyra, tentang abang angkat itu sangat kekok bagi dirinya. Kalau lah abang angkat tu orang lain, okeylah lagi. Tapi Adrian? Kenapa diri dia dan Adrian sebagai keluarga angkat, sangatlah kekok? Lebih-lebih lagi dia akan bertunang dengan Adrian. Apa ke benda?

Eiyra mendekati Adrian dan Eydan. Mereka terus berjalan kaki menuju ke kedai didalam kampung itu walaupun salah seorang dari mereka, memang tak ada yang tahu di mana kedai dalam kampung ini.

"Abang Adrian tahu kat mana kedai?" tanya Eydan.

Eiyra yang dibelakangnya hanya diam dan teruskan berjalan. Adrian menggigit bibirnya.

"Entah Eydan. Abang pun tak tahu. Abang pernah pergi sekali dulu, tapi tak ingat." Adrian memandang ke kanan dan ke kiri untuk mencari jalan menuju ke kedai.

Nasib kampung itu banyak rumah, senang nak minta bantuan, lepastu jaraknya tidaklah jauh sangat.

Eydan dan Eiyra yang mendengar jawapan dari mulut Adrian itu terus mengeluh.

Seorang gadis berjalan mendekati mereka dengan gediknya. Dia seperti seorang model yang baru saja dipecat oleh bossnya.

"Hai Adrian," Tasya menyapa Adrian.

Adrian, Eiyra dan Eydan menoleh ke arah suara tadi. Terbit satu senyuman sinis dari bibir Eiyra.

"Eh Tasya?"

Eiyra mengukir senyuman manis kepada Tasya. Senyuman manis? Mungkin itu hanya satu senyuman sindir. Senyuman sinis? Entah

"Aku tegur Adrian, bukan kau," balas Tasya sambil menjeling tajam ke arah Eiyra.

Adrian dan Eydan hanya diam memerhati pertelingkahan Eiyra dan Tasya.

"Ala kau ni. Adrian tu bakal tunang aku, so kalau kau nak tegur dengan Adrian, kau tegurlah aku dulu."

BUM!

Satu perasaan yang menerjah ke dalam hati Adrian. Eiyra mengaku Adrian sebagai bakal tunangnya?

Adrian menoleh ke arah wajah Eiyra untuk membuat kepastian.
Eiyra perasan akan pandangan Adrian, terus membuka mulut lagi.

"Kalau kau tak percaya, memang aku dan Adrian nanti jadi suami isteri. Aku pulak kesian tengok kau tunggu dia tapi dia dan aku dah nak berumahtangga." Eiyra memaut lengan Adrian di depan Eydan dan Tasya.

Adrian tersentak akan tindakan Eiyra tapi dia membiarkannya kerana dia sendiri....

Suka.

Eydan tersengih apabila melihat pasangan itu. Pipi Adrian merona merah apabila kulit lengannya terkena kulit tangan Eiyra.

Eh malu.

Wajah Tasya yang tegang itu ditambah pula dengan adegan sekarang, semakin cemberut.

"Kau jangan merepek lah Ira. Aku tahu kau tu berlakon saja kan?" pengakuan dari Eiyra tidak dipercaya oleh Tasya.

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now