Bab 6

102 46 1
                                    

Adrian berdehem kerana suasana mereka kini sangat lah kekok. Eiyra tersentak dan dia mula teringat akan dulang, cawan dan air yang tertumpah tadi.

Eiyra mendekati dulang dan cawan yang pecah itu. Dia mengutip kaca-kaca yang bertaburan itu dengan berhati-hati.

Eiyra cuba mengerling ke arah Adrian.

'Budak ni tak nak tolong aku ke? Tak nampak ke kaca ni tajam, kot-kot tangan aku nanti luka baru nak kisah.' desis hati Eiyra.

Adrian di situ hanya berdiri tegak serupa berdiri menyanyikan lagu Negaraku sambil memandang Eiyra.

Dalam melayani perasaan, tangan Eiyra terluka akibat terkena kaca yang bertaburan itu.

"Aww..." dia mendesis kerana sakit.

Adrian yang sentiasa memerhatinya lantas mendekati Eiyra yang merintih sakit.

"Awak okey tak? Mana tangan awak?" tanya Adrian dengan gelisah.

Eiyra tersentak dengan layanan Adrian. Dia turut terpegun kerana keprihatinan Adrian kepadanya.

Adrian menarik jari Eiyra yang terkena kaca itu. Darah mula mengalir keluar

'Kan aku dah kata. Mulut kau ni Ira, memang masin betul.' desis hati Eiyra.

Adrian lantas berdiri lalu menuju ke rumah Nek Edah. Eiyra yang terpinga-pinga hanya melihat gelagat Adrian yang berlari mencari first aid.

"Adrian ambil berat pasal aku? Setakat luka kecil ni?" Eiyra yang tertanya-tanya kenapa Adrian begini.

Lantas senyuman tipis terbit di bibir. Entah kenapa dia berasa selesa melihat Adrian itu.

'Kenapa dia sweet and overprotect sangat ek?' hati Eiyra berbunga atas tindakan Adrian.

Adrian yang berlari membawa first aid itu terus mendekati Eiyra yang tersengih-sengih sendirian.

"Hello? Awak?" Tangan Adrian melambai tepat ke wajah Eiyra yang angau itu.

Eiyra tersentak atas tindakannya. Dia berdehem dan beriak biasa untuk menutup malu.

Adrian hanya tersenyum dan membalutkan plaster di jari Eiyra. Dia tahu Eiyra bukan mahramnya tapi mungkin suatu hari nanti, Eiyra akan menjadi miliknya.

Eiyra hanya memerhati Adrian yang sedang balut plaster di jarinya. Dia mengerling wajah Adrian yang fokus dengan pembalutannya.

'Adrian sangat hensem jika dilihat dengan jarak yang dekat. Adrian kena bersyukur kerana memiliki wajah yang tampan dan mampu mencairkan hati wanita,' ujar Eiyra di dalam hati.

"Okey dah siap."

Adrian tersenyum lalu dia menoleh ke wajah Eiyra yang memandangnya. Mereka kini berada di dalam dunia mereka sendiri dan menghayati wajah yang berada di depan mereka.

1 saat.

2 saat.

3 saat.

Eiyra tersedar dan lantas dia berdehem. Adrian yang terkejut juga cepat-cepat menoleh ke arah lain untuk menutup malu tentang tadi. Dalam diam, dia tersenyum kecil.

Eiyra terus berdiri dan sambung mengutip kaca-kaca yang masih tersisa itu. Adrian juga ambil kesempatan untuk menolong Eiyra mengutip.

Habis saja kaca-kaca yang bertaburan itu dikutip oleh Adrian dan Eiyra, mereka berjalan beriringan menuju ke dalam rumah tanpa suara.

"Eh Adrian. Dah minum ke air ibu? Kenapa cawan pecah ni, Ira?" tanya Puan Naura yang datang dari dapur.

Eiyra mencebik. Adrian yang mengerling Eiyra itu terus membuka mulut.

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now