Bab 35

52 17 1
                                    

"Adrian betul-betul nak balik ke?"

"Iya mama," jawab Adrian.

Kedengaran keluhan Puan Hanis di dalam talian itu. Hati Adrian tak dapat menerima keluhan tersebut tetapi dia paksa juga untuk menerima.

   "Tak apa ya Adrian. Mungkin takde jodoh tapi Adrian jangan risau. Perniagaan pakcik Erfan dengan papa, masih macam biasa. Lagipun Naura tu kawan mama," balas Puan Hanis.

Adrian tersenyum. Dia tahu, dia tidak perlu mengikuti perasaanya untuk memutuskan semuanya. Cukuplah untuk melihat Eiyra apabila gadis itu bahagia dengan pilihan dia nanti.

   "Nanti mama tolong uruskan semua kat situ tau. Adrian tak sabar nak jumpa dengan Natte," ujar Adrian.

"Eh Natte pun sebenarnya tak rindu Adrian sebab nampak gayanya dia tak rindu tuan dia. Mungkin dah biasa hidup dengan mama dan papa kat sini," balas Puan Hanis.

Adrian tertawa kecil.

   "Sombong ya Natte sekarang. Ikut perangai siapa entah. Lupa dengan tuannya sendiri," gurau Adrian.

"Itulah ikut perangai tuannya sendiri. Nasib lah nama dia macam nama Ira, Natasya. Tegas dia tu, masih dapat pertahankan diri sendiri," balas Puan Hanis.

Adrian tersenyum lagi. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia namakan kucing dia seperti sedikit iras dengan nama belakang Eiyra. Natte, Natasya.

   "Hmm nanti Adrian balik jumpa si Natte tu. Mama dan papa hati-hati tau. Kirim salam kat papa. Adrian nak mandi ni, bau masam."

"Yelah. Adrian pun hati-hati. Nanti mama kirim salam dekat papa. Pergilah mandi, budak busuk."

"Ye mama. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Talian dimatikan. Senyuman Adrian perlahan mengendur. Kini dia tekad, dia sendiri akan pergi sebelum Eiyra menolak keputusan itu.

"Adrian?"

Adrian menoleh.

   "Adrian buat apa petang-petang kat luar ni? Dah nak masuk asar ni, pergilah mandi," kata Puan Naura.

Adrian tersenyum kecil. Kepalanya mengangguk saja dengan arahan ibu angkatnya itu. Dia juga harap, wanita itu tidak mendengar perbualan dia dengan mamanya.

   "Okey ibu. Adrian nak masuk dulu ni," balas Adrian.

Dia terus masuk ke dalam rumah selepas saja melebarkan senyumannya kepada Puan Naura. Dia tak nak wanita tua itu berasa sangsi kepadanya.

Kakinya terhenti berjalan apabila terserempak dengan Eiyra. Tetapi Eiyra langsung tidak memandangnya apatah lagi untuk mengerling.

Dengan segera gadis itu menuju ke arah ibunya.

"Ibu, tadi ada orang nak jumpa."

Adrian hanya mengeluh. Tak guna lagi dia sini kalau Eiyra langsung tak suka akan dirinya. Mungkin benci pun ya? Bukan mungkin tapi memang pasti.

Adrian terus menyambung langkahnya menuju ke dapur. Tiba-tiba tekaknya rasa haus pula. Dari tadi berbual dengan mamanya.

Tiba saja di dapur, kelihatan Eydan sedang berdiri menghadapi peti sejuk. Ada banyak stiker yang dia mahu tampal kan tetapi dia sendiri tidak tahu stiker mana yang sesuai.

    "Buat apa tu?" soal Adrian.

Eydan menoleh sekilas.

    "Tengah pilih nak tampal stiker ni. Tapi tak tahu nak letak stiker apa. Semuanya cantik dan sempurna. Tapi ada juga yang lama ni," jawab Eydan.

Adrian mendekati Eydan. Dia membuka peti sejuk lalu mengambil sebotol air mineral yang sejuk. Kalau minum air manis selalu, tak sihat katanya.

Adrian menutup kembali peti sejuk itu. Dia memandang wajah Eydan yang sedikit berkerut sambil memandang stiker-stiker tersebut.

    "Tak perlu cari yang sempurna," ujar Adrian.

Kelihatan Eiyra baru saja masuk ke dapur dan menuju ke arah sinki. Adrian hanya memerhati tingkah-laku gadis itu sambil bibirnya membicarakan hal stiker dengan Eydan.

    "Kenapa pula?" soal Eydan.

"Buat apa cari yang sempurna sedangkan yang setia sudah ada di depan mata," jawab Adrian.

Eydan terdiam. Stiker yang berada di sebelah tangan kirinya itu dipandang. Stiker yang kelihatan sudah lama itu tidak hilang seperti stiker yang lain.

   "Yang sempurna belum tentu setia tapi yang setia, memang pastinya akan setia," kata Adrian lagi.

Matanya tidak berkelip memandang Eiyra yang sedang membasuh pinggan itu. Jarak mereka pun tidak lah terlalu jauh. Hanya meja makan saja yang menjadi jaraknya.

"Jadi, stiker yang lama ni lah patut letak kat peti sejuk ni?" soal Eydan.

    "Kalau Eydan letak stiker yang lama sudah pastinya dia akan setia melekat dekat peti sejuk tu tapi yang sempurna, dia nak ke duduk dekat peti sejuk kat situ lama-lama?" Kata-kata itu membuatkan Eydan berfikir lagi.

"Tapi abang, ini bukan soal perasaan tau. Ni soal stiker. Kalau letak stiker yang lama, nanti tertanggal sebab gam dia tak melekat balik," ujar Eydan.

Nampaknya dia tahu, Adrian sedang membuat perumpamaan kepada Eiyra. Macam lah Eydan tak nampak yang Adrian dari tadi merenung Eiyra.

   "Jadi Eydan nak pilih yang sempurna dan baru untuk diletakkan kat situ?" soal Adrian. Barulah dia menoleh ke arah remaja itu.

Eydan mengangguk. Tapi tidak pula Adrian setuju dengannya. Lelaki itu tersenyum sinis. Sangat sinis.

   "Betul lah apa orang kata. Yang cantik dan sempurna, semua orang nak tapi yang setia, buruk dan lama, tiada siapa akan pandang," balas Adrian.

Eydan tersentak. Begitu juga Eiyra. Tangannya berhenti membasuh pinggan. Ayat itu, terlalu menusuk ke dalam jantungnya.
   
Adrian meletakkan botol air tersebut ke dalam peti sejuk selepas saja dia minum. Dia terus beredar dari dapur meninggalkan Eiyra dan Eydan yang terkebil-kebil di situ.

   "Apa masalah dia ni?" soal Eydan sendirian.

Dia menoleh ke arah Eiyra yang kembali menyambung kerjanya tadi. Eydan mengecilkan matanya. Ini mesti ada masalah lagi ni.

   "Apa yang akak buat sebenarnya?" soal Eydan.

"Apa? Aku buat apa?" soal Eiyra balik.

   "Akak dry balik ke dengan abang?" soal Eydan.

Eiyra menjongketkan bahunya tanda tidak tahu. Tapi hakikatnya, dia lah yang selalu melemparkan ayat-ayat penolakan kepada Adrian.

"Akak jangan tipu eh. Macam ni lah kak, akak fikir dulu masak-masak sebelum sakitkan hati orang. Nanti akak sendiri yang merasakan kesakitan," ujar Eydan.

Eiyra tidak mempedulikan Eydan. Dia hanya meneruskan perbuatannya saja. Malas mahu berbual dengan orang. Apatah lagi topiknya, Adrian.

    "Akak, dengar tak ni?!" tempik Eydan. Geram betul dengan Eiyra yang selalu tidak mengendahkannya.

"Dengar lah, apa masalah kau ni?" Eiyra merengus geram. Sakit betul hatinya.

   "Masalahnya akak lah. Sampai bila akak layan dia macam tunggul? Sampai air laut dapat dicuci ke?" soal Eydan.

"Sampai bila-bila pun tak !" balas Eiyra sebelum melangkah pergi meninggalkan Eydan sendirian di dapur.

Eydan menjeling. Pelik betul perangai. Orang yang suka dengan dia ada di depan mata, kenapa tak hargai? Tunggu dia pergi, baru reti nak minta peluang ke?

"Haih, nanti menyesal lah tu."

"Kalau dia terlambat," sambungnya lagi.

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now