Bab 32

51 17 2
                                    

Bang! Bang!

   "Adrian, apa kau buat ni?" soal Eiyra sambil memandang wajah-wajah insan yang tersayang dibunuh dengan kejam.

"Oh aku lupa sorang lagi. Your mom," ujar Adrian.

Eiyra menoleh ke arah Puan Naura yang sedang terduduk melutut menghadap Adrian. Luka-luka yang terhias merah di tangan dan muka wanita tua itu sudah membuatkan Eiyra merana.

   "Adrian, jangan sentuh mak aku." Eiyra merayu. Sangat merayu. Jelas di matanya, dia sebak melihat ibunya begitu.

"Kau lupa apa kau kata semalam?" soal Adrian.

Eiyra tersentak. Kata-kata yang dihambur keluar semalam masih jelas di ingatannya. Tak sangka, Adrian mendengar semuanya.

   "Kalau aku bunuh ibu kau, kau pasti kau dapat hidup gembira lagi?" soal Adrian dengan senyuman sinis.

Eiyra terdiam. Matanya sudah bertakung. Cuma menunggu masa saja untuk mengalir keluar. Ibunya yang kelihatan terseksa dan pucat itu menjadi kelemahannya.

"Jangan..."

Adrian tertawa sinis. Dia gembira apabila Eiyra menangis kerana terseksa. Cuba lah lagi memainkan hati seseorang.

    "Jangan apa?" soal Adrian dengan lembut.

Dia melangkah menuju ke arah Eiyra yang terduduk lemah. Adrian menuruni badannya sehingga dia dapat menatap mata Eiyra yang sudah pun mengalir keluar.

"Jangan...bunuh ibu," jawab Eiyra.

    "Kalau aku tak nak dengar?" Adrian bermain lagi dengan perasaan Eiyra. Suka melihat gadis itu terseksa.

"Tolong Adrian, lepaskan ibu..." Eiyra tersendu-sedan menahan tangisannya. Dia tak nak dianggap lemah oleh Adrian.

Bang!

"Ibu!"

Adrian melepaskan tembakan ke arah Puan Naura. Tetapi peluru tersasar. Lelaki itu sengaja mempermainkan Eiyra.

Eiyra yang melihat itu terus mengucap bersyukur. Gila Adrian ni ! Dia boleh pula main-main waktu macam ni? Ibu aku kot!

   "Please Adrian, jangan buat keluarga aku macam ni," rayu Eiyra. Dia menyentuh tangan Adrian tanda merayu dengan lelaki itu.

Adrian tidak pula menepis tangan Eiyra. Malahan dia menggenggam tangan itu sambil tersenyum melihat Eiyra. Sangat sinis.

"Merayu lagi..."

Tiada jawapan dari Eiyra. Adrian merapatkan jarak di antara mereka.

"Beg me more.."

Eiyra terdiam. Dia menghembuskan nafasnya sebelum mendekatkan diri dengan Adrian. Tiada cara lain lagi selain berdepan dengan lelaki itu.

    "Aku akan buat untuk kau, Adrian Hayqal." Eiyra mengangguk laju. Dia terpaksa mengikuti saja permainan Adrian.

Lelaki itu tersenyum sinis. Pistol diacukan ke arah lain. Bukan ke arah Puan Naura. Seketika, Eiyra melepaskan keluhan lega.

Tapi silap, serta-merta Adrian menukar arah iaitu ke arah Puan Naura lalu menarik picu pistol dengan laju.

Bang!

"Adrian !"

Eiyra membuka matanya. Dia terduduk sambil menyentuh dadanya yang sedang turun naik akibat sesak nafas.

Matanya melilau sekeliling. Dia berada di ruangan biliknya sendiri yang gelap. Automatik dia memandang jam di dinding. Sudah pukul 4 pagi.

   "Astaghfirullahalazim. Apa yang kau mimpi ni, Ira?" soalnya terhadap dirinya sendiri.

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now