Bab 37

55 19 1
                                    

"Tak guna!"

Tasya menjerit. Rambutnya ditarik oleh Mya. Ramai yang memandang mereka tetapi Mya dan Tasya tetap bergaduh dan menarik rambut antara satu sama lain.

   "Fake! Pakai tudung labuh tapi bila keluar malam, kau pergi club dengan pakwe aku ye?" Tasya menerkam rambut Mya pula.

Mya tidak mahu mengalah. Biarlah apa orang kata. Mereka berdua memang tidak mempunyai sifat rasa malu. Setakat lelaki, itu pun nak jadi masalah.

    "Ferdinand tak nak kau. Dia selalu cerita kat aku, kau ni suka menyusahkan dia. Merimaskan!" jerkah Mya.

Tasya tidak percaya. Dia menguatkan lagi pegangannya. Sakit hati apabila mendengar ayat itu. Orang ramai ada yang memuat naik video mereka. Ada juga yang tidak peduli.

"How dare you! Kurang ajar!"

PANG!

Satu tamparan melekat di pipi Mya. Terteleng ke kiri wajahnya apabila dibuat begitu. Gadis itu mendengus geram. Tasya dah melampau.

"Hang memang fhak!"

PANG!

Mya juga membalas tamparan itu. Pertelingkahan mereka diteruskan sehingga pengurus kelab malam itu yang menghalau mereka. Ianya sangat mengganggu ketenteraman manusia.

Beberapa jam selepas itu, video mereka yang semakin hangat dan tular itu membuatkan ibu kepada Tasya memanggil pulang ke rumah.

   "Dasar memalukan! Anak yatim dengan kau, sama saja. Mana nak letak muka aku ni?!" tempik Makcik Tipah.

"Bawah ketiak?" Thaqif dengan beraninya membuka mulut.

Jelingan diberikan kepada anak lelakinya. Sejurus itu, Makcik Tipah merenung kembali wajah Mya dan Tasya. Renungan tajam. Sangat menyeramkan.

    "Sahabat dunia taik! Setakat lelaki dompet kurus kering tu, baik tak payah. Orang pilih yang dompet gemuk, yang ada isi macam Adrian. Budak kaki perempuan tu juga yang korang nak ye?" Makcik Tipah mencekak pinggangnya.

Mya menjulingkan matanya. Sikit-sikit Adrian. Dah dia tak nak pandang, buat apa terhegeh-hegeh? Dia tak lah pakej penuh sangat pun.

   "Mak, jeling pun dia tak apatah lagi pandang lama-lama. Orang penat lah mak, dengan dia," jawab Tasya.

"Jadi, mak kisah? Tak kira, mak tetap juga nak Tasya pikat dia sampai dia jatuh ke tangan kita," balas Makcik Tipah.

Mya tersenyum sinis. Ada saja cara gila, mak Tasya ni. Memang orang tidak mempunyai adab, seperti ini ke? Menyesal dia berkawan dengan Tasya.

   "Aku tak nak ada kaitan dengan keluarga busuk hati ni. Dah lah perampas, muka hauk, dompet lalat!" cemuh Mya.

Tanpa membuang masa, Mya terus berdiri lalu keluar dari rumah itu. Ini mungkin kali terakhir dia jejak kakinya di sini.

   "Tulah, anak yatim tak sedar diri. Tak sangka dia rampas pakwe Tasya. Acah alim, eh bencilah dengan orang bandar!" jerit Makcik Tipah.

Sengaja membiarkan Mya mendengar dari jauh. Tapi sangkaannya tidak tepat sekali, sangat meleset. Mya baru saja memakai earpod sebelum masuk ke dalam keretanya.

Tasya menyilangkan tangannya. Dia rasa mahu tampar muka Mya berjuta kali. Perempuan itu, selalu membuatkannya sakit hati.

"Apa kata mak, kita guna cara halus?" Perlahan bibir Tasya menguntumkan senyuman kecil.

"Ni lah melayu, sikit-sikit bomoh," ujar Thaqif.

シ︎

Eiyra menarik nafas sebelum berjalan menuju ke bangku di luar rumahnya. Adrian baru saja mengajaknya untuk berbincang tentang masalah mereka.

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now