Bab 12

71 31 4
                                    

Eiyra Natasya's POV

Aku melabuhkan punggungku disebelah ibu yang sedang melipatkan beberapa helaian baju.

Nek Edah mungkin sudah tidur agaknya kerana penat petang tadi. Aku mengerling ke arah jam yang tergantung di dinding. Sudah pukul 8 malam.

"Kenapa ibu panggil Ira?" tanya ku.

Tetiba ibu panggil aku malam-malam ni. Nasib mata aku sentiasa segar. Dah lah cantik, bulat pulak tu. Ehem, Eiyra Natasya lah katakan hehe. Puji diri kejap.

"Ira tahu esok hari apa?" tanya ibu.

Lah, kita tanya dia, dia tanya kita pulak. Main teka-teki ke apa ni? Aku berdehem.

"Hmm, mana Ira tahu. Kenapa ibu tanya? Hari apa esok?" jawabku.

Memang betul kan? Aku sendiri tak tahu esok hari apa. Hari jadi keluarga ku semuanya lambat lagi.

"Esok kita balik bandar. Ayah ada kerja dengan ayah Adrian tu so ibu nak Ira kemaskan baju Ira. Kita tak dapat tinggal kat kampung lama sangat." Aku menghadam kata-kata ibunya sambil memandang tangan ibunya yang membuat kerja.

Esok balik? Tapi kenapa awal sangat?

"Awal sangatlah ibu..." aku merengek kecil.

Tak puas hati! Mana boleh, aku nak duduk sini nak teman nenek. Lagipun memang banyak yang tahu aku tak suka duduk sini sebab Internet, lepastu ada mulut murai. Tahu kan? Lepastu kat sini panas tapi sejak beberapa hari lepas tengok penyakit nenek semakin melarat, aku terus jadi kesian. Dia nenek aku, mestilah aku risau.

"Awal ke apa ke, lebih baik tanya dengan ayah. Kerja tu penting Ira, kalau ayah takde kerja, siapa nak menyara kita? Ingat zaman ni senang ke nak cari kerja?" balas ibuku.

Aku mencebik. Kerja? Aku boleh je cari kerja sambil tu tunggu keputusan keluar. Cari duit lebihlah, katakan.

"Tapi Ira tengok penyakit nenek semakin melarat. Siapa yang nak jaga nenek?" tanya aku lagi.

Aku tak bangkang tapi hehe. Ibu mengeluh kecil. Apa? Aku ada salah cakap ke?

"Iya, ibu pun risau dengan nenek tapi kita tak boleh buat apa-apa. Kalau boleh ibu nak ajak sekali nenek tinggal dengan kita tapi nenek tak nak. Ibu tak tahu nak buat apa." Ibu menjawab sambil tangannya memegang hanger baju.

"Kita paksa nenek," jawabku.

"Jangan! Paksa nenek buat apa? Ira jangan nak berani paksa nenek. Ibu ada ajar Ira hormat keputusan orang lain," bantah ibu pula.

K fine. Aku akhirnya mengalah. Punggungku diangkat lalu berdiri. Aku mula melangkah menuju ke bilik, tapi ibu menahan lenganku.

"Eh Ira nak ke mana?" tanya ibu.

"Balik bilik lah. Nak kemas barang." Aku menunjukkan jari telunjuk ke arah pintu bilik ku. Ibu lantas menggeleng laju. Lah, kenapa?

"Tolong ibu lipat barang kejap. Lepas tolong, baru Ira boleh kemas barang sendiri." Dengan tanpa malunya, ibu menghulurkan hanger kepadaku.

Apa? Aku pulak yang kena? Habistu Eydan? Aku menghentakkan kakiku dengan kuat. Eyyh apa aku kisah? Biar runtuh, biar nanti nenek ikut sekali tinggal dengan keluargaku.

"Eh Ira ni kenapa? Hentak bagai, ingat ni rumah batu-bata ke? Ni rumah kayu! Ingat sikit ek, Ira dan besar." Baju yang dilipat itu diambil oleh ibu lalu diletakkannya ke dalam bakul.

Aku hanya mengetap bibir. Geram okey! Geram sangat! Eydan best je main game dengan Adrian. Aku pulak tolong ibu? So sad...

End of Eiyra Natasya's POV

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now