Bab 5

124 50 3
                                    

"No! Ira tak nak!" bantah Eiyra.

Adrian terkejut dengan pembantahan dari Eiyra. Bukan dia saja yang terkejut, semua di situ juga terkejut mendengar pembantahan Eiyra.

"Eh Ira ni. Adrian okey ke tak?" Encik Erfan bertanya kepada anak angkatnya iaitu Adrian.

Adrian terdiam. Dia mengerling wajah Eiyra yang memandangnya dengan tajam sekali menusuk kalbu.

Tapi...

Apa dia kisah?

"Adrian okey je ayah." jawab Adrian.

Wajahnya mengangguk dengan laju tanpa menghiraukan Eiyra yang memandangnya semacam mahu telan makanan saja. Eiyra merengus geram.

"Kalau begitu, nanti kita bicarakan lagi ye?" Encik Ahmad menepuk bahu Encik Erfan.

"Lagi senang bisnes kita kalau kita gabung bukan?" Encik Erfan pula tersenyum dan angguk.

Eiyra mengetap bibirnya. Kalau boleh nak bantah habis-habisan. Ini tak boleh jadi! Adrian! Kau!

"Tapi ayah, Ira tak nak dengan Adrian ni!" bantah Eiyra tanda tidak puas hati.

BUM!

Bagaikan ada batu besar yang menghempap. Adrian tersentak mendengar ayat Eiyra. Hatinya bagai dihiris. Dia sedikit terasa mendengarnya. Apa kekurangan dia? Nak kata tidak hensem, senyumannya sahaja mampu mencairkan sejuta wanita di dunia ini. Nak kata biadap, oh jauh sekali. Dia sentiasa menghormati orang tua dan muda. Apa yang tak cukup?!

"Eh Ira ni. Jaga sikit perlakuan, depan tetamu tu kan? Lagipun Adrian dah setuju. Apa salahnya, terima saja dia. Memang Ira sekarang ni tak cintakan dia tapi lepas kahwin itu baru timbul lah perasaan tu. Bercinta selepas kahwin kan lebih manis?" tukas Puan Naura.

Puan Hanis hanya melihat gelagat sepasang suami isteri itu berbual dengan anak sulungnya.

Eiyra buntu. Dia menoleh ke arah Adrian yang memandangnya. Eiyra mengecilkan matanya apabila memandang Adrian.

"Kecik besar kecik besar je aku tengok kau," ujar Eiyra dengan nada yang kecil kepada Adrian.

Adrian hanya diam. Wajahnya bertukar dingin. Tidak tegang, tidak senyum, yang ada hanyalah riak biasa.

Eiyra sakit hati melihat wajahnya itu. Oh, dia pandai ye main dingin-dingin begitu, tunggu, Eiyra lagi hebat kalau berdebat tentang dingin ini.

"Okey fine. Ira terima tapi hanya tunang dulu. Ira tak nak awal sangat sebab baru habis belajar." setuju Eiyra.

Adrian mengukir senyuman sinis. Walau macam mana pun Eiyra membantah, dia tetap tidak mampu melawan kata-kata orang tuanya. Walaupun Eiyra tidak suka akan dirinya, dia akan berusaha untuk mendapatkan hati Eiyra.

Semua di situ lega mendengar pengakuan Eiyra. Puan Hanis juga tersenyum. Dia tidak sabar ada menantu sebab Adrian seorang saja anak dia. Lebih-lebih lagi bakal menantunya itu ialah anak kepada kawannya sendiri.
Ya, Puan Naura juga kawan rapat Puan Hanis dulu. Lagi dia suka.

"Alhamdulillah. Okey, ayah faham. Korang tunang dulu lepastu sama-sama fikir tarikhnya. Okey?" Lega hati Encik Erfan mendengarnya.

Sedegil-degil dan se-ego anaknya itu, dia tahu Eiyra akan ikut juga cakap mereka dengan alasan merajuk dengan dia.
Diluar, Eiyra berpewatakan dingin dan ego tapi hanya orang tertentu saja yang boleh faham perangai Eiyra.

"Kan Eydan dah kata, jodoh kau dekat kampung ni. Abang Adrian jadi jodoh akak pungut!" ungkit Eydan.

Eiyra menjeling tajam ke arah adik pungut kesayangannya itu. Kadang-kala dia rasa, Eydan boleh jatuh dekat Korea sana sebab dilempar oleh Eiyra.
Akibat perangai membabi Eydan itu, hatinya sakit atas leteran Eydan. Lelaki, tapi perangai macam perempuan.

ADRIAN : MAINAN MIMPIΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα