Bab 3

121 54 7
                                    

Eiyra Natasya's POV

Laugh of Loud.

Kau fikir lawak ke? Okey berbalik pada nyata.

Kem tu kejap nak mampus. Adrian? Ewah! Dia bukan main sombong dengan orang kampung. Tapi satu perkara yang aku tak suka. Tasya, si anak Mak Cik Tipah bukan main gedik dengan Adrian. Adrian pulak beriak dingin dan tidak melayan karenah Tasya yang ingin berbual dengannya. Ah bagus lah tu.

Aik, aku ni kenapa? Cemburu? Eh no no no. Adrian lelaki yang pernah membuatkan skrin kaca telefon kau pecah, Ira. Ingat tu.

Salam nazak kepada skrin telefon aku, tahniah Adrian! Kau berjaya membuatkan skrin telefon aku nazak.

Aku tengok tadi, bukan main Adrian rapat dengan ayahku.

   "Eh kau jangan Adrian. Kalau kau rapat dengan ayah aku, aku akan musnahkan bebird kau dengan kejamnya." Aku yang berdiri masih perhati je ayah berbual dengan Adrian.

Ayah jarang rapat dengan budak-budak lelaki camni. Aku tak suka. Faham tak? Tak suka!

Adrian yang tersenyum berbual dengan ayah, tiba-tiba menoleh ke arah aku.

Eh.

Aku terpana. Pandangannya itu sangat membuatkan aku jatuh cinta.

Tapi boong.

Aku cepat-cepat menaikkan kening tanda 'apa?'

Adrian tersentak lalu dia cepat memusingkan kepalanya dan memandang ayahku.

Fuh. Ah kantoi usha anak teruna orang. Takpe, yang penting single. Tapi zina mata, aku tachod!

Malas aku jadi patung kat beranda rumah nenek ni. Kang terjumpa pulak Mak Cik Tipah, naya aku kena sindir lagi.

Kakiku dihayunkan masuk ke dalam rumah. Tanpa malunya, aku terlompat kegirangan. Kerana apa?

Kem dah tamat.

Okey tu je. Aku terus masuk ke dalam bilik ku dan lantas mengunci dengan kuatnya sampai roboh pintu rumah nenek ini MWUAHAHAH! Jahat tak?

Badanku berbaring menghadap pintu. Tangan yang dari tadi tanpa memegang telefon, terus menggapai telefon yang berada di atas meja.

Sengaja aku scroll sendiri nama-nama kenalan yang aku pernah mesej di whatsapp.

Hara? Dia pergi bercuti dengan keluarga. Malas nak kacau, kalau kacau nanti, habis merajuk tepi bucu katil.

Ting!

Tanda seseorang mesej. Nombor tak dikenali? Nombor siapa ni?

Aku mengerutkan dahi tanda hairan. Tak, siapa budak ni? Dari mana dapat nombor.

Aku menekan butang 'send' dan terus menunggu dia balas.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now