Bab 23

37 19 2
                                    

Adrian memicitkan dahinya. Dia tersalah langkah. Dia terlalu mengikut emosi dan perasaannya. Kalau dia tidak meninggikan suaranya, mungkin perkara tadi tidak akan terjadi.

  "Haish, saya minta maaf Ira." Pintu diketuk. Dia mahu memohon maaf tapi Eiyra langsung tidak membuka pintu biliknya.

Eiyra hanya mendiamkan dirinya di dalam bilik. Sakit dihati masih belum diubati. Dia tidak senang memaafkan orang yang belum dia kenal sepenuhnya.

   "Ira, saya minta maaf. Saya terlalu ikutkan emosi tadi. Bukalah pintu ni, Ira." Adrian tidak mengalah. Dia tetap juga mengetuk pintu itu.

Masih juga tiada jawapan dari Eiyra. Adrian membungkam. Dia tidak tahu nak buat apa sekarang ni selain masuk ke dalam bilik sendiri.

Dia takut kalau ketukan itu mengejutkan keluarg angkatnya sedar dan terjaga. Tapi dia juga merasa bersalah pada Eiyra.

Dia juga tahu, dia sendiri yang menyakitkan hati Eiyra. Kalau Eiyra sakit, hatinya juga sakit dan risau dengan keadaan gadis remaja itu.

   "Jangan cakap dengan aku! Kau tidur lah!" Eiyra menjerit tetapi nadanya masih dikawal.

Adrian mengeluh kecil. Kalau itu yang Eiyra nak, dia terpaksa mengikut kehendaknya. Kalau dikacau, nanti mood perempuan susah dibaiki.

Kadangkala mood perempuan ni pelik. Susah betul lelaki seperti Adrian ni, faham dengan gadis seperti itu. Mengghisaukan.

Langkah diteruskan menuju ke sendiri. Habislah hidup dia nanti kalau perkara ini diteruskan. Dia kena fikir cara yang lebih baik untuk memujuk gadis itu.

Gadis itu hanya miliknya seorang.

シ︎

Mata memerhati sekeliling rumah yang besar itu. Tindakannya membuatkan lelaki yang berada di belakangnya hanya mengukir senyuman.

   "Eh Hara? Eyyh kenapa tak bagitahu aunty, kamu nak datang? Ridz pun tak bagitahu pun!" Puan Raisya datang dari dapur terus menegur lalu menghulurkan tangan.

Hara tersenyum. Dia menyambut salam Puan Raisya. Dia kena jaga perangai dan sikap apabila berada di dalam rumah orang lain.

   "Saja nak surprise kat mama," jawab Ridz.

Dia berasa senang apabila melihat wajah mamanya dan Hara yang senyuman sentiasa tidak lekang dari bibir. Dia tahu, mungkin pilihannya kali ini membuatkan mamanya setuju.

Pilihan dirinya dulu membuatkan mama membuka hati untuk menerima pilihannya lagi. Tasya, gadis kampung yang tidak tahu malu itu menjadikan mereka sebagai bank. Terlalu banyak duit yang dikeluarkan dalam seminggu.

Satu hari hal itu diketahui oleh Puan Raisya sendiri, dia tekad untuk menghalang Ridz dan Tasya bertunang. Tasya dan Ridz tidak boleh bersama lagi. Ridz juga tidak menyangka pilihan dia boleh memusnahkan hidupnya.

Tapi hatinya dibuka lagi oleh seseorang.

Dah lah guys, terasa geli hmm.

   "Surprise apanya? Takpelah. Janji semua selamat sampai. Jom Hara, kita pergi dapur." Lengan Hara dipautnya.

Hara hanya turuti saja apa yang Puan Raisya mahukan. Dia juga berbesar hati untuk menolong Puan Raisya di dapur.

シ︎

Mata dijeling tajam ke arah Adrian. Hanya dingin saja dirinya sekarang ini. Pandang dengan lembut? Langsung tidak bagi Eiyra.

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now