Bab 41

96 17 4
                                    

"Oi bangun !"

Eiyra tersedar. Matanya melilau sekeliling. Siling kosong itu dipandang dengan hairan. Kemudian wajah seseorang menerpa pandangannya.

"Kau ni terlelap kenapa? Sekejap lagi dah nak mula majlis ni," kata Hara.

Kelihatan wajah gadis itu semakin dewasa. Kejap, sejak bila muka Hara ni nampak sedikit dewasa? Bukan ke baru semalam Hara ni nampak kecil saja.

"Majlis? Majlis apa?" soal Eiyra.

"Betapa bodohnya kau ni. Kau mamai eh? Majlis siapa lagi kalau bukan majlis-"

"Majlis perkahwinan aku ke?" Eiyra memintas laju.

Hara mengerutkan dahinya. Apahal budak ni? Dah berumur 25 tahun pun masih gila ke? Baru tidur sekejap dah amnesia.

"Pakwe pun takde, ada hati nak kahwin. Majlis siapa lagi kalau bukan adik kau. Si Eydan dengan Tini tu nak kahwin," jawab Hara.

Eiyra tercengang. Ha? Eydan nak kahwin?

"Kau gila ke? Budak tu baru berumur 15 tahun lah gila," hambur Eiyra.

"Tak tak, sekarang ni kau yang gila. 15 tahun apanya? Dia dah 23 lah, nyah. Umur adik sendiri pun lupa ke? Kau asal jadi macam ni?" kata Hara dengan kerutan di dahi. Risau dengan keadaan gadis yang berada di depannya itu.

"Hah?" Eiyra masih mamai.

Perlahan dia menutup matanya. Dia cuba mengingat kembali semua peristiwa. Ya, Adrian sambung belajar kat Itali. Tapi kenapa dia rasakan itu cuma halusinasi?

"Kau amnesia sekejap ni. Apa-apa pun, aku keluar dulu ye," kata Hara.

Dia terus berdiri lalu berjalan menuju ke pintu. Eiyra terdiam sejenak. Dia menoleh ke arah bingkai gambar yang terdapat di atas meja soleknya.

Gambar dia mendapat keputusan yang baik. Ya dia ingat semua tu. Dia ingat tentang Eydan sudah spm. Dia ingat tentang hari tunang Hara dan Ridz tapi kenapa ingatan dia semakin hilang dengan Adrian?

Jadi semuanya adalah?

"Mimpi?" soal Eiyra sendirian. Tak mungkin. Peristiwa tadi jelas di mindanya tetapi peristiwa lain mula menghilang dengan perlahan.

Adrian, siapa dia?

Tok! Tok!

"Oi senah, cepat keluar. Dah nak mula ni," kata Hara di luar pintu.

Eiyra mengeluh panjang. Tak guna punya mimpi. Dia punya mimpi tu, macam dah setahun saja hidup. Pelik betul. Nasib mimpi, entah siapa Adrian, dia sendiri tak tahu.

Eiyra bingkas bangun dari katil. Kakinya perlahan berjalan menuju ke arah pintu. Kedengaran riuh-rendah di luar sana.

Dia baru ingat hari ni, hari perkahwinan Eydan dan Fatini. Gadis yang pernah menolak Eydan tetapi bagaimana dia boleh tersuka pula, dia sendiri tak tahu.

Kejap, Fatini?

Tiba-tiba satu ayat semasa dia mimpi terus terlintas di fikirannya. Ayat itu, macam ada kaitan dengan lelaki yang bernama Adrian.

'Eh by the way, apa nama crush Eydan? Mana tahu abang kenal. Eydan sekolah dekat area Bukit Jalil kan?' Adrian bertanya setelah lama mendiamkan diri.

Eydan menoleh ke arah Adrian dengan tanda tanya. Mengapa perlu tahu?

'Oh nama dia Fatini.'

'Fatini? Fatini anak mommy tu ke?' Soal Adrian untuk membuat kepastian.

'Eh, macam mana abang tahu orang panggil mak dia, mommy? Abang kenal Fatini?'

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now