Bab 9

83 42 1
                                    

"Err tadi abang tak dapat kawal kemarahan." kata Adrian.

Siapa berani cari pasal dengan orang yang aku suka? Tiada! Gak ada! Kecuali orangnya yang bernama Tasya. Kalau ada orang baru gimana? Tasya bikin kepala gue pusing.

Indon kejap. K.

"Oh, hmm. Jomlah balik." Eiyra menghayunkan kaki menuju ke rumah neneknya.

Eydan dan Adrian terpinga-pinga apabila ditinggalkan begitu saja. Mereka memandang sesama sendiri.

"Dah lah, jom abang." Eydan menarik lengan abang Adrian dan berlalu pergi.

Adrian yang masih terpinga-pinga itu turut saja langkah Eydan yang semakin menjauh.

シ︎

Hara mengambil tempat duduk di ruang yang sembunyi sikit dari pandangan orang awam.

Seorang pelayan restoran datang membawa buku menu kepada Hara yang masih duduk.

"Hmm cik nak makan apa?" tanya pelayan itu.

Hara menoleh dan tersenyum. Kita mesti sedekahkan senyuman kerana senyuman itu satu sedekah.

"Err nak yang paling sedap kat sini lepas tu nak ice lemon tea," jawab Hara.

Pelayan restoran itu mengangguk dan berlalu pergi menuju ke kaunter. Hara lantas menoleh ke arah skrin telefonnya tadi.

"Haish, mana Ira ni? Chat aku pun dia tak reply. Tahulah banyak lelaki hensem kat sana." Hara merungut sambil mendail nombor Eiyra.

Tut..Tut..

Hara akhirnya berhenti mendail. Perut dia mulai sakit dan bertindak agresif.

"Argh! Sakit perut pulak. Nak buang dulu, baru aku sambung makan." Hara berdiri lalu meninggalkan meja makan tersebut.

Tiba-tiba bahunya dilanggar oleh seseorang dan menyebabkan badan kecil dia hendak jatuh.

"Oh i'm sorry. Sumpah saya tak sengaja." Lelaki itu lantas memegang bahu Hara yang hampir terjatuh itu.

Hara berdecit dan mengatur posisi dirinya. Dia mahu menoleh ke arah lelaki yang melanggarnya tadi.

"Err it's okay. Saya yang tak tengok tadi," balas Hara.

Lelaki itu tersentak apabila memandang Hara tanpa mengerdipkan matanya. Pandangannya itu macam Hara ada buat salah je.

Hara yang memandangnya dengan pelik terus melambai-lambai tangan ke arah wajah lelaki tersebut.

"Hello? Encik okey? But why saya rasa encik ni masih sekolah? Form 5?"

Lelaki itu terus tersedar dan berdehem kecil. Dia menggigit bawah bibirnya tanda kekok.

"Err ye saya okey. Ha'ah saya baru je habis form 5. Emm awak umur berapa? Nama?"

Lelaki itu mengukir senyuman manis. Entah kenapa Hara begitu cantik dimatanya. Hara yang seorang sporting itu terus menjawab.

"Oh kita sama umur. Saya Hara. Err awak?" Hara menjarakkan diri sedikit dari lelaki itu.

Jaga batas kita antara lelaki dan perempuan. Bukan hanya jarak tapi segalanya.

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now