Bab 33

58 18 1
                                    

Sudah seminggu Adrian bertindak dingin dengannya. Ajak berbual, Adrian memberikan alasan sibuk dan tidak ada masa. Pelbagai alasan Adrian berikan agar mengelak daripada berdepan dengan Eiyra.

     "Ish aku tak faham lah kenapa dengan dia." Eiyra merengus kecil.

Sahabatnya yang sedang melahap di hadapannya itu hanya mengangguk setuju. Makanan yang dimasak oleh Puan Naura semuanya sedap.

     "Kau pujuk lah dia," kata Hara.

"Kau cakap senang. Aku dah berkali-kali cuba ni, dia masih bagi alasan yang sama. Saya busy, nanti lah. Sibuk kepala dia, kalah dari menteri," bebel Eiyra.

"Itu lah kau. Orang beria, kau dry. Sekarang dia dry, kau pula yang beria. Kau fikir panjang dulu sebelum dry. Fikir apa akan terjadi nanti di setiap perbuatan kau," balas Hara.

Mee tomyam sayur dimasak oleh Puan Naura membuatkan Hara tidak berhenti makan. Udang dan sotong yang dicampur dengan sayur-sayuran menaikkan nafsunya untuk makan lagi.

    "Tapi kan, kenapa aku harus risau benda ni terjadi? Kira bagus lah kalau dia dah tak nak dekat aku kan? Jadi, kitorang tak perlu kahwin lah kan?" Bertubi-tubi tekaan Eiyra ditujukan kepada Hara.

Hampir tersedak gadis itu. Apa yang berada di dalam kepala Hara, adakah sama seperti apa yang ada di dalam kepala anda semua?

"You like him."

    "Nenek kau." Eiyra menunjal dahi Hara. Baru saja Hara nak meneguk air, dahinya sudah ke belakang akibat ditunjal Eiyra.

"Ye, nenek aku cantik," gurau Hara sambil menepis jari Eiyra.

    "Ish betul-betul lah. Mana ada aku suka dia !" bentak Eiyra sambil menegakkan benang yang basah.

"Sudah terang lagi bersuluh kau cakap macam tu. So, you don't realize that you like him. Aku tahu apa yang aku cakap sebab aku in love juga sekarang ni," jawab Hara.

Serius saja tatapan Hara memandang Eiyra. Gadis itu sempat mencebik bibir apabila melihat Eiyra membuat muka meluat dengan kata-katanya.

    "Macam mana nak tahu kalau aku suka dia?" soal Eiyra.

Hara berhenti mengunyah. Dia meletakkan mangkuk yang berisi mee ke atas meja. Kepalanya menoleh ke arah pintu depan.

    "Kau tengok kat pintu sana," arah Hara.

Eiyra menoleh ke belakangnya dan melihat dua orang berbual mesra sambil tersenyum antara mereka. Serta-merta kerutan di hati Eiyra terukir.

    "See? Your eyes tell everything," ujar Hara. Dia mengukir senyuman sinis sebelum menyambung melahap tadi.

     "Apa Mya buat kat sini?" soal Eiyra.

"Adrian," jawab Hara selamba.

     "Sebab?" soal Eiyra lagi.

"Tanya nenek kau," balas Hara dengan pandangan yang menyampah. Tanya dia, mana dia tahu.

"Ish sudah lah." Eiyra menjeling ke arah Adrian sebelum memandang Hara. Dia sendiri tidak tahu kenapa geram dengan Mya dan Adrian.

    "Tapi Adrian tu boleh tahan juga hensemnya. Aku tengok pun dah cair, nasib aku dah ada yang punya. Kalau tak, aku lah jadi watak antagonis dalam hidup kau," ujar Hara sambil meleretkan senyuman.

Eiyra menepuk bahu Hara. Orang tengah sakit hati, dia boleh buat ayat yang lagi menyakitkan. Hensem apanya Adrian tu. Buta ke?

Ke kau yang buta?

    "Makin galak dorang ni berbual. Baik aku pergi sana sebelum menjadi zina pula," kata Eiyra sebelum berdiri menuju ke arah Adrian.

"Oi gila." Hara sempat menghirup sup sebelum berdiri mengikuti langkah Eiyra.

Di sudut Adrian, lelaki itu tertawa kecil apabila mendengar kisah Mya sewaktu kecil. Comel saja gelagat gadis itu.

    "Tu lah, Mya dulu beri malu je," ujar Mya.

"Biasalah tu, masih budak-budak," balas Adrian.

Mya tersenyum kecil. Makin lama tatap muka Adrian, makin suka hatinya. Bertuah betul siapa jadi isteri lelaki itu, kan?

    "Amboi, seronoknya berbual." Hara menghentikan perbualan mereka berdua.

Mya tersenyum janggal. Adrian pula berdehem sebelum menoleh ke arah Eiyra. Sejak bila mereka berdua datang dekat sini?

"Oh cerita sikit-sikit je," balas Mya.

    "Ye ke? Mya sekarang di dah berubah eh?" Hara menguntumkan senyuman manis kepada Mya. Geli pula melihatnya.

    "Alhamdulillah, saya boleh berjalan ke jalan yang benar. Tak sangka pula jadi macam ni," jawab Mya.

"Baguslah. Cuma kalau nak berubah tu, berubah lah betul-betul jangan separuh jalan je. Takut berdosa pula kacau bakal hak orang kan? Mya faham kan apa maksud saya?"

Mya terdiam. Senyumannya mengendur. Terasa pula. Eiyra dan Adrian hanya mendengar saja walaupun mereka sendiri pun tak faham.

     "Hmm faham. Terima kasih ingatkan." Mya berlagak biasa.

Hara tersenyum sinis. Matanya melirik pada kaki hingga kepala Mya. Bertutup labuh tapi bila diperhati, suka mencari perhatian lelaki.

     "Ada apa datang ke sini?" soal Hara.

"Datang menjenguk ibu Ira je," jawab Mya.

"Ibu Ira ke anak angkat dia?" Soalan yang diajukan oleh Hara membuatkan Eiyra dan Adrian tersentak. Kejap, jangan jadi perang sudah lah.

     "Oi apa kau cakap macam tu," bisik Eiyra tetapi mungkin masih boleh didengari oleh Adrian dan Mya.

"Betul apa? Aku tak nampak pun dia jumpa ibu kau tapi sebaliknya jumpa jantan ni," jawab Hara.

     "Emm salah saya terlupa pula. Tak apa lah, saya pergi dulu. Nanti jumpa lagi ya?" Mya terasa tidak selesa di sini.

"Kalau tak datang sini pun takpa. Saya rasa awak tak penting kalau ada dekat sini ya? Jangan beria," balas Hara sambil mengukir senyuman.

     "Assalammualaikum." Mya terus pergi dari kawasan rumah Eiyra selepas saja mendengar kata-kata itu.

Adrian berdehem kecil. Terasa kekok suasana apabila  Hara membebel sambil menjeling Mya yang semakin jauh dari kawasan itu.

"Emm saya masuk dulu lah," kata lelaki itu.

Adrian terus masuk ke dalam rumah lalu menuju ke arah biliknya. Eiyra hanya perhati saja langkah Adrian. Lantas itu, dia kembali melihat Hara.

      "Oi dah lah tu bebel tak reti habis," tegur Eiyra.

"Aku geram lah tengok perempuan acah alim tu. Kata nak berubah tapi takde usaha. Lepas tu orang tegur, cakap semua manusia tak sempurna pula? Ish." Hara masih membebel dengan tidak puas hati.

Eiyra mengeluh kecil. Salah dia lah ajak Hara lepak kat rumahnya. Pantang betul tengok orang yang suka sakitkan perasaan Eiyra.

        "Dah lah tu. Jom, sambung makan balik." Eiyra memaut lengan Hara agar kembali duduk di ruang tamu.

"Rasa macam takde selera pula," kata Hara.

"Kau kan pencinta tomyam? Takkan takde selera pula? Kau baru je makan sikit tadi," balas Eiyra pula.

Hara mencebik bibir. Dia mengambil mangkuk berisi mee tomyam tadi. Sup dihirup perlahan. Masih lagi rasa enak dan membuatkan Hara pantas melahap nya.

    "Macam setahun tak makan," sindir Eiyra.

"Aku kan anak jalanan," balas Hara.

"Ceh. Jalanan konon, kau lah tu anak manja suka mengadu dengan parents. Sikit-sikit, mommy. Sikit-sikit, daddy." Eiyra mengajuk bunyi panggilan dari Hara.

"Coi."

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now