Bab 36

60 18 1
                                    

Eiyra menjeling tajam. Dia sendiri menyampah dengan dua orang yang berada di depan pintu tersebut. Meluat tahu tak !

   "Adrian dengan Ira bila nak tunang?" soal Mya.

"Entah. Ira macam tak suka je dengan saya. Mungkin tak jadi kot sebab tak lama lagi, saya nak balik kat rumah sendiri," jawab Adrian selamba.

Eiyra tersentak. Adrian nak balik? Kenapa dia tak tahu? Kalau Adrian dah cakap macam tu, mesti ibu dia tahu juga kan?

Mya mengangguk faham.

   "Kalau macam tu, tak dapat lah jumpa dengan Adrian lagi kan? Sebab Adrian kan nak balik," ujar Mya.

"Boleh je jumpa. Itu pun kalau saya ada masa," balas Adrian.

    "Selalunya kalau Ira tak nak abang, abang perlukan berapa masa untuk membuka hati buat orang lain?" soal Mya secara tiba-tiba.

Adrian terdiam sejenak. Eiyra pula tidak sabar untuk mendengar jawapan Adrian. Hatinya berkobar-kobar untuk tahu.

   "Tak tahu," jawab Adrian ringkas.

Mya hanya tersenyum.

   "Tak apa, Adrian. Saya faham apa yang awak rasa. Tak apa kalau orang yang awak suka tak nak awak, yang penting ada saja yang nakkan awak," ujarnya.

Seakan tahu apa maksud Mya, Eiyra terus mengerutkan dahinya. Mya cuba untuk mengumpan Adrian ke selepas saja Eiyra menolaknya?

   "Siapa yang nakkan saya? Ira sendiri pun tak nak," jawab Adrian.

"Ada je. Mungkin awak tak tahu, someone..." Mya tersenyum kecil. Perlahan dia mengerling ke arah Eiyra yang dari tadi menghendap mereka berdua.

   "Tak penting pun untuk saya tahu dengan siapa yang suka saya. Cuma, saya tak tahu apa kurangnya saya sampai Ira tak nak saya," balas Adrian.

"Takpe, semuanya memerlukan masa," kata Mya.

Adrian mengangguk saja. Usahanya cuba untuk mendekatkan diri dengan Eiyra langsung tidak berjaya. Eiyra sendiri yang membina benteng ego di antara mereka.

   "Hmm apa-apa pun, saya pergi dulu. Dah lama saya berbual dengan awak. Kalau ada masa, kita berbual lagi ya? Dengan lebih mesra..."

Eiyra mencebik bibirnya. Menyampah sangat. Mesra konon. Pergi mesra dengan monyet lah ! Dasar budak acah-acah. Dengan hati yang meluat, Eiyra terus masuk ke dalam biliknya.

Adrian hanya mengangguk. Dia memerhati saja langkah Mya yang semakin jauh dari pandangannya. Pekerjaan senyumannya mengendur.

'semuanya perlukan masa'

Adrian mengeluh.

   "Kalau macam tu, cuba sibukkan diri dan mungkin, aku boleh lupakan Ira," ujarnya dengan nada yang kecil.

シ︎

Eiyra berdecit. Takkan lah Adrian nak salahkan dia pula dalam masalah ni? Kalau dia berani salah kan, siap dia nanti !

    "Ha ada apa Adrian nak semua kumpul ni?" soal Puan Naura.

Adrian tersenyum kecil. Dia terpaksa menyatakan hasratnya. Kalau dibiarkan, nanti makin parah. Susah nak kecilkan masalah.

    "Sebenarnya, saya rasa saya dengan Ira perlu putuskan semua hubungan ni," jawab Adrian.

Puan Naura dan Encik Erfan memandang sesama sendiri. Mereka tidak faham. Hubungan apa? Hubungan adik-beradik ke?

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now