Bab 31

60 18 2
                                    

Mya Maizatul.

Nama perempuan yang dibenci oleh Eiyra. Peristiwa perit semasa dia darjah 2 itu membuatkan gadis itu berubah dari ceria terus menjadi pendiam.

"Dia nak jumpa Ira," kata Adrian lagi.

Eiyra bungkam. Fikirannya buntu. Macam lah dia tak tahu apa motif Mya datang sini. Kali terakhir dia jumpa Mya pun, masa tingkatan 1. Mungkin gadis itu sudah berubah?

"Ira.."

"Ye ye aku datang lah ni." Seketika Eiyra lupa dengan peristiwa dia dan Adrian beberapa jam lepas.

Ini tak boleh jadi. Dia takkan biarkan Mya mendekati Adrian walaupun perempuan itu sudah berubah atau tidak. No way ! Adrian is mine !

"Kejap, kau cakap apa tadi?" soal Eiyra sambil memandang wajahnya di pantulan cermin. Hatinya sendiri berbisik begitu.

"Lantak lah apa jadi. Aku kena halau budak tu." Eiyra bergegas keluar dari bilik.

Tombol pintu dibuka. Kelihatan Adrian beriak biasa hanya menatapnya. Tatapan redup itu hanya dibiarkan. Eiyra berlalu pergi menuju ke arah pintu.

Kelihatan seorang gadis bertudung menerpa pandangannya. Eiyra tersentak. Sejak bila Mya pakai tudung? Betul ke dia dah berubah.

"Assalamualaikum Ira. Kau sihat?" tegur Mya dengan lembut. Sopan saja nadanya.

"Waalaikumussalam, sihat." Eiyra tersenyum kekok.

Mya menghulurkan plastik yang berisi dengan makanan kepada Eiyra. Eiyra bertambah kaku apabila dia terlihat Mya memakai handsock sedangkan gadis itu sudah memakai baju lengan panjang.

"Err apa ni?" soal Eiyra.

"Mak bagi. Katanya saja sedekah nak dapatkan pahala. Emm Ira ada masa ke?" kata Mya.

Eiyra terdiam sejenak. Lama dia berfikir. Kenapa Mya tanya masa dia? Tanpa menunggu lama, Eiyra hanya mengangguk.

"Esok Mya datang lagi nak cakap sesuatu kat Ira. Mya pergi dulu ye, assalamualaikum." Mya memberikan senyuman manis kepada Eiyra.

Eiyra juga membalas senyuman tersebut. Adrian yang setia berdiri di belakang gadis itu terus merampas plastik yang berisi makanan dari Eiyra.

"Ish apahal kau ni?" Eiyra membentak. Plastik tadi dirampas balik tetapi Adrian sengaja meletakkan di atas almari tinggi.

"Saya nak rasa sikit pun tak boleh. Kalau nak, ambil lah kat atas ni." Adrian tersenyum mengejek apabila wajah Eiyra bertukar cemberut melihat plastik makanan dari jauh.

"Mengadu kat ibu, memang takkan menang. Dasar perampas kebahagiaan orang," ujar Eiyra dengan nada kecil sebelum melangkah.

Adrian tersentak. Dia menarik belakang baju Eiyra sehingga gadis itu bergerak kembali ke arahnya. Eiyra meronta-ronta.

"Apa kau ni? Ish!" Eiyra berdecit. Dia menepis tangan Adrian daripada menyentuh bajunya.

"Ira cakap saya perampas kebahagiaan?" soal Adrian.

Eiyra menjulingkan matanya. Tangan disilangkan di dada sambil memandang wajah Adrian yang berkerut menunggu jawapannya.

"Kalau ya, kenapa? Dah memang kau hadir dalam hidup aku, merosakkan semua ni," jawab Eiyra dengan jujur.

Matanya berani menatap pandangan tajam Adrian. Dada Adrian turun naik menahan amarah. Sampai hati Eiyra melukakan hatinya sekali lagi.

"Saya tak merampas kebahagiaan Ira," tutur Adrian.

Eiyra tersenyum sinis.

"Oh tak sedar diri? Kau lupa apa kau dah buat kat aku? Kau rampas first kiss aku. Kau rampas keluarga aku. Kau rampas kebahagian aku. Sekarang ni kau nak rampas apa pula? Nak rampas dara aku?" Begitu sinis dan lancang saja mulut Eiyra memuntahkan kata-kata itu.

Adrian apa lagi. Dia rasa kesabaran dia juga mempunyai had. Eiyra dah melampau. Dia takkan biarkan Eiyra pijak mukanya lagi.

Adrian menerkam lengan Eiyra lalu menarik menuju ke bilik gadis itu. Eiyra terjerit kecil apabila terkejut melihat tindakan Adrian.

"Woi woi gila, kau nak bawa aku kat mana ni?" soal Eiyra sambil menepuk-nepuk belakang Adrian.

"Rampas dara kau," jawab Adrian selepas saja dia menutup pintu bilik Eiyra.

Eiyra terbuntang. Tak. Adrian ni main-main je kot. Rasanya, Adrian pernah bergurau sebelum ni. Pernah ke? Cuba ingat balik. Tapi aku rasa tak...

"Kau gila? Keluar bodoh dari bilik aku. Aku jerit kang, naya kau nanti," arah Eiyra. Dia mendekati Adrian lalu menolak lelaki itu agar keluar dari bilik.

Adrian tidak berganjak. Dia menoleh perlahan lengan Eiyra lalu menarik lengan itu hingga gadis itu terduduk di atas katil. Eiyra baru umur belasan tahun. Tak jadi masalah dengan berat badan gadis itu.

"Oh bukan ke Ira yang kata, saya nak rampas dara Ira tadi? Tak ingat? Dah amnesia ke?" Adrian tersenyum puas.

Sangat puas apabila melihat wajah kecut Eiyra. Kalau nak bercakap, fikir dengan otak dulu. Sekarang ni, Eiyra main kasar dengan dia. Dia juga nak cuba bermain kasar dengan gadis itu.

"Kau sentuh aku, aku tampar kau lagi," ugut Eiyra.

Adrian tertawa. Dia tak kisah sangat. Kemungkinan masa ni, keluarga Eiyra dah tidur jadi senang sangat dia mendekati gadis itu.

"Macam kena pijak batu kecil je tamparan Ira tu. Apa kata kita ikut je kata Ira tadi. Ira kata nak bermain kan?" balas Adrian.

"Bila masa aku kata bermain? Apa kau pekak ke?" Eiyra menjeling lelaki itu.

"Aip, jangan berkata kasar dengan abang Ira." Adrian menggunakan kuasa vetonya sebagai abang angkat Eiyra.

"Dah lah Adrian. Pergi tidur ke bilik kau sana !" Eiyra menjerit. Bantal diambil lalu dibaling ke arah Adrian.

Adrian menepis bantal itu. Dia mendekati Eiyra sebelum gadis itu menjerit dengan lebih kuat lagi. Tak guna punya adik angkat.

"Diam, kalau kau tak nak aku kerjakan kau kat sini," arah Adrian sambil menekup mulut Eiyra.

Eiyra meludah ke tapak tangan Adrian. Bau petai belacan ! Ada hati nak tekup mulut orang pula.

"Ish benda kau ni?" Adrian melihat tapak tangannya sebelum mengelap tangannya di kain lapik katil gadis itu.

Eiyra terlopong sekali lagi. Gila mamat ni.

"Woi bocah, kotor lah gila katil aku." Eiyra menolak bahu Adrian agar lelaki itu pergi jauh dari katilnya.

Adrian berdecit. Tangannya menyentuh bahu selepas saja Eiyra menolak bahunya dengan kuat. Sakit gila tolakan perempuan ni.

Eiyra menjeling sebelum mengelap bekas kotoran di katil tadi. Adrian hanya memerhatinya saja. Dia merenung gelagat Eiyra.

"Ira..."

"Apa kau?" soal Eiyra dengan kasar sambil mendongak memandang wajah Adrian.

"Kadang-kadang penat menunggu," luah Adrian.

"Jangan pernah main-main dengan perasaan orang. Silap hari bulan, beria orang akan hilang bila tak dihargai. Jangan datang lagi untuk meraih cinta dan simpati," ujarnya lagi sebelum keluar dari bilik itu.

Pintu ditutup dengan perlahan. Eiyra hanya menatap tombol pintu itu sehingga Adrian hilang dari pandangannya. Perlahan, bibirnya menguntumkan senyuman.

Eiyra menjulingkan matanya. Meluat dan menyampah dengan kata-kata yang diluahkan oleh Adrian. Ingat dia kisah ke?

"Baguslah kalau kau penat. Aku pun tak hingin dengan beria kau tu," ujar Eiyra dengan senyuman masih di bibir.

"Kau penat menunggu, aku lagi penat berlari. Tak sabar aku, perkahwinan kita akan dibatalkan suatu hari nanti," sambungnya lagi.

Di sebalik pintu, Adrian mendengar semuanya. Apa yang dikatakan dan dibalas oleh Eiyra, dia tidak nafikan lagi bahawa Eiyra memang benci akan dirinya.

Tangannya menggempal erat penumbuknya. Dia memandang ke arah lantai. Perlahan cecair panas keluar mengalir menuruni pipinya. Dia rasa, ini lah kali pertama dia menangis kerana seorang gadis.

ADRIAN : MAINAN MIMPIWo Geschichten leben. Entdecke jetzt