Bab 25

47 19 1
                                    

"Adam !"

Tengku Fisya menapak ke arah Tengku Adam. Meja mereka yang sedikit jauh dari tempat semua orang itu membuatkan mereka boleh berbual tanpa ada yang tidak selesa.

  "Apa?" tanya Tengku Adam sekilas pandang wajah Tengku Fisya sebelum menatap balik skrin telefonnya.

Terus mati senyuman gadis itu bila Tengku Adam menyapa nya dengan acuh tak acuh. Hatinya terguris tetapi dia cuba untuk tidak terasa lagi.

  "Nak makan apa?" tanya Tengku Fisya dengan lembut.

"Mana-mana kau." Tanpa memandang, Tengku Adam menjawab.

Dia ralit menaip sesuatu di skrin telefonnya. Tengku Fisya sedikit berang dengan lelaki itu tapi dia cuma hanya sahabat bagi Tengku Adam dan dia tahu batasnya.

"Hmm okay." Tengku Fisya tersenyum kelat. Kakinya melangkah menuju ke kaunter dengan perasaan yang kecewa.

Tengku Adam hanya fokus menghendap akaun Instagram gadis yang buat dia bahagia bila teringat si dia. Pertemuan di satu tempat dan menolong gadis itu kerana pendek menguasai segalanya.

Cis.

シ︎

"Tempat apa ni?"

Adrian tersenyum nipis. Dia menoleh memandang wajah Eiyra yang penuh dengan tanda tanya. Dikerling sekilas ke arah pintu yang sudah ditutup oleh pelayan.

Pertanyaan Eiyra langsung dibiarkan sepi tanpa jawapan. Air liur ditelan dengan perlahan. Kenapa dia rasa tak sedap hati ya?

"Adrian, aku tanya kau. Ni tempat apa? Kenapa nampak macam takde orang?" tanya Eiyra sekali lagi.

Senyuman nipis ditukar menjadi senyuman herot. Matanya memandang tepat ke dalam anak mata Eiyra yang jelas ketakutan dan itu.

Kakinya melangkah mendekati gadis itu. "Why not kita happy dulu, hmm?" Senyuman masih terukir.

Jelas sekali bagi Eiyra, senyuman Adrian tampak nakal. Jantung sudah berdegup kencang apabila Adrian melangkah dengan perlahan mendekatinya.

   "Happy apa? Aku tanya kau, kita kat mana? Kenapa kosong je bilik ni?" tanya Eiyra dengan nada yang polos tetapi dibuat-buat.

Ingat dia bodoh ke? Dah tahu ni bilik kosong, memang semua peristiwa drama, filem iklan, cerita tu, cerita ni tentang emm.

Pandai-pandai lah.

   "Don't worry, babe. I rasa layanan I ni mungkin cukup buat you terharu even hati you mencuba untuk terima I, kan? But kalau tak dapat pun, I kena guna cari lain." Adrian mengangguk perlahan.

  "Dengan cara kotor ni ?!" Laju saja Eiyra menjawab lelaki itu.

Adrian mengerutkan dahinya. Senyuman masih lagi tidak lekang dari bibir. Kemungkinan dia sengaja menakut-nakutkan gadis itu.

Semakin Eiyra mengundur belakang, semakin itu Adrian mencuba untuk mendekatinya. Sampailah langkah yang terakhir, Eiyra tertangkap dengan dua objek yang tak berguna baginya.

Belakang, dinding kaca yang ditutupi oleh langsir merah. Depan pula, diri Adrian yang hampir beberapa inci saja menghadap dirinya.

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now